[GEMPAR! KINI SEORANG SURI RUMAH ADALAH MANGSA TERBARU KES JANGKITAN DIFTERIA DAN MERUPAKAN KES PERTAMA DI KALANGAN ORANG DEWASA. JUGA KELANTAN MENERIMA SATU KES DISYAKI DIFTERIA DI HUSM] – DR AFIQ RAHIM | DAR

Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

med 9780199204854 graphic070601002 full - [GEMPAR! KINI SEORANG SURI RUMAH ADALAH MANGSA TERBARU KES JANGKITAN DIFTERIA DAN MERUPAKAN KES PERTAMA DI KALANGAN ORANG DEWASA. JUGA KELANTAN MENERIMA SATU KES DISYAKI DIFTERIA DI HUSM]
Gambar adalah sekadar hiasan.

[GEMPAR! KINI SEORANG SURI RUMAH ADALAH MANGSA TERBARU KES JANGKITAN DIFTERIA DAN MERUPAKAN KES PERTAMA DI KALANGAN ORANG DEWASA. JUGA KELANTAN MENERIMA SATU KES DISYAKI DIFTERIA DI HUSM]
.
Kini seorang SURIRUMAH tangga menjadi mangsa terkini penyakit jangkitan DIFTERIA dan yang pertama di kalangan orang dewasa pada tahun ini.
.
Menurut kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, pada 16 Julai 2016, seorang suri rumah berumur 41 tahun disahkan difteria telah dilaporkan.
.
Beliau mula mengalami demam pada 11 Julai 2016 dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan. Pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai 2016.
.
Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan. Keadaan pesakit adalah stabil.
.
Pada 16 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa beliau positif difteria. Ini adalah kes sporadik (terpencil). Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak pesakit ini termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital, juga lain-lain langkah kawalan sedang dijalankan.
.
Kes terbaru ini menjadikan jumlah kes difteria adalah sebanyak 15 dengan lima (5) kematian. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Kedah tujuh (7) kes dengan satu (1) kematian, Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian dan Negeri Sembilan satu (1) kes.
12 - [GEMPAR! KINI SEORANG SURI RUMAH ADALAH MANGSA TERBARU KES JANGKITAN DIFTERIA DAN MERUPAKAN KES PERTAMA DI KALANGAN ORANG DEWASA. JUGA KELANTAN MENERIMA SATU KES DISYAKI DIFTERIA DI HUSM]
Pada hari ini juga, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan tekah melaporkan satu kes disyaki diferia.
.
Pesakit merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun, mengalami demam dan sakit tekak semenjak 13 Julai 2016. Beliau juga mengalami bengkak muka dan leher. Keputusan ujian makmal masih belum diperolehi. Pesakit dalam keadaan stabil dan telah diberi rawatan anti-toksin difteria.
Daripada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, tidak diketahui status immunisasi mangsa.
.

Bakteria Corynebacterium diphtheriae boleh menjangkiti tekak orang dewasa dan kanak-kanak. Apabila status kesihatan individu tersebut tidak optima, bakteria akan berkembang biak dan menyebabkan gejala.
.
Ia boleh disebarkan melalui titisan respiratori dan akan memberi risiko kepada orang lain, khususnya kanak-kanak yang kurang daya tahan tubuh dan mereka yang tiada antibodi kerana tidak mendapatkan imunisasi atau status imunisasi tidak lengkap.
.
Justeru, sekali lagi pihak Kesihatan melalui Ketua Pengarahnya menyeru agar ibubapa memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun telah mendapat imunisasi 5-serangkai yang lengkap.
.
Ia bagi memberi perlindungan optima dan mengelakkan anak dari mendapat jangkitan. Semoga langkah pro-aktif semua pihak akan dapat meningkatkan imuniti anak serta imuniti kelompok, seterusnya membendung kejadian difteria dari terus menjadi masalah kesihatan awam.

.13502856 1197891086896764 7502195795323689300 o - [GEMPAR! KINI SEORANG SURI RUMAH ADALAH MANGSA TERBARU KES JANGKITAN DIFTERIA DAN MERUPAKAN KES PERTAMA DI KALANGAN ORANG DEWASA. JUGA KELANTAN MENERIMA SATU KES DISYAKI DIFTERIA DI HUSM]
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
17 Julai 2016

[optin-cat id=”2106″]

Sumber: Klik di sini

Next Post

[SCAM KESIHATAN SIRI 11: ADAKAH MINYAK KEPALA DARA (VIRGIN COCONUT OIL) PENGGANTI BERKESAN KEPADA VAKSIN KONVENSIONAL?]

Thu Jul 28 , 2016
Share on Facebook Tweet it Pin it Email [SCAM KESIHATAN SIRI 11: ADAKAH MINYAK KEPALA DARA (VIRGIN COCONUT OIL  VCO) PENGGANTI BERKESAN KEPADA VAKSIN KONVENSIONAL?] Jika diperhatikan kebanyakkan mereka yang enggan menvaksinkan memvaksinkan anak selain daripada takut akan kesan sampingannya yang kecil berbanding manfaatnya dan dimomokkan dengan bahan haram di […]
minyak kelapa dara