KENAPA LIPUTAN VAKSIN MMR DI KELANTAN PALING RENDAH?

KENAPA LIPUTAN VAKSIN MEASLES,MUMPS & RUBELLA (MMR) NEGERI KELANTAN PALING RENDAH?

Dato Dr Musa Nordin ketika program Analisis di TV Al Hijrah telah menyebutkan bahawa liputan vaksin MMR adalah sebanyak 88% pada tahun 2017, sehingga menyebabkan imuniti kelompok berkurangan seterusnya menyebabkan naiknya jumlah kes campak di Malaysia.

KENAPA LIPUTAN VAKSIN MEASLES,MUMPS & RUBELLA (MMR) NEGERI KELANTAN PALING RENDAH?

88% adalah nilai purata bagi seluruh negeri di Malaysia. Target liputan adalah 95%.

Negeri Kelantan merupakan negeri dengan liputan terendah sebanyak 59.64% sahaja.

Betulkah jumlah itu?

Faktor Pelalian Vaksin MMR Rendah di Kelantan

KENAPA LIPUTAN VAKSIN MEASLES,MUMPS & RUBELLA (MMR) NEGERI KELANTAN PALING RENDAH?

Di sini ada beberapa isu teknikal mengenai pengiraan liputan vaksinasi.

Denominator (penyebut) untuk liputan pelalian MMR adalah anggaran kanak-kanak berumur 1-2 tahun di negeri Kelantan.

Data ini disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berdasarkan jumlah kelahiran di negeri Kelantan.

Numerator (pengangka) pula merupakan jumlah kanak-kanak yang mendapatkan pelalian MMR di negeri Kelantan.

Hasil bahagi antara pengangka dan penyebut ini akan menghasilkan liputan pelalian.

Kebiasaannya, orang Kelantan yang bekerja di luar akan pulang untuk bersalin dan berpantang di dalam negeri Kelantan. Pada usia anak 9 bulan untuk pelalian MMR, anak ini akan disuntik di negeri luar seperti Putrajaya, Selangor dll.

Ini akan menyebabkan liputan pelalian MMR di sesetengah negeri melebihi 100%. Ini bermaksud terdapat lebih banyak anak yang dberikan pelalian berbanding dengan anggaran kanak-kanak yang berada di tempat tersebut. Lebihan ini berpunca daripada dinamik pergerakan kanak-kanak tersebut yang berbeza daripada tempat kelahirannya.

Ini belum dibincangkan dengan kes keciciran kanak-kanak yang terlepas temujanji dan yang mendapat pelalian di swasta.

LIPUTAN DIFTERIA PULA

KENAPA LIPUTAN VAKSIN MEASLES,MUMPS & RUBELLA (MMR) NEGERI KELANTAN PALING RENDAH?

Kalau begitu ceritanya mengenai pelalian MMR, liputan difteria pula sudah mencapai 99%, namun kes tetap juga meningkat. 
Adakah vaksin tidak berkesan? Adakah betul imuniti kelompok itu wujud ataupun ia hanyalah mitos mainan para doktor?

Juga isu teknikal.

Kalau kita perhatikan, kes-kes difteria berlaku di kalangan kanak-kanak yang tidak divaksinasi. Dengan anggapan liputan 99% itu betul, terdapat ‘clustering’ atau pengelompokan kanak-kanak yang tidak diberi vaksinasi.

Walaupun hanya 1%, jumlahnya tidak sedikit.Lebih-lebih lagi jika 1% ini berada di dalam kelompok.

Agen bakteria ini dengan mudahnya terdapat di sekeliling kita. Ini akan memudahkan Corynibacterium Diphteriae untuk menjangkiti kanak-kanak tersebut.

Boleh rujuk kepada hantaran Saudara Mohd Zainie mengenai pengelompokan kanak-kanak yang tidak diberikan pelalian di Temerloh, Pahang.

Pengelompokan kanak-kanak yang tidak diberikan pelalian inilah sumber berisiko untuk jangkitan berlaku.

Jika muncul sesuatu kes penyakit disebabkan vaksin, pihak kesihatan akan menyiasat dengan lanjut punca jangkitan. Aktiviti ‘mopping’ dari rumah ke rumah mencari kanak-kanak dalam kawasan yang dilanda penyakit akan dilakukan. Liputan pelalian sebenar akan ditentukan secara terperinci dan kanak-kanak yang keciciran pelalian akan dikenal pasti dan diberikan pelalian.

Keberkesanan vaksin itu sendiri akan disiasat dari segi faktor penyimpanan, penghantaran, tarikh luput, cara suntikan dibuat dan lain-lain.

Begitulah cerita mengenai vaksin.

Jom tonton penjelasan di sini

Kredit kepada Dr Ahmad Zulfahmi Bin Mohd Kamaruzaman

Apa Komen Anda?