GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Gaun Khas Menutup Aurat Untuk Pesakit Muslim diperkenalkan di UK.

Pesakit wanita Muslim di UK boleh menarik nafas lega apabila sebuah pakaian hospital yang dikenali sebagai “multi-faith dignity gowns” atau “Gaun Mesra Pelbagai Agama” diperkenalkan di The Royal Bournemouth dan Christchurch Hospital, di Dorset.

Penciptaan Gaun terbaru ini berikutan permintaan tinggi daripada masyarakat pelbagai latar belakang kepercayaan yang mahukan gaun yang lebih mesra dan sesuai dengan tuntutan kepercayaan masing-masing di UK.

hijab

 

Rekaan gaun ini termasuk bahagian kain lengan yang berakhir pada pergelangan tangan, dua penutup rambut, topeng muka dan tali pinggang di pinggang untuk memastikan ia tidak terbuka di belakang. Gaun ini dipakai bersama seluar longgar.

The Royal Bournemouth dan Christchurch Hospital NHS Foundation Trust (RBCH) berkata bahawa gaun tersebut dicipta kerana menerima banyak maklum balas daripada pesakit wanita Islam. Pada masa yang sama, gaun itu sesuai untuk wanita beragama Hindu, Ortodoks Yahudi dan agama Rastafarian.

Sue Mellor, pengurus RBCH berkata:

“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pesakit kami dan maklum balas pesakit adalah amat penting kepada kami. Kami bekerja dengan seberapa banyak kumpulan minoriti dan agama yang boleh memastikan kami dapat memenuhi keperluan semua pesakit kami.”

“Apabila bekerja dengan kumpulan fokus wanita Muslim, kami menerima maklum balas yang sangat banyak tentang pemakaian gaun hospital tradisional  yang menjadikan mereka amat tidak selesa. Masalah tersebut meletakkan mereka dalam kedudukan di mana mereka terpaksa melanggar peraturan kepercayaan dan tuntutan agama mereka.”

“Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku untuk mana-mana pesakit, jadi kami memperkenalkan baru gaun istimewa ini’.”

Nada Fawal, antara ahli kumpulan yang membantu untuk memperkenalkan gaun tersebut, menjelaskan:

“Kami benar-benar gembira apabila pengurusan RBCH telah memperkenalkan gaun baru ini.”

“Bagi wanita Islam, mendedahkan walaupun sedikit tubuh badan mereka selain muka dan tangan adalah seperti mempunyai bahagian-bahagian yang sangat peribadi seperti dada yang dipaparkan kepada umum.”

“Ini bermakna memakai gaun hospital biasa tidak selesa untuk kita.”

“Pada masa yang sama, kami juga sedar bahawa apabila kita berada di hospital, kakitangan NHS cuba untuk membantu kami dan tidak mahu membuat hidup sukar bagi pesakit mereka.”

“Sekarang, terima kasih kepada gaun baru ini, kita tidak perlu bimbang lagi tentang hal tersebut, kita hanya boleh meminta gaun ini daripada salah seorang staff mereka -. Ia adalah satu kelegaan yang besar”

Ini adalah perkembangan yang sangat positif kepada kebajikan dan hak-hak pesakit yang dapat dipelihara. Sepatutnya, hak-hak pesakit berlainan latar belakang kaum dan agama wajar diberi perhatian oleh pihak hospital.

Di Malaysia pula, Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad telah berjaya mencipta seluar bersalin mesra aurat di bawah jenama MAMAPRIDE. Seluar bersalin ini dapat membantu wanita melindungi aurat mereka terutama bahagian peha, lutut dan betis semasa bersalin. Ini juga sekaligus memberi keyakinan kepada mereka saat menempuh perjalanan jihad itu.

Seluar Mamapride ada ciptaan sekumpulan doktor pakar perubatan yang ingin membantu kaum Hawa merasa selesa dan yakin semasa bersalin di dewan bersalin. Antara kelebihan Seluar Mamapride:

Untuk maklumat lanjut tentang Mamapride boleh layari:

www.mamapride.com.my

www.mamapride.com.my

www.mamapride.com.my

Sumber berita: Klik di sini

==================

[optin-cat id=”2106″]

Apa Komen Anda?