GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

|GILA MEROYAN: PENYAKIT KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN|

|GILA MEROYAN: PENYAKIT KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN|

Seluruh negara terkejut dengan kejadian di Kota Bharu apabila seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri sehingga mati.

Bagaimana seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri?

Pelbagai persoalan timbul.

Namun perkara ini tidak mustahil.

Ibu tersebut dilaporkan sedang meracau semasa ditahan.

Suaminya juga melaporkan isterinya mendengar bisikan halus beberapa hari sebelum kejadian.

=====
Apa itu Gila Meroyan aka Postpartum Psychosis?
=====

Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak.

Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.

Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadaan mental & fizikal yang LEMAH.

Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan.

Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan.

Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.

Antara tanda-tandanya adalah
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
– berhalusinasi
– bercakap seorang diri
Dan pelbagai lagi masalah.

Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain.

Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.

Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

=====
Rawatan Gila Meroyan
=====

Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah SOKONGAN PADU kepada mereka.

Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.

Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.

Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.

Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.

Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan.

Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan.

Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa)

Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.

Sama-sama harungi bahtera rumahtangga.

Sila SHARE. Jangan lupa tag suami/isteri anda.

Semoga bermanfaat buat orang lain.

DAR
drafiqrahim.com

Apa Komen Anda?