GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Kisah Susu, Madu dan Arak

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah antara mukjizat Rasulullah SAW yang istimewa. Peristiwa ini tidak pernah berlaku pada manusia lain kecuali Nabi Muhammad SAW. Perjalanan nabi bermula pada suatu malam di natara Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis kemudian menuju ke langit hingga ke Sidratul Muntaha. Ia adalah perjalanan hakiki dengan roh dan jasad baginda.

Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj itu, Nabi SAW dihidangkan dengan minuman sebanyak 2 kali, iaitu semasa di masjid al-Aqsa dan kali kedua semasa nabi berada di Baitul Makmur. Pada kali pertama, nabi dihidangkan dengan susu dan arak manakala pada kali kedua nabi dihidangkan dengan susu, arak dan madu. Namun nabi memilih meminum susu untuk kedua-dua santapan tekak baginda. Dengan meminum susu, malaikat Jibrail menjelaskan umat Muhammad berada pada jalan yang lurus.

Hikmah kisah di atas

Nabi meminum susu berdasarkan sifat semulajadi baginda SAW walhal pada ketika itu arak adalah minuman rasmi bangsa Arab yang paling popular di zaman itu. Bahkan pada zaman moden ini juga, arak masih dihidangkan di majlis-majlis di Negara barat dan di tanah air kita juga. Arak adalah lambang keagungan, kemegahan dan prestij. Semakin lama arak itu diperam, semakin tinggi nilainya dan darjat peminumnya.

Rasulullah SAW tidak memilih arak yang menjadi kesukaan masyarakat Jahiliah pada ketika itu kerana baginda sendiri tidak meminumnya apatah lagi menyukainya. Sekiranya baginda adalah peminum arak pasti baginda akan memilih arak kerana kita sedia maklum bahawa arak mampu membuat manusia ketagih nikmatnya. Kita jarang dengar manusia ketagih susu atau madu. Bahkan dalam kamus perubatan alcohol sinonim dengan ketagihan berbanding minuman lain di muka bumi ini.

Arak adalah lambang kejahatan. Jika nabi memilih arak maka ia menandakan agam Islam cenderung kepada kejahatan, kerosakan dan kemaksiatan.

Demikian juga dengan madu. Madu bukan hidangan kesukaan Rasulullah SAW hatta madu baik untuk kesihatan. Madu adalah minuman kesihatan bukan minuman rutin atau harian. Tidak ada manusia yang hidup hanya dengan meminum madu. Madu bukan makanan fitrah atau semula jadi manusia. Manusia masih memerlukan air dan makanan ruji lain untuk hidup.

Jika Nabi memilih madu, ia menandakan agama Islam sukar diamalkan kerana ia mementingkan kehidupan akhirat semata-mata. Hidup di dunia hanya untuk solat sahaja, agama rahib, tidak berkahwin, mesti berpuasa sepanjang masa, tidak boleh hidup mewah dan pelbagai halangan untuk nafsu manusia. Fitrah manusia suka kepada harta, anak pinak, beristeri, hidup bermasyarakat, makan minum dan lain-lain.

Oleh kerana itu Nabi Muhammad memilih susu. Ia petanda beliau memilih jalan yang lurus sesuai dengan penerimaan jasad manusia. Susu segar mempunyai kandungan air, mineral dan vitamin yang mencukupi untuk jasmani manusia. Seorang kanak-kanak yang diberi minum susu ibunya sewaktu kecil akan sentiasa sihat, kuat dan daya immunisasi yang tinggi. Percaya atau tidak, manusia masih mampu hidup hanya dengan meminum susu tanpa makan dan minum air.

Ini jelas menunjukkan apabila nabi memilih susu bermakna baginda memilih aturan kehidupan agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Sekiranyanya hamba Allah itu kaya atau miskin, dia masih boleh menjadi hamba yang soleh. Demikian juga dari segi kedudukan, harta, umur dan jantina, hamba itu masih boleh menjadi seorang hamba yang soleh au solehah di sisi Allah. Itulah agama Islam yang berpaksi di atas kesederhanaan dan bersifat universal.

Islam yang diibaratkan seperti susu adalah agama yang mudah dan ringkas. Hanya dengan Islam sahaja, umatnya maju dan begitu juga sebaliknya.

Bersama kita mempersiapkan diri menghadapi Bulan Ramadhan. Bulan barakah buat umat Muhammad SAW.

Sumber dipetik daripada : Cerita-cerita Motivasi untuk JIWA karya Prof Madya Dr. Shukri Ahmad dan Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah.

-Salam Isra’ dan Mikraj-

Ibn Abd Rahim,

Klang, Selangor

Apa Komen Anda?

3 Comments