GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Jangan Baca! Kisah Ini Akan Membuatkan JIWA Anda Menjadi SEDIH Jika Anda Membacanya.

30 Tahun yang lalu

Isteri: “Bang, amik cuti hari ni. Adik demam panas ni daripada malam tadi. Susu pun dia tak mahu minum. Nampak lemah je sejak pagi tadi.

Suami: Ok-ok, abang akan minta dengan bos cuti. Jika dia tak bagi, abang usaha juga macam mana pun untuk cuti demi anak kita.

Lalu diletakkan gangang telefon pejabat dan bergegas bertemu bos memohon cuti. Selepas sejam, si ayah selamat sampai ke rumah dan membawa anak mereka ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Doktor: Anak puan disyaki menghidap jangkitan kuman di dalam paru-paru dan memerlukan rawatan lanjut ke hospital. Kemungkinan besar, dia akan dimasukkan ke wad untuk rawatan rapi.

Ibu: Baiklah doktor. Abang, macam mana dengan anak-anak kita yang lain?

Ayah: Awak temankan adik di hospital manakala yang lain abang jaga mereka di rumah. Nanti, abang datang waktu melawat di hospital.

Si Ibu menemani anak bongsunya di hospital manakala si ayah menjaga anak-anaknya yang lain di rumah.

Si anak dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut menggunakan ambulans.

  • Dapatkan Buku "I Need A Helicopter. My Patient is Dying" di pasaran sekarang.

==============

Zaman Sekarang,

Doktor: Apa khabar makcik? Lama dah makcik Nab tak datang ke klinik ni. Hampir setahun.

Makcik Nab: Tak berapa sihat doktor. Maaflah lama tak datang ke klinik.

Doktor membelek-belek rekod hijau milik wanita yang berumur sekitar 60 an. Satu persatu rekod lama makcik itu diperhatikan. Terlalu banyak tanda berwarna merah di dalam rekod kesihatannya.

Doktor: Makcik, paras gula pun sudah tidak terkawal. Begitu juga dengan tekanan darah semakin hari semakin naik. Lama dah makcik tak makan ubat kita ni.

Makcik Nab diam membisu sambil muka dipalingkan ke lantai.

Doktor: Makcik saya mohon maaf terlebih dahulu. Berdasarkan rekod kami, telah lama makcik tidak hadir ke klinik. Begitu juga pada rekod-rekod sebelum ini. Apa yang boleh saya bantu untuk membolehkan makcik dapat senantiasa hadir ke klinik mengikut temu janji kita?

Makcik Nab: Maaf doktor, makcik susah nak datang sebab tidak ada orang yang boleh menghantar makcik ke klinik.

Doktor: Bagaimana pula anak-anak makcik? Adakah mereka tahu yang kini ibu mereka sedang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang?

Makcik Nab: Eh, makcik dah ada penyakit buah pinggang ke doktor?

Doktor: Berdasarkan pengiraan saya dan keputusan darah tahun lepas, makcik Nab telah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang tahap 3 akibat daripada penyakit kencing manis yang tidak terkawal.

Makcik Nab: Ya Allah, betulkah ni tuan doktor? (Makcik Nab terkejut mendengarnya)

Doktor: Benar makcik, saya terpaksa memberitahu berita pahit ini dan kerana itu juga saya ingin membantu makcik sedaya upada sekarang supaya penyakit ini tidak menjadi semakin parah.

Makcik Nab mengalirkan air mata mendengar penjelasan doktor tersebut. Suasana hening seketika.

Doktor: Makcik maaf mencelah, makcik tinggal dengan siapa di rumah? Anak-anak ada?

Makcik Nab: Makcik ada Lima orang anak. Tiga duduk di Kuala Lumpur. Dua lagi bekerja di bandar. Masing-masing sibuk doktor. Yang duduk dengan makcik tu, pagi-pagi lagi dah keluar cari rezeki. Kami ni orang susah. Pakcik pula dah lama meninggal dunia.

Doktor tersebut mula memahami masalah sosial yang berlaku di sekeliling kehidupan makcik Nab.

Makcik Nab menyambung: Makcik selalu minta mereka hantarkan makcik ke klinik tetapi mereka terlalu sibuk dan makcik pun faham yang kerja mereka tu memenatkan. yelah, jadi kuli. Waktu cuti sekolah, kadang-kadang mereka pulang tapi makcik sibuk dengan anak cucu pula sampai terlupa nak ajak mereka bawa ke klinik.

