GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Gaza de Hearty

Siri Akhir: Gaza de Hearty

Telah lama album Travelog Gaza saya menunggu penutupnya. Sengaja saya menangguhkan pengakhiran album ini agar pengalaman, kenangan dan memorinya masih kekal dalam ingatan saya hatta setelah episod terakhir diterbitkan.

Nukilan emas dalam diari kehidupan saya akan berakhir di dalam episod ini namun saya benar-benar berharap ibrah dan coretan pengalaman ini dapat membangkitkan semangat kita untuk menghayati perjuangan dan meniup semangat kita untuk membebaskan bumi Palestin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka ya Rasulullah?” Jawab baginda SAW ” Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

Saya hadiahkan sebuah sajak dan video buat para pembaca. Semoga ummah akan sentiasa mengingati nasib saudara mara mereka samada di Palestin atau di negara di mana umat Islam ditindas seperti di Chechnya, Iraq, Kashmir, Selatan Thailand dan Filipina serta banyak lagi.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=bi89aRn5p4A&feature=channel_video_title]

Terima kasih kepada saudara Usop yang telah menghasilkan video ini semasa Sambutan Pelajar Baru di Dublin

Untuk album gambar di Gaza, anda boleh klik di sini. Anda juga boleh klik album Travelog Gaza di sebelah kanan atas blog saya untuk mengikuti siri-siri episod sebelum ini.

Thank You, Gracias, Syukran, Terima Kasih, Tesekür Ederim, Ringraziamento, Dankschreiben.

Salam Benua

Usman Awang, 1970

I

MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

II

Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

III

Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV

Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

V

Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua

Salam Perjuangan dan Salam Benua,

Ibn Abd Rahim,

Dublin 8

Apa Komen Anda?