GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Kisah Linkin Park, Masalah Chester dan Bunuh Diri.

Semalam, peminat Linkin Park dikejutkan dengan kematian Chester Bennington, penyanyi utama band yang amat terkenal di awal millenia.

Antara keunikan band Linkin Park selain gabungan music rock dan hip hop serta lirik lagu yang memperjuangkan untuk diri mahupun isu sejagat adalah kekuatan vokal Chester yang memukau.

Saya adalah antara peminat mereka sejak daripada remaja. Semasa masih muda remaja, tatkala jiwa sedang mencari motivasi dan inspirasi hidup remaja maka lagu-lagu merekalah peneman diri.

Namun apabila usia menginjak dewasa, saya sedar lagu-lagu ini tidak mendatangkan kebahagian. Hanya sekadar halwa telinga sahaja. Kembali kepada tuhan dan Al-Quran adalah jawapan tepat mencari motivasi dan inspirasi.

Mengapa saya mengatakan lagu-lagu ini memberi kesan kepada jiwa peminat mereka terutama remaja?

Ini kerana kebanyakkan lagu mereka adalah mengisahkan perjuangan untuk mencari kekuatan diri, perjuangan mencari makna diri, isu sejagat dan pelbagai lagi.

Band ini jarang sekali mengetengahkan lagu yang berunsur cintan cintun, isu hubungan adam dan hawa di dalam lagu mereka.

Band ini menjual VALUE mereka dengan IDEA, KREATIVITI dan MUSIC mereka sahaja. Video lagu mereka sarat dengan mesej yang ingin disampaikan.

Di dalam ALbum Hybrid Theory, Mendiang Chester pernah berkata bahawa:

“It’s easy to fall into that thing — ‘poor, poor me’, that’s where songs like ‘Crawling’ come from: I can’t take myself. But that song is about taking responsibility for your actions. I don’t say ‘you’ at any point. It’s about how I’m the reason that I feel this way. There’s something inside me that pulls me down.”

Manakala intipati di dalam ALbum Meteora yang mengandungi ekpresi pelbagai emosi terutama marah dan kembali bangkit selepas kekecewaan seperti kata Bennington:

“We don’t talk about situations, we talk about the emotions behind the situations. Mike and I are two different people, so we can’t sing about the same things, but we both know about frustration and anger and loneliness and love and happiness, and we can relate on that level.”

ALbum mereka tidak hanya berkisar kepada perjuangan diri mencari kekuatan dan motivasi tetapi menyentuh isu sejagat seperti di dalam Album Minutes to Midnight dan A Thousand Suns.

Di dalam Minutes to Midnight, ianya berkisar kepada isu geopolitik, peperangan dan keamanan.

Manakala Album “A Thousand Suns” menyentuh isu kegusaran masyarakat dunia tentang peperangan nuklear.

Menurut Joe Hahn, ahli kumpulan LP, tajuk album “A Thousand Suns” merujuk kepada satu baris perkataan di dalam Kitab Sanskrit “Bhagavad Gita” yang menyebut:

“If the radiance of ‘a thousand suns’ were to burst at once into the sky, that would be like the splendor of the mighty one,”

Ayat ini dipopularkan oleh aktivitis kemanusiaan J. Robert Oppenheimer merujuk kepada isu bom atom suatu masa dahulu.

Selain itu, album The Hunting Party pula mengambil inspirasi daripada satu artikel Jepun yang menyelar sikap generasi muda pada hari ini sebagai “Herbivores” atau hanya menunggu peluang datang bergolek sahaja kepada mereka dan tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya.

Album terakhir mereka bersama Mendiang Chester “One More Light” mengisahkan kekecewaan dan masalah yang mereka sendiri alami di dalam kehidupan terutamannya Chester dalam usahanya melawan ketagihan dadah, arak dan tekanan perasaan.

Mendiang Chester sejak di zaman kanak-kanak pernah mengalami penderaan seksual, dibuli, mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol serta pelbagai siri masalah emosi yang teruk.

Kematian sahabat baik Chester iaitu Chris Cornell yang membunuh diri dengan cara menggantungkan diri juga telah benar-benar memberi kesan yang amat mendalam kepada Chester.

