Isu Periuk Punca Kanser, Ini Jawapan Doktor Pakar

periuk punca kanser
Apakah kuali wok berisiko punca kanser?

Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang isu periuk punca kanser. Ini berpunca daripada pendapat seorang doktor falsafah yang juga digelar Doktor Otak di media sosial yang telah mendakwa bahawa penggunaan kuali dan peralatan dapur mendedahkan kita kepada bahaya kanser.

Kemudian dakwaan tersebut disokong oleh seorang doktor alternatif di media sosial pula dan rata-rata netizen yang mengekori hantaran mereka telah mempercayai dakwaan dan memviralkan hantaran tersebut.

Apakah benar, peralatan dapur boleh menyebabkan kanser pada kita?

Jangan mudah percaya mitos periuk punca kanser!

Dakwaan tersebut telah disanggah oleh pakar kanser dan ginekologi, Dato Dr Rushdan Noor.

Menurut beliau, kita sebenarnya perlu tabayyun dan siasat dahulu kesahihan cerita tersebut.

Siapakah perawi atau mereka yang mendakwa peralatan dapur tersebut menjadi punca kanser?

Sebaiknya, kita boleh percaya jika informasi tersebut datang daripada pihak berautoriti (dalam hal ini pihak KKM dan sewaktu dengannya) dan individu yang berkelayakan (seperti pakar kanser macam beliau atau pakar kimia dll) dan bukannya pakar-pakar jadian atau instafamous ini.

Berikut adalah komen beliau tentang isu viral periuk sebagai punca kanser.

Semua periuk ada risikonya

Menurut Pakar Kimia Dr Che Puteh Osman pula, semua periuk adalah berisiko sebenarnya termasuk periuk granite yang dicadangkan oleh doktor otak tersebut.

Saranan beliau adalah kita menggunakan periuk dengan betul. Jika kita menggunakan periuk atau kuali non stick, seeloknya kita elak menggunakan sudip besi. Ini kerana, periuk akan cepat rosak. Sebaiknya kita guna sudip kayu atau polimer.

Berikut adalah ulasan Dr CPO:

Dos penentu tahap bahaya bahan dalam periuk kepada manusia

Akhir sekali menurut Dr Rusyainie Ramli, apa juga bahan yang kononnya menjadi racun kepada kita, pengiraan dos yang pihak kesihatan menitik beratkan.

Apakah bahan dan berapakah dos bahan tersebut menentukan tahap keracunan atau dos merbahaya kepada manusia.

Sebagai contoh, periuk Aluminium yang didakwa punca penyakit Alzheimer hakikatnya tiada bukti saintifik secara terus yang boleh mengaitkannya. Malahan , pihak WHO dah nyatakan bahawa 50mg aluminium sehari, tidak akan memberi kesan negatif kepada kita.

Boleh baca penjelasan beliau di bawah ini:

Kesimpulan

Apa jua yang kita lakukan dan amalkan hendaklah dalam kuantiti sederhana dan berpandukan kepada ilmu yang sahih.

Saya lebih cenderung merujuk kenyataan rasmi daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar yang bertauliah dalam hal ini.

Oleh itu, dalam hal ini, penggunaan periuk di dapur kita masih selamat sehinggalah pihak berautoriti melarang penggunaannya.

Sebarkan perkara yang benar dan sahih sahaja.

#tipskesihatan
#scamkesihatan
#drafiqrahim

Apa Komen Anda?