GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Ketahui Kenapa DAR Menyesal ke Program IMKK DAO 2015 – Siri 2

Sambungan,

Tiba-tiba sepanjang hari pertama itu kami diajar tentang kembali kepada Tuhan oleh Dr Azizan Osman, jurulatih kejayaan no 1 Asia.

Ya formula nombor satu untuk kita kaya dan berjaya adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Formula kedua pula adalah ikut arahan formula pertama dan formula ketiga adalah ikut arahan formula kedua. 

Kami diajar peri pentingnya menjaga Kolam Jiwa ataupun hati kami. Bagaimana hubungan antara kolam jiwa dan kesannya kepada kekayaan dan kejayaan diri seseorang. Beliau bukannya duduk memberi ceramah ala-ala konvensional penceramah agama mahupun gaya penyampaian seperti pencetus ummah yang lain. Beliau membawa kami ke sebuah dimensi baru bagi yang pertama kali menghadirinya

Kami diajar mengenal diri sendiri kembali. Ya beliau tidak mengajarkan formula-formula kekayaan terus kepada kami pada hari pertama tetapi beliau adalah seorang ketua “cleaner” yang sedang mengajak anak didiknya untuk membersihkan kolam jiwa kami yang berkeladak dan penuh dengan daki-daki dosa terlebih dahulu. 

Pada mulanya ramai peserta masih gagal mengerti apakah kesannya kepada potensi diri, kejayaan dan kekayaan seseorang itu. Namun, DAO ini orang yang berpengalaman. Beliau mampu membaca hati dan minda seseorang melalui gerak geri kami yang barangkali sering wujud suara kecil sebegini di benak minda pesertanya. Antaranya:

“Betul ka cara dia ni?”

“Boleh percaya k apa yang dia cakap ini”.

“Ini ustaz-ustaz diluar sana dah cakap tapi asyik gagal je”.

Acap kali beliau berpesan yang beliau akan tunjuk bagaimana kesannya pada diri seseorang itu setelah kolam jiwanya bersih dan diperbesar serta diperdalamkan pada hari seterusnya.

Pada hari pertama, kami juga di ajar tentang empat perkara yang mengubah hidup seseorang iaitu LUCK.

LUCK bukanlah nasib seseorang tetapi ditafsirkan sebegini L.U.C.K

L – Logistik (Persekitaran, circle atau berada di kumpulan yang sentiasa mempunyai getaran positif dan bernafsu tinggi untuk berjaya. Cth – Berdamping dengan alim ulama’, manusia berjaya, manusia kaya dll)

U – Understanding (Memahami keadaan kita dan persekitaran. Cth: memahami bahawa kita adalah hamba-Nya. memahami bidang yang diceburi sebanyakknya dll)

C – Commitment (100% Fokus mencapai matlamat kita secara konsisten)

K – Knowledge (Ilmu yang banyak. Sentiasa tamak untuk mempelajari ilmu baru dan menggunakannya untuk memberi manfaat kepada manusia lain)

Manakala ada Empat “E” yang juga menghalang kejayaan diri sendiri iaitu:

E – EGO – Bodoh sombong. Tidak mahu belajar

E – Emosi – Sentiasa dikawal emosi, panas baran etc

E – Enak  – berada di dalam lingkungan comfort zone / status quo

E – Enteng – selalu ambil mudah / sambil lewa atas sebarang urusan. 

Secara jujur, saya telah banyak mengikuti program motivasi berkonsepkan ketuhanan bahkan pernah mengendalikan sendiri program motivasi antaranya Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland atau PUISI yang kami anjurkan setiap tahun semasa berkelana di bumi Shamrock. Namun, entah mengapa saya merasa lain sepanjang mengikuti program beliau. Ternyata beliau berada di dalam kelasnya tersendiri. 

Antara strategi beliau adalah untuk menarik perhatian audiens adalah:

  • Menjerit secara tiba-tiba ketika suasana melankolik.
  • Mengajak peserta untuk berdiri di atas kerusi (Sambil mencatat nota).
  • Meminta peserta berkomunikasi dengan rakan sebelah . Contohnya “Helo?”, “Cakap dekat rakan sebelah, anda kaya dan berjaya.” dan banyak lagi.
  • Melakukan “SWITCH” iaitu satu teknik transformasi minda yang hebat dan bertenaga.
  • Mengangkat tangan dalam masa yang lama (serius sampai hampir kejang otot bahu saya menahannya)

Sebenarnya terlalu banyak hendak dikongsi namun saya hanya mahu menceritakan serba sedikit apa yang kami pelajari. Jika hendak diceritakan satu per satu maka saya perlu mengarang sebuah buku pula nanti. Jika nak tahu lebih lanjut, saya mengesyorkan anda menyertai IMKK dahulu. 

Insyallah kupasan hari kedua akan menyusul selepas ini. 

DAR

Apa Komen Anda?

One Comment