Komunikasi Berkesan Antara Doktor Dan Pesakit

Komunikasi Berkesan Antara Doktor Dan Pesakit

5th March 2018 0 By Dr Afiq Rahim

Komunikasi Berkesan Antara Doktor Dan Pesakit

komunikasi effektif

Kisah Pertama

Makcik : Doktor, yang sebenarnya saya tak pernah cucuk pun insulin tu.

Doktor : Maksudnya, selama lima tahun ni, makcik ambil sahajalah ubat tu?

Makcik : Ya, maaf doktor. Saya tak berani beritahu doktor yang lain sebelum ni. Takut kena marah.

Kisah Kedua

Doktor : Semua ok ya pakcik. Ubat semua makan macam biasa? Ada masalah?

Pakcik : Err, ada doc. Ubat oren kecil tu pakcik tak makan. Setiap kali makan, pakcik pening.

Doktor : Temujanji sebelum ni tak maklum ke? Kalau ikut rekod, dah hampir setahun kita beri ubat ni.

Pakcik : Tidak. Pakcik bimbang doktor marah. Jadi pakcik senyap je la.

Kisah Ketiga

Makcik : Kaki saya ni kenapa ya?

Doktor : Bengkak sikit ni. Makcik ingat tak sejak bila begini?

Makcik : Tak salah makcik lepas makan ubat putih yang besar tu.

Doktor : Oo… Ini kesan sampingan dari ubat tu. Tapi dah agak lama kita beri ubat ni. Kenapa tak maklum?

Makcik : Makcik turut je apa yang doktor bagi. Doktor bagi kayu pun makcik telan. Lagi pun, makcik takutla kena marah.

Kena marah dengan doktor?

Doktor garang?

Mungkin relevan untuk zaman 70-80an dulu.

Doktor sekarang?

Majoriti boleh dibawa berunding, insyaAllah.

Komunikasi pesakit dan doktor seharusnya berlaku dua hala.

Sama-sama memberi dan menerima.

Bertanya satu sama lain bagi mendapatkan maklumbalas.

Bila hubungan doktor-pesakit itu baik.

Perawatan akan lebih berkesan.

Pesakit lebih memahami penyakit.

Seterusnya, membentuk pesakit yang berilmu.

Oleh itu, jika anda tak tahu?

Ada masalah ubat?

Speak up! Berbincanglah dengan doktor anda.

Kearah generasi pesakit berilmu.

Kredit kepada sahabat saya Dr Hakimin Nordin

Sumber: Klik Sini

Apa Komen Anda?