GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Kejutan di hening subuh

Dublin Mosque

Saya melangkah keluar daripada teratak baru di 53, South Circular Road menuju ke Dublin Mosque untuk menunaikan tanggunjawab sebagai seorang Muslim pada subuh 26 September 2009.

Cuaca pagi itu sungguh sejuk tetapi mendamaikan jiwa. Apabila menghampiri pintu masuk masjid saya mendapati seorang wanita Irish sedang berdiri di hadapan pintu dan sedang memerhati persekitaran masjid.

Good morning, may i help you miss” Saya bertanya

Hello, I just wondering here because there is a group of people practicing their own religious ritual while i don’t realize  their existence in my country” jawab wanita Irish itu dalam loghat pekatnya.

At the same time, i’m not allow to get into this building to see the ritual. It is a shock for me

Tatkala mahu menjawab pertanyaan dan statement yang dikeluarkan oleh wanita itu, saya mendengar suara Imam Yahya mendendangkan alunan al-Quran tanda jemaah sedang menunaikan solat Subuh.

I’m sorry, i can’t response your statement right now. Could you please give me 5 minutes and i will catch you later” .

I’ve to catch my pray” Saya memohon masa tambahan.

Is your pray really important for you than me ?” tanya wanita Irish pula.

Absolutely. I’ve to meet my god first than i will meet you later” jawab saya.

But why? Why your pray is more important for you than a human like me?” dia mempersoalkan tindakan saya menyahut seruan ilahi.

Dengan spontan saya menjawab “Because i believe in my faith. I believe only God can help me. Can help us

Every religion asks their devotees to believe into their own  faith and worship their own God. ” Saya dah mula nak bagi tazkirah kepada dia tapi dengar alunan ayat Quran daripada Imam Yahya macam dah nak ruku’.

Human can help others too. I love helping other people.” Wanita Irish itu memberi pandangan.

But who is going to help you when nobody else there for you?” Saya cuba mengajak dia berfikir pula.

Wanita itu senyap sebentar.

I’m really sorry miss. I’ve to pray right now. I will get back to you later. You can stay inside for a while. It’s better for you since it is really cold outside” Saya mempelawanya duduk di kawasan letak kasut lelaki di masjid.

Wanita itu memberi senyuman yang manis dan menerima pelawaan saya dengan baik.

Saya terus bergegas ke dalam masjid mengikuti jemaah yang sedang bersolat.

Ketika memasuki rakaat kedua, kami dikejutkan dengan satu tempikan daripada pintu ruang solat lelaki.

Where is the WOmen?” Teriak wanita itu.

Selesai solat, Imam Yahya dan beberapa orang jemaah terus meluru keluar untuk bertemu wanita itu. Saya kerisauan. Jika apa-apa berlaku di dalam masjid kerana wanita itu, ia adalah di atas tanggungjawab saya.

Selesai berdoa saya pergi menemui Imam Yahya bertanya perkembangan terkini.

Did you met the Irish women” Saya bertanya kepada Imam Yahya

Is she an Irish? I think she left us. We couldn’t get to her. Maybe she was drunk”

Drunk! Mabuk!

Oh saya terlupa malam jumaat sememangnya ramai orang mabuk. Tidak mustahil wanita itu juga mabuk.

Namun hati masih merasakan dirinya waras kerana ketika berbicara tiada bau arak pada mulutnya, pertuturannya lancar dan gaya dia berjalan juga normal.

She is an Irish. She want to know about Islam so i’re inviting her to sit at the men’s shoe area. Then i will get back to her after pray” Saya memberi penjelasan.

Never mind. She is not here now. Hopefully, she will come back to us” ujar Imam Yahya.

God’s will” saya berharap.

Semoga Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali dan mengenali Islam dengan lebih dekat. Saya juga masih berharap untuk bertemunya lagi kerana saya masih berhutang padanya. Hutang memberi kefahaman Islam kepadanya.

Hope we can meet again Miss XX…

Straight path
Ya Allah, tunjukkanlah dia jalan lurus-Mu. Ameen

Devotee of the most High,

Dublin 8

Apa Komen Anda?

2 Comments