Kes Keracunan Metanol di Selangor dan Kuala Lumpur

Kes Keracunan Metanol di Selangor dan Kuala Lumpur

21st September 2018 Off By Dr Afiq Rahim

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai kejadian disyaki keracunan metanol sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. 

51 kes keracunan metanol dari negeri Selangor (45 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6 kes).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3 orang adalah warganegara Malaysia dan 48 orang adalah bukan warganegara Malaysia (daripada negara Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India).

Sejumlah 19 orang telah meninggal dunia, 14 pesakit dalam keadaan kritikal, 9 pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatian, dan 9 orang pesakit dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan

Kesemua mereka mempunyai sejarah pengambilan minuman beralkohol jenis sebatian minuman keras (compounded hard liquor).

Related image
Keracunan Metanol berpunca daripada pengambilan arak

Kesemua mereka telah menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.

Tanda-tanda dan gejala awal keracunan dialami satu (1) atau dua (2) hari selepas tarikh akhir meminum minuman tersebut.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat mendapati kesemua pesakit yang terlibat telah membeli minuman sebatian keras di premis-premis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 

Laporan polis telah dibuat oleh pihak KKM untuk mengenalpasti pengedar, pengilang minuman tersebut dan punca keracunan dan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar ini di pasaran. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 terutama ke atas produk minuman beralkohol yang disyaki dan semua jenama lain yang didapati tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar menjauhi daripada mengambil sebarang minuman beralkohol yang mungkin mengandungi metanol yang mendatangkan masalah kesihatan dengan tanda-tanda dan gejala seperti sesak nafas, sakit perut, loya atau muntah, cirit-birit, pening atau sakit kepala yang teruk, kabur penglihatan dan kekejangan serta boleh mengakibatkan maut.

Ikuti kupasan seterusnya di dalam video di bawah ini: 

Jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel: Dr Afiq Rahim 

DAR

Apa Komen Anda?