Kisah Pok Ya Cong Codei dan Pok Din Homibit

Kisah Pok Ya Cong Codei dan Pok Din Homibit.

Pok Din: Pok ya, tolong ambo pok ya. Oghe umoh (Isteri) ambo nak beranak ni. Ambo dok di umoh ni.

Pok Ya: Hok aloh, bakponya (kenapa) demo goyak (beritahu) ke ambonya? Bawoklah (Bawa) gi spitalnya (hospital). Ada keto (kereta) kan?

Pok Din: Berat kes ni pok ya. Marilah gi umoh ambo ni pok ya.

Pok Ya: Aku dok jauh ni. Dok di Cong Codei.

Pok Din: Kg Cong Codei tu alik mano? Ala…Marilah pok ya. Supo (Seperti) doh nok beranok doh ni isteri ambo.

Hotel Cong Codei

Pok Ya: Bakpo gong (lembab) benar demo ni? Ado keto bawoklah gi spital slaluh (sekarang) la. Bakpo jadi nyusoh (menyusahkan) blakonya.

Pok Din: Suri toksey (tak mahu) gi spital pok ya. Dia nak beranok (bersalin) di umoh ni. Dia nekad doh ni.

Pok Ya: Hok aloh, bakponya jadi gitu pulok. Demo suami kan? Ikut kato bini tu bakpo? Benda hok saloh (salah) toksoh (jangan) ikutla. Angkat dio naik keto bawak slaluh gi spital.

Pok Din: Suri susuk (sorok) buku, IC dio blako (semua). Dia buat kerah (degil) toksey (enggan) gi spital. Nok branok umoh. Mohgrib (maghrib) satni (tadi) tubik (keluar) darah alik (bahagian) bawoh (bawah). Ambo tengok darah gak, pening slalu. jeng palo (kepala) pok ya weh.

Pok Ya: Pah tepon (telefon) aku buat gaponya (untuk apa) ? Gi tepon Mek Som nung (itu). Aku dok pernoh nyambut anok di umoh. Semua anok aku beranok spital weh.

Pok Din: Palo ambo jadi bengong (gagal berfikir) metar (sekejap) pah (selepas) napok (nampak) daroh (darah) tadi. Ambo ingat ke pok ya jah sebab pok ya sokmo (selalu) boleh selesai masalah oghe lain. Pah bini kito buat kerah toksey gi spital, koho serabut palo kito ni.

Pok Ya: Hei Baharudin, ambo nak goyak ke demo, ambo kalo bini nok lari umoh, biar dia dok belakang pohon nyor (kelapa) pon ambo toksey gi cari. Mudoh lagi cari bini baru. Tapi kalo bini ambo nok buat nyusoh ke ore lain, pentingkan diri dio jah, amik risiko pada baby ambo hok dia ngandung dalam perut tu, ambo rela heret dia gi spital. Janji kedua-duanya selamat.

Pok Ya Cong Codei

Pok Din: Ambo silap pok ya. Awalnya ambo dan Suri memang nok try gapo ore puteh goyak tu ‘Ho mi bit’.

Pok Ya: Gapo dio ‘Ho mi bit’? Cer try eja nak dengar.

Pok Din: Metar-metar (sebentar), ambo ada kertas hok saing (kawan) Suri bui. Dia ejo (eja) gini:

“H-O-M-E-B-I-R-T-H”.

Pok Ya: Hok aloh. Homebirth la! Mutar palo (pening kepala) ambo mikir gapo dio gak ‘Ho Mi Bit’. Tu beranok di umoh. Bakpolah demo nak try hok susohnya?

Pok Din: Ambo gi ngaji kelas dia dengan saing Suri namo Mas. Anok ambo hok nombor limo ni songsang. Suri pula dua kali doh belah jadi dia toksey keno belah lagi. Pahtu saing Suri si Mas tu goyak dia boleh bantu masa beranok umoh.

Kami gi doh kelas dio. Siap ada demo, kolam, senaman dan banyok kagho (perkara) lagilah hok dio buat.

Pok Ya: Pahtu demo tak gi jupo doktor ko?

Pok Din: Bawok gi tapi bila tahu songsang tu Suri toksey ikut doh gapo doktor goyak. Pah saing dio pulok tunjuk testimoni klien-klien dio hok dua tiga kali beloh tapi berjaya beranok supo biaso dengan dio.

Pok Ya: Lo ni (Sekarang) sapo (siapa) lagi ado di umoh tu?

Pok Din: Ambo, Suri dengan Mas. Anok-anok, ambo hantar ke umoh tok tuo satni (sebentar tadi) bila Suri goyak sakit perut.

Pok Ya: Baby tubik doh ko?

Pok Din: Dok lagi pok ya. Baru tubik daroh. Lo ni Suri dok sakit perut.

Pok Ya: Din, demo jangan jadi dayus. Gi tepon pihak spital ka misi klinik kampung kita ka?

Pok Din: Ambo takdok nombor tepon spital/klinik.

Pok Ya: Ni sa (satu) lagi bengong (bodoh). Pah nak beranok di umoh, nombor misi/spital pon dok simpan. Pah kalo jadi gapo-gapo ke Suri sapo nok tolong. Mas tu pandai ka atau buat-buat pandai?

