GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Hikayat Sang Kelana: Mencari Permata. Siri 1

Pada suatu hari, bonda Sang Kelana berhasrat ingin memiliki sebentuk permata. Permata yang mampu memancarkan sinar kebahagiaan dunia dan akhirat kepada dirinya dan keluarga mereka kata bondanya. Maka Sang Kelana bergegas tanpa berfikir panjang menyusuri denai untuk menunaikan keinginan bonda yang dikasihi sepenuh hati itu. Sang Kelana tahu sudah tiba masanya untuk dia menunaikan hajat yang terpendam di hati bondanya sekian lama.

Apabila tiba di satu sudut dunia, Sang Kelana bermundar-mandir tanpa tujuan. Sang Kelana bingung di mana patut dia bermula untuk mencari permata yang dimaksudkan itu. Maka Sang Kelana mengambil keputusan untuk menjelajah ke setiap kota-kota besar demi meningkatkan peluang bertemu permata impian bondanya.

Pink Diamond.

Kota Metropolitan

Terdapat begitu banyak permata yang dijual di kota ini dan cantik-cantik belaka. Kesibukan lorong-lorong di situ persis menyusuri lorong-lorong di pinggir Grand Bazaar, Constantinapole sambil ligat memori Sang Kelana memutarkan pengembaraanya ke Constantinapole sewaktu ketika dahulu.

Namun, Sang Kelana mendapati ada yang tidak kena dengan permata-permata di situ. Permata di kota itu berlendir dan berbau hamis. Geli-geleman dan risau Sang Kelana ingin memegangnya ibarat terpegang najis mughalazah fikirnya. Selain itu, harganya yang ditawarkan begitu mahal. Takkan sebentuk permata harganya seperti membeli satu lombong permata pula logiknya fikir Sang Kelana.

Lalu, Sang Kelana bertanya kepada penjual-penjual di situ akan keganjilan yang berlaku namun tiada seorang yang mampu memberi jawapan yang memuaskan hatinya. Sang Kelana berdoa agar dirinya diberi petunjuk� tentang kebenaran di sebalik kejelekan permata-permata di situ.

Tiba-tiba seekor anjing mengejar seekor kucing Parsi dan masuk ke dalam salah satu bangunan di lorong itu. Kasihan dan risau akan nasib malang yang bakal menimpa kucing Parsi itu maka Sang Kelana bergegas mengekori ke mana anjing dan kucing itu pergi di dalam bangunan tersebut.

Apabila Sang Kelana berada di dalam bangunan itu, dia terperanjat beruk. Sang Kelana melihat terdapat sebahagian permata-permata itu sedang dijilat oleh beberapa haiwan jantan. Haiwan-haiwan itu hanya ingin memuaskan nafsu mereka dan permata-permata itulah bahan pembakar nafsu mereka seperti kereta yang dahagakan petrol. Kebanyakan permata itu pula baru setahun jagung.

Blood diamond.

Sang Kelana mendapati, permata-permata di situ seolah-olah mengizinkan perlakuan buruk haiwan-haiwan itu ke atas mereka. Malahan permata-permata itu seronok mereka dijilat berulang kali secara jelas, nyata dan terang di khalayak ramai. Apabila selesai urusan dosa maka haiwan-haiwan itu meninggalkan mereka. Kemudian, permata itu diangkat ke hadapan kedai untuk ditayang dan dijual kepada sesiapa yang malang.

Yang lebih membingungkan bagaimana usahawan permata-permata di situ sanggup membiarkan permata yang dijaga berkurun lamanya dijilat oleh haiwan-haiwan perosak tamadun itu. Tidakkah mereka sedar� permata-permata ini apabila dijaga dengan rapi dan disantuni dengan penuh hikmah maka kekuatan dalaman permata ini akan menjadi perisai ummah?

Sungguh rendah harga sebuah maruah yang ada pada permata itu di pandangan Sang Kelana. Bagaimana boleh harga yang ditawarkan oleh pengusaha permata di pasaran tempatan begitu tinggi tetapi kualiti dalamannya begitu mendukacitakan. Ada sebahagian manusia yang telah tertipu dengan kelicikan perniagaan mereka dek kecantikan perhiasana luaran yang ada pada setiap permata.

Setelah beristikharah hampir suku purnama, Sang Kelana membuat kesimpulan permata di kota itu tidak layak dibawa pulang untuk dipersembahkan kepada bondanya. Dia berpendapat, permata itu mestilah mencapai tahap piawaian Islam dan harganya berpatutan. Bukan bekas jilatan haiwan dan sewaktu denganya. Dengan itu, Sang Kelana terus berdoa dan mengembara agar ketemu permata yang dihajati bondanya di kota seterusnya.

Kota Kaca

(bersambung)…..

Apa Komen Anda?

One Comment