Tekanan emosi selepas sesuatu tragedi boleh menyebabkan depresi yang teruk. Maka pesakit seperti Chester akan memilih jalan mudah untuk mengubatinya iaitu dengan kembali kepada dadah dan arak untuk melepaskan tekanan emosinya.

Namun seperti Mendiang Chester, Kurt Cobain, Robbie Williams dan ramai lagi artis barat apabila emosi gagal diuruskan, disi pula dengan pengambilan dadah, alkohol mahupun merokok secara berlebihan maka mereka terjerumus ke lembah kekecewaan dan kekosongan jiwa.

Dan ianya amat berat untuk dilepaskan.

Seperti bait lirik di dalam lagu Waiting For The End

“The hardest part of ending is starting again”

Apabila mereka gagal untuk menguruskan emosi dan diri dengan betul dan orang sekeliling pula gagal memahami keadaan mereka maka akan terjadi hal sedemikian:

“Stared into this illusion,
For answers yet to come,
I chose a false solution,
But nobody proved me wrong,
Headfirst hallucination. –

Rangkap di dalam lagu “Nobody Can Save Me”

Apabila sudah terjadinya hallusinasi samada secara visual, pendengaran, sentuhan dan sebagainya maka mereka perlulah segera dirawat!

Emosi yang tidak stabil jika tidak dirawat segera boleh mengundang hallusinasi dan fikiran yang sangat merbahaya iaitu BUNUH DIRI.

Seperti yang diungkapkan oleh Chester sendiri di dalam lagunya “Bleed It Out”:

“Find a new place to hang this noose, string me up from a top the roofs, knot it tight so I wont get loose”

Tanda-tanda bunuh diri ini biasanya agak jelas seperti ungkapan daripada mulut individu itu sendiri seperti “AKu nak bunuh diri” atau “Aku tidak mahu hidup lagi”.

Atau tanda-tanda di sekelilingnya seperti tempat gantung di biliknya, pisau atau senjata tajam pada tangannya dan lain-lain yang dikaitkan dengan keadaan mencederakan diri seseorang.

Bagi mengelakkan sebarang musibah, segeralah menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Namun, antara gejala yang boleh menjerumus kepada fikiran bunuh diri adalah
1. Jiwa yang kosong
2. Tiada minat terhadap hobi sendiri
3. Masalah gangguan tidur atau Insomnia.
4. Hilang selera makan yang teruk sehingga berat bada merosot.
5. Masalah depresi.
6. Masalah ketakutan yang teramat.
7. Tidak boleh fokus
8. Cepat panas baran.
9. Serangan Panik.

Sekiranya ada gejala di atas pada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga sendiri maka segeralah membawa pesakit berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Akhir sekali, Mendiang Chester menyanyikan bait ini:

“and when you’re feeling empty, keep me in your memory” – lagu “LEAVE IT OUT OF THE REST’

Maksudnya boleh diterjemah melalui pelbagai perspektif. Secara positif maka jika anda mengalami masalah emosi dan tekanan hidup, jadikan kematiannya sebagai pengajaran untuk kita bangkit semula. (Bukan ikut cara dia dalam menguruskan masalah)

Namun, kita harus sedar bahawa Bunuh diri bukanlah jalan keluar kepada permasalahan yang kita hadapi.

Dan sebagai muslim, bunuh diri adalah HARAM di sisi agama.

Kita perlu faham bahawa setiap manusia pasti akan diuji oleh tuhan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

“Iaitu orang-orang yang apabila ditmpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali) -Surah al-baqarah ayat 155-156)

Tika kita diuji, pelbagai persoalan yang menerjah difikiran kita.Namun begitu, Allah s.w.t. Maha Mengetahui kerna DIA tidak akan menurunkan ujian tersebut melainkan sesuai dengan kemampuan hamba-NYA.

Sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (-Surah al-Baqarah ayat 286-)

Setelah kita diuji, Allah s.w.t. memberikan khabar gembira bagi hamba-NYA yang bersabar diatas ujian yang menimpa. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu….” (Surah Muhammad, ayat 31)

Yakin, percaya dan bersangka baiklah dengan “tarbiyah” yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita. Setiap ujian ada jalan penyelesaiannya.

Hanya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah SWT dalam menangani masalah tersebut.

Dr Afiq Rahim
Orang yang membunuh dirinya tidak akan diterima Syurga.

Apa Komen Anda?

2 Comments