GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Masjid dan kita

“Bergaduh lagi” bisik hatiku usai solat sunat selepas Maghrib di masjid.

Kebelakangan ini, sering terjadi pertikaman lidah antara ahli jemaah di Dublin Mosque.

Daripada sekecil-kecil hal seperti parking lot sehinggalah perkara-perkara yang berkaitan akidah. Pergaduhan pula selalunya dalam bahasa Arab. Mujurlah saya belajar bahasa arab masa di sekolah menengah dulu maka bolehlah tangkap satu dua perkataan yang dihamburkan.

Entahlah. Saya merasakan masjid itu seolah-oleh hilang serinya walaupun luarannya tersergam indah sebuah gereja yang telah dinaiktarafkan menjadi masjid pada tahun 1976 dan menjadi kebanggaan komuniti Islam di Ireland dan Dublin khususnya.

Sepanjang hampir 3 tahun setengah di sini, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat atau dibuat oleh pihak masjid. Perubahan yang ketara hanyalah sebuah bangunan yang baru siap dibina tahun lepas yang menempatkan sebuah sekolah rendah, dewan serbaguna dan dewan solat muslimat. Namun, perubahan atau peranan yang lebih penting sebagai sebuah institusi yang menjadi simbol agama Islam di mana-mana sahaja gagal ditonjolkan.

Alhamdulillah, populasi muslim di Ireland semakin meningkat dengan anggaran 25,000-30,000 atau mungkin lebih. Dan Islam adalah agama yang paling pesat berkembang di UK dan Ireland dekad 20-an. Walaubagaimanapun, daripada jumlah itu hanya segelintir sahaja yang bergelar Irish Muslim. Majoriti populasi adalah immigrant daripada Pakistan, Afrika mahupun Middle East.

Institusi yang statik

Saya berpendapat peranan masjid Dublin telah gagal diterjemahkan kepada masyarakat sekitarnya. Walaupun, jumlah komuniti Islam di sekitar South Circular Road telah meningkat, namun usaha dakwahnya masih kelihatan terbatas dan gagal melangkaui tembok pagar masjid.

Dakwah hanya bergerak di dalam kawasan masjid sahaja. Ini bermaksud mereka hanya menunggu mad’u datang kepada mereka dan bukan mereka yang sepatutya menghampiri mad’u. Sepanjang kehidupan di sini, baru dua kali saya melihat orang revert kepada Islam. Yang pertama seorang remaja Nigeria yang memeluk Islam sewaktu bulan Ramadhan ketika saya first year dan kedua, seorang Irish yang diislamkan oleh Ustaz Erfino Johari sewaktu Simposium Kepimpinan Bumi Shamrock di Dublin.

Saya menjadi saksi untuk seorang saudara baru di Malaysian Hall. Gambar dipetik daripada blog Ustaz Erfino.

Baru tadi, sewaktu solat zuhur, ada dua orang Irish non-muslim yang datang untuk mengenal Islam dan menziarahi Dublin Mosque. 10 minit sebelum solat, tiada seorang muslim pun yang datang menghampiri mereka ! Saya duduk dahulu memerhatikan ragam manusia di sekeliling. Selepas solat zuhur, saya terus bergegas bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka. Akhirnya saya berjaya memohon Brother Umar untuk membawa mereka mengelilingi masjid dan mengenal Islam kerana saya terpaksa pulang atas urusan lain. Saya tertanya-tanya apakah ahli masjid tidak perasan atau mereka segan nak beramah mesra dengan non-muslim itu. Saya bersangka baik sahajalah.

Saya pernah bertanya Brother Naveed, ahli jawatankuasa Masjid yang juga jiran saya mengenai hal ini. Beliau yang merupakan warganegara Irish berdarah Pakistan menyatakan masalah utama yang menghalang kelangsungan dakwah adalah ramai yang hanya tahu mengkritik atau sekadar melontar idea tetapi tidak ramai yang ingin bekerja. Ahli jawatankuasa masjid yang ada  bekerja dengan sukarela tetapi dibuat macam pekerja syarikat oleh ahli jemaah masjid yang lain. Bila diminta ke hadapan, mulalah dia memberi 1001 alasan. Itulah rungutan sahabat saya itu.

