Jom fahami hikmah Ibadah Haji

Hikmah Ibadah Haji

Ibadah haji adalah rukun islam yang kelima sekaligus yang terakhir, dan ibadah ini di lakukan di tanah suci atau di Mekah.

Ibadah ini dilakukan jika kita mampu, mampu dalam hal material dan juga sihat tubuh badan karena jika kesehatan kita terganggu maka kita tidak diizinkan pergi ke Mekah karena tempoh ibadahnya lama dan aktiviti hajinya banyak yang memerlukan tenaga dan tubuh badan yang baik untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Di bawah ini adalah hikmah dari ibadah haji.

#1 Hikmah Ibadah Haji Itu Sendiri

No automatic alt text available.

#2 Hikmah Wukuf Di Arafah

No automatic alt text available.

Wukuf di Arafah menjadi simbol keadaan di padang mahsyar, di mana manusia akan dihisab dan dihitung amalan masing-masing. Jadi dalam satu pembentukan jiwa manusia, wukuf ini adalah transaksi sebuah kehidupan, yang mana sebelum wukuf, rata-rata manusia berada dalam keadaan melakukan pelbagai perbuatan buruk kepada perbuatan yang lebih baik. Maka inilah yang disebut sebagai haji mabrur.

#3 Hikmah Bermalam di Muzdalifah

No automatic alt text available.

Setelah matahari terbenam pada tanggal 9 dhulhijjah, jama’ah Haji bermalam di Muzdalifah. Mereka mempersiapkan diri untuk esok hari melempar jumroh

#4 Hikmah Melontar di Jamrah

No automatic alt text available.


Melontar jamrah, pada hakikatnya adalah melontar batu yang simbolnya adalah syaitan. Maknanya, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya ada satu pertarungan abadi iaitu antara diri kita dengan syaitan.

Kita sedar, syaitan adalah musuh dalam kehidupan dan persoalannya adakah kita mampu melontar syaitan itu apabila kembali ke tanah air kelak? Syaitan yang penulis maksudkan adalah hal batiniah yang mungkin berkaitan harta, pangkat dan lain-lain yang boleh memalingkan pandangan kita daripada mengingati Allah SWT.

#5 Hikmah Bermalam di Mina

No automatic alt text available.

Bermalam di Mina pada hari-hari Tasriq, yaitu 11, 12, 13 Dzulhijah termasuk wajib haji, dimulai sejak sore hari sampai fajar atau paling sedikit sampai 2/3 malam. Selama dmabit di Mina, jama’ah haji akan melontar Jumroh Ula, Wustha, dan Aqabah.

Mabit di Mina memiliki nilai sejarah yang penting. Ketika itu, Nabi Ibrahim digoda terus-menerus oleh setan agar mengurungkan niat menyembelih Nabi Ismail. Kemudian Nabi Ibrahim melempari setan-setan yang menggoda dengan batu kerikil. Jadi, makna mabit di Mina adalah sebagai symbol perlawanan kita terhadap setan. Karena itu, kita harus waspada dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan memiliki iman yang kuat, kita bisa meraih kebahagian dunia dan akhirat.

Ja’far al-Shadiq berpesan, “Akuilah segala kesalahan di tempat pengakuan (Arafat). Perbaruilah perjanjianmu di depan Allah SWT dengan mengakui keesaan-Nya. Mendekatlah kepada Allah di Muzdalifah. Sembelilah tengkuk hawa nafsu dan kerasukan ketika engkau menyembelih Dam. Lemparkan syahwat, kerendahan, kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar jumarat.

#6 Hikmah Tawaf

No automatic alt text available.

Jemaah haji akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah ini juga simbol kepada kejadian alam, sebagaimana bumi berputar pada paksinya, planet-planet yang berputar pada bintang ataupun elektron yang berputar pada jisim atom.

#7 Hikmah Saie

No automatic alt text available.

Saie pula adalah satu refleksi gambaran sebuah pe­ngorbanan dan perjuangan. Cuba bayangkan bagaimana seorang ibu (Siti Hajar) dengan bayi yang masih kecil harus berjuang dengan kepayahan antara Safa dan Marwah. Bukan sekali, tetapi diulangi perjalanan itu sebanyak tujuh kali bagi mencari penyelesai­an.

Kalau kita selaku jemaah haji khusus­nya merenung peristiwa itu, pasti ada ke­nyataan yang menyatakan bagaimana mungkin peristiwa ibu dan anak itu berlaku sedemikian. Logik akal akan menyatakan, dua kali pusingan sudah memadai dan kenapa perlu tujuh kali berulang alik.

Maka itu kita harus faham bahawa itulah yang dise­but sebagai semangat perjuangan dan kemahuan untuk berkorban yang ditunjukkan oleh Siti Hajar. Jika hikmah ini diambil sebagai pesanan moral kepada jemaah haji Malaysia, maka kita akan merasa malu dengan Siti Hajar apabila bersifat suka mengeluh dalam melakukan ibadat terutama pada musim haji ini.

Yang pasti tiada kehidupan tanpa perjuangan.

#8 Hikmah Ibadah Korban 

No automatic alt text available.

Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah bagi meneladani perjuangan, pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS serta keluarganya terhadap perintah Allah SWT.

Kehadiran Aidiladha sentiasa mengingatkan kita tentang peristiwa Nabi Ibrahim yang diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail AS sebagaimana yang terakam dalam surah as-Saffat, ayat 102 yang bermaksud:

“Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!”

Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; dengan kehendak Allah, engkau akan mendapatiku termasuk dari kalangan orang yang sabar.”

Ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah jelas menunjukkan betapa teguhnya keimanan mereka terhadap Allah.

Peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memberi makna yang amat besar kepada seluruh umat Islam dan ini memperlihatkan secara jelas sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan syiar Islam.

Kesanggupan Nabi Ibrahim ‘menyembelih’ anak kesayangannya Nabi Ismail bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat setia secara membuta tuli, sebaliknya didorong oleh keyakinan bahawa perintah Allah itu suatu yang harus dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Penyembelihan binatang korban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut di dalam Islam dan harus dilaksanakan oleh mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Kautsar, ayat 1-2 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Nabi Muhammad) nikmat yang banyak (antaranya sungai al-Kautsar di syurga), maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang korban (kerana mensyukuri nikmat-nikmat-Nya).”

Pelaksanaan ibadah korban adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Selain itu, ibadah korban juga dapat melatih umat Islam agar dapat mengikis sifat tamak dan bakhil dalam mengeluarkan harta serta melahirkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah SWT demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti golongan fakir dan miskin.

Semangat berkorban ini harus disuburkan dalam diri kita dan seluruh anggota masyarakat, yakni semangat untuk memberi dan bukan menerima yang seharusnya menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita.

Semangat tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah inilah yang sewajarnya diterapkan dan menjadi sifat utama orang yang bertakwa yang sentiasa berinfaq baik dalam keadaan lapang mahupun sempit.

No automatic alt text available.

Apa Komen Anda?