Masa itu akan tiba jua…..

http://farm4.static.flickr.com/3115/2594294984_27ba8a9c15.jpg?v=0

“Eh doktor pun ada di sini. Penat nampaknya” ujar seorang nurse berumur lewat 40-an memulakan bicara.

“Oh bukan apa, ambil nafas sebentar. Letih juga dok dalam ward tadi. Banyak benda yang kena buat” saya memberi alasan.

“Ni ada kuih lebih pagi tadi. Ambillah rasa. Sedap kuihnya” pelawa nurse yang baik hati.

“Oh terima kasih tapi saya tak lapar lagi pun. Insyallah saya ambil nanti bila terasa perut kosong”

Saya berehat sebentar di bilik rehat staff ward 5A, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kerja-kerja di ward sememangnya memenatkan. Walaupun saya hanya membuat elektif pada bulan 8 yang lalu tetapi peranan saya di dalam ward hampir menyamai seorang HO (Houseman). Houseman yang ada tidak menang tangan menjaga pesakit masing-masing maka saya dipelawa membantu.

Saya agak terkejut juga kerana Houseman di Malaysia mempunyai lebih banyak peluang mempraktikkan ilmu perubatan yang dipelajari berbanding di Ireland. Malahan mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman bersama saya. Saya bersyukur diberi peluang mengendalikan Tapping Ascites, membantu Houseman menjalankan Bone Marrow Aspiration, BMA, mengambil consent daripada patient (hok ni memang susah) dan pelbagai lagi.

“Nurse saya nak tanya, kenapa sepanjang saya dok di ward ni, jarang saya lihat ada staff yang bertanya kepada patient mereka samada mereka dah solat atau belum? Itu belum bab membantu patient beribadah ” Saya memulakan diskusi.

“Masalahnya doktor, macam mana depa nak tanya patient jika diri sendiri pon tak solat” balas nurse dengan wajah yang kecewa.

“Eh yeke. Tak perasan pula saya. Saya faham yang patient juga ada tanggungjawab sendiri menjaga solat tetapi bagi saya molek jika ada orang yang membantu”

1774870035 71684b10fe - Masa itu akan tiba jua.....
Seminar anjuran ISOC PMC 2007 untuk Medical Student

“Nurse-nurse ni semua pernah join seminar ibadah pesakit waktu training dulu. Cuma praktikal untuk diri sendiri tu yang ‘kurang'” sekali lagi nurse menegaskan.

“Bukan apa sebab ada seorang pakcik katil dotdotdot maklumkan pada saya yang dia nak solat semalam tetapi tak ada orang nak tolong dia. Bila saya maklumkan pada nurse bertugas, sampai petang tak ada orang tolong dia. Dia perlu bersuci dan sebagainya. Tambahan, kaki kanannya dipotong daripada paras lutut jadi dia memang benar-benar memerlukan bantuan.” saya mengulas.

“Biasalah tu doktor. Lain kali mai habaq kat saya. Insyallah saya akan tolong mana yang mampu. Bab ni banyaklah alasan depa” rungut nurse itu.

“Pada pendapat sayalah dokor, jika orang atas yang beri arahan atau mengetatkan polisi yang Islamik di hospital, insyallah perkara seperti itu boleh dielakkan. Yang doktor cerita itu hanya sebahagian daripada masalah utama iaitu apabila Islam tidak digunapakai dalam pekerjaan” ceramah nurse kepada saya.

Terkesima juga saya mendengar kata-katanya. Boleh tahan pandangan nurse ini.

“Sebagai contoh, dulu kami pakai tudung macam biasa tapi sekarang orang atas suruh masukkan hujung tudung itu ke dalam baju macam polis perempuan pakai”

“Mesti ada sebab mereka buat begitu” Saya cuba bersangka baik.

“Sebabnya ada satu hari tu, tudung seorang nurse tersangkut pada tray makan dan tray itu jatuh depan consultant. Consultant tu herdik dan maki hamun nurse tu sebab tak profesional dalam bekerja. Sejak itu depa buat etika pemakaian tudung yang baru dengan alasan mahu kelihatan lebih profesional. Sudahlah baju nurse pun putih. Senang nampak aurat tau! ” Komen nurse.

“Bukankah kerajaan negeri ada kuasa ke atas hospital ni? Kenapa kerajaan negeri tak cuba terapkan etika pemakaian muslim dalam hospital? ” Saya mencari kepastian.

“Doktor, hospital negeri di bawah Kementerian Kesihatan jadi secara automatiknya di bawah pemantauan kerajaan pusat. Walaupun PR menguasai negeri tetapi kebanyakan bangunan kerajaan di bawah kendalian pusat” jelas nurse.

“Saya dengar ada satu pertubuhan doktor-doktor Islam sedang berusaha membina sebuah Hospital yang Islamik di Bangi. Tanahnya pun dah beli. Bila siap saya tak pasti tetapi bagi saya itu satu projek yang mulia dan baik kepada umat Islam” Saya cuba memberi pandangan.