Masalah satu lagi adalah tiadanya wehdatul fikr atau kesatuan pemikiran sesama Muslim di sini. Ini mungkin wujud di atas perbezaan latar belakang pendidikan dan geografi antara kami. Di sini, kami ada golongan professional, ada pelajar dan juga ada asylum seeker. Namun yang utama, setiap ahli masjid perlu ada rasa kebersamaan berjemaah dan ingin mengembangkan dakwah Islam di bumi Shamrock. Bukannya bertelingkah tentang perkara remeh-temeh seperti solat maghrib tidak boleh terlalu awal atau ini bidaah dan itu bukan.

“Wahai manusia! sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu bangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa” Al-Hujurat ayat 13.

Apa peranan kita ?

Sungguh tidak adil jika kita hanya mampu mengkritik tetapi tidak memberikan sebarang cadangan atau penambahbaikan. Apa peranan kita (rakyat Malaysia di Dublin)?

Pertama, imarahkanlah masjid berdekatan. Bagaimana kita dapat menyayangi masjid jika diri sendiri tak pernah ke masjid atau jarang sangat ke masjid. Sedar atau tidak, perjalanan dari rumah kita ke masjid secara tidak langsung adalah sebahagian method dakwah yang mampu menarik minat atau perhatian local Irish di sekeliling kita. Sudahlah pahala solat berjemaah di masjid berganda-ganda. Kemudian kerana amal yang kecil ini, ada orang lain yang berminat dan akhirnya masuk Islam. Allahu akhbar !

Daripada Ibnu Umar, telah bersabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang berwudhuk, dan sempurnakan wudhuknya, kemudian keluar untuk bersolat, dan tidaklah niatnya keluar ke masjid melainkan untuk bersolat, maka belum sempat setiap tapak kaki kirinya mencecah ke tanah akan dihapuskan setiap dosa, dan belum sempat setiap kaki kanannya mencecah ke tanah akan ditulis satu kebaikan buat dirinya, sehinggalah dia memasuki masjid”’

Kedua: Libatkan diri dengan Islamic Foundation of Ireland, IFI samada secara langsung atau tidak langsung. Saya sendiri kadang kala terasa malu melihat sahabat saya, Shamil sanggup datang dari jauh ke Dublin Mosque untuk meeting dan membuat program di masjid ini manakala saya bergoyang kaki di bilik. Paling malas pun, kita ambil tahu program dan aktiviti di masjid atau IFI walaupun kita tak ikut serta aktiviti itu.

Ketiga: Datang ke AGM Masjid dan laksanakan amanah sebagai ahli masjid. Ahli masjid adalah mereka yang berdaftar sebagai member of IFI. Jangan datang sebab nak makanan free Nasi Tandoori Brother Yusof sahaja. Ambil tahu perjalanan masjid dan perkembangan masjid kita. Lihat di mana kita boleh menyumbang. Mereka sentiasa menantikan saudara seislam mereka daripada Malaysia untuk menyumbang walaupun mereka memahami majoriti kita adalah pelajar perubatan. Paling teghuk pon, kita sumbangkan harta untuk kegunaan masjid sebagai salah satu tanggungjawab kita.

Banyak lagi yang boleh kita sumbangkan untuk menghidupkan institusi masjid ini. Cadangan di atas adalah mengikut suasana di Dublin dan mungkin berbeza di tempat lain. Yang penting dekatkan diri kita dengan masjid.

Semoga dengan keikhlasan kita mendekatkan diri ke rumah-Nya maka Allah kurniakan ketenangan dan kebahagian kepada kita di dunia dan di akhirat.

Ibn Abd Rahim,

Dublin 8, Ireland

Apa Komen Anda?

7 Comments