GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Ketahui Kenapa DAR Menyesal Hadir ke IMKK 2015 DAO

Assalamualaikum wbt,

Saya di sini ingin memaklumkan bahawa saya sangat menyesal menyertai Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang baru tamat semalam.

Anda nak tahu kenapa?

Mari saya bongkarkan di sini satu persatu.

Saya masih ingat lagi ketika hari Jumaat 30 Januari, saya berlari ke belakang dewan untuk mendaftar ke IMKK di Menara PGRM.

Aura DAO pada ketika itu sangat POWER!

Namun, selepas pulang saya menjadi keliru seketika dan ada kalanya menyesal. Saya telah membeli seat di bahagian hadapan dewan.

Sudahlah penempatan tidak disediakan, peta dan info pack lain juga tiada. Jika anda nak join maka sila uruskan sendiri urusan anda. Saya bayar mahal kot tapi hotel pun tidak disediakan.

Pelik bin Ajaib. Program-program di Malaysia kebanyakkan memanjakan pesertanya tetapi tidak IMKK. Anda nak berjaya, anda berusaha sendiri mencari jalan untuk menyertainya.

Selepas dua hari mencari hotel, akhirnya sebuah hotel bajet berjaya ditempah yang mana jaraknya 1.7km daripada Menara PGRM, kira-kira dalam 15-20 minit berjalan kaki.

Sepanjang minggu, hati berdebar-debar.

Berbaloikah membayar harga yang mahal untuk sebuah program membina kekayaan?

Kebanyakkan program yang pernah saya hadiri berharga tiga digit tetapi inilah pertama kali saya membayar harga 4 digit untuk satu-satu program. Saya mahu pastikan pelaburan saya ini benar-benar berbaloi. Jika tidak, saya akan menuntut kembali yuran saya sepertimana yang telah dijanjikan DAO sendiri.

Khamis, 5 Feb 2015

Saya berlepas ke KL dengan niat beruzlah membaiki diri dan mencari kunci kejayaan serta kekayaan.

Setibanya ke tempat program, lautan manusia memenuhi kawasan pendaftaran. Peserta sudah mula beratur seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan seat paling hadapan mengikut tiket masing-masing. Mujurlah saya telah membeli tiket seat hadapan maka tidak perlulah saya berebut-rebut dengan peserta lain.

Saya dikelilingi orang yang hebat-hebat. ada CEO syarikat besar, doktor, engineer, yang kerja makan gaji macam saya dan kebanyakkannya peniaga. Pada ketika itu, my little voice dalam diri berkata

“Hah kan aku dah cakap. Program ini tak sesuai untuk orang macam kau. Diorang ni kaya, jutawan. Ko hanya seorang doktor makan gaji sahaja.”

Saya melawan dan berkata kepada monolog dalaman itu

“Aku datang nak belajar. Baguslah jumpa dengan orang-orang macam ini. Buat networking. Siapa sangka sebelah aku CEO syarikat hartanah. Untung-untung boleh belajar selok belok property selepas ini” Saya bersikap positif.

Program bermula dengan senaman aerobik. Peserta yang lebih tua hanya berdiri dan tidak bersemangat untuk bersenam bersama. Sudahlah lagu yang dimainkan ala-ala disco. Jatuh Tsiqah kata seorang pakcik berkopiah.

Kemudian DAO keluar dan memulakan ‘ceramahnya’ beserta pelbagai aktiviti yang dia minta kami lakukan.

Tiba-tiba…….

Bersambung…

P/S- Maaf penulis sedang mengalami demam panas. Mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk berkongsi lebih banyak lagi

DAR

Apa Komen Anda?