Sinopsis:
I Need A Helicopter, My Patient is Dying! : Episod Cemas Banjir Besar 2014 oleh DR AFIQ RAHIM
Sekiranya anda tidak terlibat dengan banjir besar 2014, anda melihat dengan penuh rasa kasihan tetapi apakah rasanya mereka yang terlibat dengan banjir besar 2014?
Penulis buku ini merungkaikan perasaan mangsa banjir besar 2014 di negeri paling teruk terjejas iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan. Seakan menyelam kedalam air bah, seakan mengharung selut lumpur tebal, seakan merasai sendiri bah besar 2014.
Penulis menceritakan pandangan dari sisi lain banjir besar 2014. Cerita-cerita cemas petugas perubatan yang bertungkus lumus membantu masyarakat tanpa mengira penat lelah mereka.
Perjuangan dan pengorbanan mereka yang tidak berbelah bahagi. Disaat mangsa banjir lain menyelamatkan diri dan harta benda, mereka teguh berdiri disisi pesakit menaburkan bakti. Beserta kepayahan dan kekurangan fasiliti membantu pesakit, mereka terus berjuang menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit mereka.
Cerita sedih, cemas, sukar, sakit, berdarah, dan akhirnya lega diceritakan satu-persatu didalam buku ini. Ibarat sebuah hikayat yang disusun kemas dalam sebuah buku. Dari pandangan seorang pegawai perubatan disaat bah melanda bak tsunami lumpur. Juga disertakan gambaran sesudah banjir besar dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada masyarakat disana.
===========
Anda boleh mendapatkannya daripada penulis sendiri di butang di bawah ini (Pembeli akan menerima tandatangan Ekslusif daripada Penulis)
***Harap Maaf, Stok kami Kehabisan macam Goreng Pisang. Sila beli daripada PTS Book Cafe melalui link di bawah. Harap maklum.
Atau anda boleh dapatkan buku tersebut daripada PTS Bookcafe:
==========
Semoga buku ini memberi manfaat kepada manusia lain.
Dr Afiq Rahim
#DAR
[metaslider id=1771]