Seorang jurugambar Swedish, Mr Lennart Nilsson telah menghabiskan masa selama 12 tahun untuk mengumpul gambar-gambar indah dan bermakna tentang dunia embryo, rahim dan juga bagaimana sperma bertemu dengan ovum di dalam perut manusia.
[typography font=”Cagliostro” size=”24″ size_format=”px”]Gambar-gambar yang dikongsikan adalah sangat mindblowing dan terlalu menakjubkan[/typography] . Beliau menggunakan peralatan canggih seperti Macro Lenses, endoscope dan mesin kamera micro elektron untuk mengumpul usaha yang ternyata sangat-sangat berbaloi.
Lebih mengujakan, beliau mula mengumpulnya gambar awal bayi/embryo seawal tahun 1965!
Sila nikmati gambar-gambar yang bakal merangsang deria pemikiran anda akan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa.
Gambar Sperma
Gambar Sperma berdating dengan Ovum di Tiub Fallopian
Suasana persekitaran tempat dating mereka di dalam Tiub Fallopian
Dua sperma cuba memikat Ovum
Hanya sperma yang gagah berjaya memenangi hati Ovum lalu disenyawakan.
Bermula episod baru kejadian manusia
Selepas proses percantuman sperma dan ovum di Tiub Fallopian, Embryo akan mula menempal di dinding rahim pada hari ke-8
Otak manusia mula terbentuk
Hari ke-28, jantung sudah mula berdegup tetapi tulang-belulang masih belum terbentuk
Sebulan kemudian
Selepas 5 minggu, hidung, mata dan mulut sudah mula terbentuk
Hari ke-40, uri mula bercantum dengan kukuh pada dinding rahim sang ibu.
8 minggu, bayi/fetus diselimuti dan dilindungi oleh air ketuban
16 minggu – Fetus/bayi mula menggerakkan anggota badannya untuk mengenali alam sekelilingnya
18 minggu – Bayi/Fetus sudah boleh mendengar suara dan bunyi daripada dunia luar
20 minggu – bulu-bulu kecil mula tumbuh
24 minggu
26 minggu
6 bulan – bayi/fetus akan melakukan pusingan untuk membolehkan kepalanya berada di pangkal rahim sebagai persediaan kelahirannya kelak.
9 bulan: Bayi/Fetus sekarang sudah bersedia untuk bertemu ibu dan bapanya serta alam baru yang penuh warna-warni dan pancaroba.
[typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]Kuiz: Apakah jantina bayi ini? (Hint: Jawapan ada di dalam gambar di atas) [/typography]
———————————-
Subhanallah, sungguh indah pemandangan di dalam alam rahim ini. Penuh kelembutan dan kehangatan kasih daripada seorang insan bernama IBU.
Oleh itu, hargailah pengorbanan ibu anda yang hampir syahid melahirkan kita.
Terima Kasih Ibu.
Sumber: So Bad So Good
#DAR