GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Mabruk SUA dan KLBS !!!

Assalamualaikum wbt,

Saya mewakili saf kepimpinan PPIMI merakamkan ucapan tahniah dan selamat mendirikan baitul muslim kepada Setiausaha Agung, SUA PPIMI, En Ahmad Faisol Harun dan Ketua Lajnah Belia & Sukan, KLBS En. Ahmad Waqiuddin Rajab kerana telah melangsungkan perkahwinan bersama zaujah masing-masing di dalam majlis yang mulia di sisi Allah SWT.

Semoga baitul muslim yang dibina berkekalan selamanya dan senantiasa di bawah lembayung ilahi.

Fesol & Nadiah

En. Fesol bersama zaujah tercinta, Nadiah

Kudin & Athirah

En. Kudin bersama zaujah tersayang, Athirah

Mabruk sahabat-sahabatku !!!

“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai harta serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia KAHWIN, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia BERPUASA, bahawa puasa itu menjadi benteng”.

(Hadis Riwayat Muslim)

p/s: siapa pula seterusnya di kalangan ahli tanzim PPIMI kali ini ?

Presiden PPIMI,

41200, Klang

Apa Komen Anda?

2 Comments