“Sekarang ni dah banyak hospital Islamik. Cuba doktor kira, berapa kerat hospital macam tu berbanding hospital kerajaan. Hospital kerajaan ada di setiap negeri. Bukankah elok jika hospital kerajaan itu yang Islamik? ” nurse memberi pandangan.

“Kemudian cuba doktor fikir lagi, berapa ramaikah yang akan pergi ke hospital itu berbanding hospital kerajaan? Berapa ramaikah yang boleh kita didik tentang Islam di hospital? Di hospital swasta atau kerajaan? Kos perubatan mana yang murah itulah yang ramai orang akan pergi.”

Aduh! Soalan cepu emas pula yang saya terima. Tak sangka nurse ni hebat. Macam dengar tazkirah pun ada juga. Termenung saya memikirkan jawapan itu. Saya sambung bertanya :

” Nurse dulu pernah kerja di mana ya. Saya pasti ini bukan first posting nurse? ”

” Saya kerja di Hospital Kota Bharu hampir 15 tahun. Pindah ke sini sebab ikut famili” jawab beliau.

No wonderlah nurse ni hebat hehe… mungkin kesan tarbiyah yang berkesan di Serambi Mekah pantai timur” bisik hati saya

Kemudian nurse itu mengeluh:

“Bilalah Islam nak memerintah ? Saya yakin semua orang akan mendapat kebaikan”

“Insyallah, Masa itu akan tiba jua. Cepat atau lambat itu ketentuan Allah SWT” saya menjawab sambil tersenyum lebar.

” Semoga orang seperti doktor yang mampu mengubah polisi dan situasi yang ada di hospital pada hari ini kepada yang lebih baik suatu hari nanti” pesan nurse.

Setelah itu, saya bergegas meninggalkan nurse yang mulia hatinya menikmati juadah tengah hari dan meneruskan tugas saya di ward 5A.

Insyallah, sinar kemenangan itu semakin cerah jika ramai orang seperti Nurse ini yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya Islam dalam kehidupan.

http://farm4.static.flickr.com/3005/3055856204_3652605a6b_o.jpg

Sekian,

Student of RCSI,

05350 Alor Setar

Apa Komen Anda?

4 thoughts on “Masa itu akan tiba jua…..

  • 16th February 2011 at 6:53 PM
    Permalink

    Salam,

    1. Hospital Sultanah Bahiyah staff esp nurses and HOs are really helpful and friendly. However, it depends on what department that you’re interested. For example surgery department is quite busy and they tend to ignore you while in other hand, medicine is relaxing. I can’t comment about the consultant/specialist over there as it totally depends on individual basis.

    2. Then, have a bold intention for the elective. If your intention is to sharpen your clinical skills then A&E is the best place to practice and you will learn a lot. Meanwhile, if you are looking to have a good insight about your next year rotation like paeds / obs n gynae then you better choose it first. Otherwise, if you are looking for your future working environment then you should choose the less burden and busy department.

    3. You are always welcome to join AIMST class or Intern workshop in the hospital. They were really beneficial for me during my time.

    I hope this little advice may help you to decide about your elective. The most important thing for any elective is to enjoy the rotation rather than stress with it =)

    3.

  • 15th February 2011 at 11:48 PM
    Permalink

    salam,
    i was looking for infos on electives in Hospital Sultanah Bahiyah and stumbled upon this page..and I studied in RCSI too-now in PMC.
    Anyways, sy nak tahu,are the staffs there helpful?Are the consultants willing to help and all?Since I want to make it a learning experience,instead of pegi menganga ja.
    Thanks

  • 11th September 2009 at 2:48 AM
    Permalink

    salam kenwai, saya pernah menjalani surgery dan merasai pengalaman seperti ayah saudara. Boleh rujuk artikel Surgical Removal of Impacted tooth saya.

    Dalam ini ada kelonggaran atau rukhsah kepada pesakit. Saya pon masih belajar bab menguruskan ibadah pesakit. Sekarang sudah banyak buku menguruskan ibadah pesakit dan saya rasa tidak rugi jika kita membeli dan mendalami ilmunya walaupon kita bukan drpd aliran perubatan. Chance utk saudara mara / famili kt masuk ward sgt tinggi jadi memang satu ilmu yg berguna jika ada.

  • 11th September 2009 at 2:32 AM
    Permalink

    Mase ayah sy msk wad bln 7 lps pn, sy yg uruskan hal solat ayah sy tu. Alhamdulillah tgh cuti time tu,bleh la sy jage. Kalu x, sy sndri pn x pasti nurse2 kt ctu akn tlg ayh sy amik wudu’ n sbginye. Tp after surgery hernia, ade la beberapa tompok drh ayh sy tu kt ktl, ayh saya pass urine pn kne gne tube..sy pk cmne ayh sy nk solat ngan drh n urine tu.. so, sy pn xtau nk buat cmner n terpakse la biar ayh sy qada’ solat bila dah kuar wad..

Leave a Reply

Your email address will not be published.