Doktor: Oh begitu kisahnya, jadi hari ini makcik datang dengan siapa?

Makcik: Makcik berjalan dari rumah ke jalan besar untuk ambil bas datang ke mari. Daripada rumah ke jalan besar tu lebih kurang dalam 1 jam berjalan. Motor ada di rumah tapi mata makcik tak nampak sangat dah, takut accident pula nanti.

Doktor: Makcik ada nombor telefon anak makcik?

Makcik: Ada dalam telefon ni tapi makcik tak pandai guna dan tak nampak pun nak tekan-tekan. Anak di Kolumpo yang bagi. Cuba doktor cari nama Awang dalam telefon ni. Dia ada simpan nombor dia dalam telefon ni untuk makcik.

Doktor: Saya ambil nombor ni untuk saya hubungi dan maklumkan kepada dia keadaan makcik ni.

Makcik: Dia sibuk doktor, tak usahlah ganggu dia. Tak payahlah…

Doktor: Maaf makcik tetapi bagi pendapat saya, dia perlu tahu penyakit makcik ini dan jika boleh semua ahli keluarga perlu tahu keadaan kesihatan makcik ni. Barulah semua pihak akan mengambil tanggungjawab masing-masing yang sepatutnya.

Lalu nombor itu didail oleh doktor berkenaan namun cubaannya hampa. Tiga kali dihubungi tetapi hanya suara gadis menjawab:

“Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi…..”

Suasana kaku seketika sambil makcik Nab merenung ke luar jendela manakala tuan doktor merenung ke arah telefon cokia 3310 yang gagal menghubungkan anak pesakitnya.

Doktor: Makcik, saya ingin bertemu dengan makcik lagi sebulan dan jika boleh makcik pesanlah kepada salah seorang daripada anak-anak makcik untuk hadir sekali berjumpa dengan saya. Mereka perlu tahu masalah kesihatan makcik agar masing-masing bertanggungjawab menjaga makcik sebaiknya.

Makcik Nab: Terima kasih doktor, makcik berjanji akan cuba bertemu doktor mengikut tarikh temu janji yang diberikan. Makcik takut dengar makcik dah ada penyakit buah pinggang tu.

Doktor: Insyallah kami dah uruskan temujanji makcik pada bulan hadapan untuk pemeriksaan mata, perjumpaan dengan pakar pemakanan dan senaman kami serta kaunselling kesihatan bersama ahli keluarga. Pihak kami sangat komited nak bagi makcik sihat semula tetapi bolehkah makcik juga berjanji dengan kami untuk sama-sama berusaha dalam hal ini?

Makcib Nab: Insyallah doktor. Makcik akan usahakan. (dengan penuh keazaman membara di raut wajah makcik)

====================

Mungkin kita masih belum mampu mengingati saat-saat ketika kita masih kecil, kita ditatang bagaikan minyak yang penuh. Demam baru sehari sahaja terus dibawa berjumpa doktor demi memastikan kesihatan kita dijaga sebaiknya.

Ayah dan ibu pada ketika itu tidak berduit terpaksa meminjam sanak saudara dan jiran tetangga untuk membiayai tambang ke hospital dan kos rawatan.

Barangkali kita terlupa, sewaktu kita remaja, kita mengadu sakit di mana-mana bahagian anggota badan kita, ibu dan ayah kita terus membawa kita berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan terbaik demi permata ayah bonda.

Namun, mengapa pabila usia menginjak dewasa, sesudah kita berumahtangga dan berkeluarga sendiri, kita terlupa akan tanggungjawab kita menjaga kedua ibu bapa yang telah bergolok bergadai membesarkan kita. Kita leka mengejar habuan dunia sedangkan ibu bapa kita menanggung sakit sendirian di rumah.

Kita alpa dengan kesibukan kerja hinggakan kita enggan mengambil cuti demi membawa kedua ibubapa kita untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan. Namun, kita boleh pula mengambil cuti demi membawa anak-anak kita melancong ke luar negara?

Apakah kita terlupa syurga di bawah telapak kaki ibu kita?

Hubungilah mereka segera dan bertanyalah perihal kesihatan mereka sebelum terlambat.

Anda mampu MENGUBAHnya.

 

#DAR

[optin-cat id=”2106″]

Apa Komen Anda?