GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Keputusan SPM anda TIDAK PENTING. Faham ke?

Assalamualaikum wbt,

Tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar SPM terutama kepada Maktab Rendah Sains MARA yang mengungguli carta sekolah terbaik di Malaysia. (Saya anak MARA daripada umur 16 tahun sehingga 25 tahun. Terima kasih MARA, jasamu dikenang hehehe…)

Apakah keputusan SPM hari ini mencerminkan kejayaan seseorang itu pada masa hadapan?

Apakah kegagalan hari ini menandakan hari kiamat akan tiba awal bagi seorang remaja malang itu?

Daripada kita sekolah rendah hingga ke universiti, kita diajar untuk mendapat izazah lalu mendapat tawaran bekerja dengan gaji yang LUMAYAN. Sistem pembelajaran kita lebih berpaksikan kepada kerja makan gaji selepas keluar daripada universiti. Maka tidak hairanlah, ramai ibubapa yang bersungguh memaksa anak-anak mereka bergelar seorang profesional agar segera menjadi kaya dan merubah hidup mereka sekeluarga. Tidak salah tetapi tidak tepat.

Begitu juga dengan individu yang kecundang di dalam peperiksaan SPM. Saya sangat bersetuju kegagalan hari ini bukan bermakna kegagalan hari esok. Lalu kumpulan ini dimotivasikan dengan cerita-cerita ahli perniagaan berstatus jutawan yang berjaya setelah 20 tahun kerana memiliki harta yang banyak tanpa sekeping izazah pun. Cerita sebegini juga tidak salah tetapi kurang tepat.

Saya tidak setuju jika kejayaan itu diukur dengan berapa banyak harta yang berjaya dikumpul oleh seseorang itu 10-20 tahun kemudian.

Saya juga tidak bersetuju jika kejayaan itu diukur dengan berapa tinggi gred yang dicapai atau berapa banyak izazah yang diperolehi.

Apakah kejayaan hakiki?

Kejayaan hakiki adalah sebanyak mana anda dapat MEMBERI kepada orang lain. Kejayaan seperti ini tiada ukuran nilainya.

Anda boleh bergelar profesional yang berjaya tetapi lebih bermakna jika kepakaran anda dapat menyumbang dan memberi manfaat lebih banyak kepada manusia lain.

Jika anda tidak punyai apa-apa harta, tidak bermakna anda gagal. Anda juga adalah insan berjaya jika hidup anda senantiasa berjasa kepada insan lain.

Anda juga boleh berjaya tanpa sekeping izazah dalam pelbagai cabang rezeki terutama melalui perniagaan. Tetapi apa yang hendak dibanggakan jika sedekah yang sedikit pun hendak berkira walhal, tidak rugi sesen pun kekayaan anda.

Anda akan rasai nikmat kejayaan dengan MEMBERI lebih banyak kepada orang lain. Nikmat itu lebih berharga daripada nikmat melihat kekayaan yang melimpah ruah tetapi tidak dikongsikan bersama orang lain.

Tak percaya?

Cuba anda keluarkan duit kertas RM20 dan dermakan kepada seorang pengemis di jalanan atau di mana-mana tabung masjid.

Terlalu kecil nilainya?

Gandakan kepada RM50. Anda cuba dahulu dan perhatikan keajaibannya.

Selepas itu anda raikan kejayaan kecil itu bersama insan tersayang. Pesan mentor kejayaan saya:

“Celebrates your small success and it will leads you into a bigger success”

Dahulu saya mengira kejayaan yang tinggi dalam ilmu dapat membawa saya kepada kekayaan dunia tetapi saya silap.

Kini saya mengerti kekayaan yang sebenarnya diperolehi selepas kita memberi. Lagi banyak kita beri lagi banyak kita dapat. Apa yang kita dapat itulah dinamakan KEJAYAAN. Seperti pepatah pantai timur menyebut:

“The more you give, the more you get”

Tahniah kepada semua calon SPM.

Jalan anda telah terbentang luas tetapi pilihlah jalan yang dapat membantu anda MEMBERI lebih banyak manfaat kepada manusia lain.

Semoga tuhan membantu anda memilih dengan baik.

Adios,

DAR

=====

Sedang mencari BUKU baru yang BEST pada HARGA MURAH?

Beli di Bookcafe! Mudah, murah, cepat. Lebih 2000 pilihan buku tersedia.

Klik di sini –>http://bit.ly/2DARBOOKSTORE

Apa Komen Anda?