Pok Din: Kami cayo (percaya) blako (semua) ke Mas. Dia goyak ada sijil sambut bayi.

Pok Ya: Dia bidan terlatih atau doktor ka?

Pok Din: Bukan, dalam kelas dia goyak tugas dia sebagai peneman semasa bersalin jah. Ore (Orang) panggil doula. Dia goyak ada sijil tauliah sambut baby.

Pok Ya: Aduh, bakpolah demo ni cayo ke dio nya? Kita rujuklah ore hok ada ilmu, ore hok benar. Nok beranok di umoh pon, kalo payoh gak gi panggil Mek Som sambut. Dia bidan kampung hok kerajaan lantik.

Pok Din: Kami jupo doh Mek Som. Dia toksey sambut bayi songsang. Dia pon suro gi beranok spital.

Pok Ya: Hah, pahtu ore tuo hok bijok bab ni pon goyak gi beranok spital, pah demo bakpo dok ikutnya?

Pok Din: Suri, nok try beranok di umoh. Pah Mas goyak dia boleh bantu.

Pok Ya: Berat kes demo ni. Pah ke ambo pening mikir masalah demo. Baik, gini, ambo akan tepon pihak spital. Demo minta Suri tahan jangan bui dia teran. Demo jangan goyak ke dio dan si Mas tu yang ambulans nak mari. Nanti dia paksa teran habis susoh kijoan (kerja) kito.

Pahtu baca selawat banyak-banyak. Doa minta Allah permudahkan urusan demo.

Pok Din: Baik pokya.

Dalam tempoh singkat, pihak kesihatan berjaya sampai ke rumah Pok Din Homibit.

Suri dan Mas terkejut dengan kehadiran misi dan doktor hospital berdekatan.

Suri nekad mahu bersalin di rumah. Dia meneran sekuat hatinya apabila sedar air ketubannya telah pecah.

Pantas jururawat dan doktor membantu kelahirannya di rumah.

“Kaki keluar dah ni, kepala duduk di dalam!” jerit misi.

Mas pula duduk di tepi terpingga dengan keadaan yang berlaku. Sebenarnya, Mas tidak pernah menyambut kelahiran songsang. Dia yakin selepas membaca di internet dan menonton di Youtube bagaimana prosedur menyambut kelahiran songsang.

Hakikatnya ternyata tidak mudah seperti yang disangka. Terutama pabila bahagian kritikal kaki di luar dan kepala bayi masih di dalam.

Namun semua itu berjaya dilakukan dengan selamat oleh jururawat dan doktor yang berpengalaman.

Bayi yang baru dilahirkan terus dibersihkan dan bersama ibunya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pok Din menghubungi Pok Ya.

Pok Din: Alhamdulillah Pok Ya, semua selesai doh. Ambo dok spital ni. Mujurlah pihak spital dan sampai sebelum bayi tubik.

Pok Ya: Alhamdulillah, syukur. Ambo pon dok jenero (lena) tido mikir (fikir) ke demo.

Pok Din: Terima kasih banyoklah Pok Ya tolong ambo tadi. Ambo hanya belajar teknik pernafasan, teknik beranok hok biaso (biasa) jah. Bila tengok misi dan doktor sambut anok ambo tu, lain daripada apa yang diajar si Mas.

Pok Ya: Itulah, ambo nak goyak ke demo, bayi songsang ni masih ada doktor,misi untuk sambut lagi.

Tapi kalo AJARAN SONGSANG, hok ni bahayo sekali. Abih semua orang disesatkannya.

Pok Din: Ya Pok Ya Cong Codei. Ambo nyesal (menyesal) doh. Bersyukur bini anok selamat. Ambo nanti kena kecek balik dengan Suri. Kena nasihat semula ka dio.

Pok Ya: Baguslah gitu Pok Din Homibit. Selamat berpuasa awal tahun ni deh 1f601 - Kisah Pok Ya Cong Codei dan Pok Din Homibit😁.

******
Pengajaran:

1. Bayi songsang, masih ada orang boleh bantu. Ajaran SONGSANG, hanya hidayah Allah sahaja dapat menyedarkan kesesatan mereka.

2. Sebagai seorang anggota masyarakat, kita perlu ambil peka masalah kelahiran tidak selamat di rumah. Nasihatilah mereka agar ibu dan bayinya selamat.

3. Banyak risiko jika bersalin di rumah terutama kandungan yang berisiko tinggi apatah lagi tanpa anggota bertauliah dalam bidang bersalin.

4. Doula hanyalah peneman sahaja. Pastikan info yang diperolehi daripada doula disahkan selamat oleh anggota kesihatan.

5. Nyawa adalah keutamaan dalam Islam dalam setiap perkara. Jangan perjudikannya kerana kedangkalan kita.

p/s: kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati.

Jangan lupa kongsikan kisah ini.

DAR
drafiqrahimdotcom

#scamkesihatan
#saynotounsafebirth
#pokyacongcodei
#pokdinhomibit

Apa Komen Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published.