GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Medical Myth Busted: Punca Kanser Rahim yang tidak masuk AKAL

Kini menjadi viral apabila sebuah artikel di sebuah laman sesawang berkongsi petua-petua mengelakkan kanser rahim di kalangan kaum HAWA.

Lebih malang, petua atau nasihat yang diberikan adalah tanpa bukti-bukti penyelidikan yang kukuh atau bersandarkan kepada kajian yang sahih.

Sahabat saya Dr Khairul Hafidz Alkhair telah mengupas dan membongkar misteri petua-petua mencegah kanser rahim.

Apakah benar petua-petua tersebut bakal menyelamatkan kaum wanita atau sebaliknya?

============================

Malam semalam, saya ditanya mengenai satu tweet info kesihatan yang sedang viral di Twitter, dan saya menolak kesahihan info tersebut. Di sini saya ingin memberi penjelasan mengapa saya menolak.

Sedikit mengenai kitaran haid, kitaran haid terdiri daripada beberapa fasa dan dikawal oleh hormon, antara hormon yang mengawal kitaran haid adalah ESTROGEN, progesterone, FSH and LH.

[typography font=”Cagliostro” size=”24″ size_format=”px”]Terjadinya kanser rahim apabila adanya PENINGKATAN hormon ESTROGEN dalam badan yang menyebabkan PENEBALAN RAHIM dan bila dinding rahim tidak runtuh, ia akhirnya boleh menjadi sel kanser.[/typography]

 

Saya akan cuba bahaskan satu persatu. (Baca dulu gambar di bawah sebelum baca hujah saya)

1. Jangan Minum Air Bergas 

Saya hanya jumpa satu artikel yang menyokong air bergas menyebabkan kanser rahim, jurnal daripada Cancer, Epidemiology, Biomarkers & Prevention yang diterbitkan oleh American Association for Cancer Research bertajuk “Sugar-Sweetened Beverage Intake and the Risk of Type I and Type II Endometrial Cancer among Postmenopausal Women” , hasil kajian mengatakan perempuan yang minum air bergas ada RISIKO LEBIH TINGGI untuk mendapat kanser rahim.

Ini kerana, [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]air bergas menyebabkan KEGEMUKAN[/typography] , yang mana ini akan meningkatkan lagi jumlah ESTROGEN di dalam badan yang akan menstimulasi pembentukan lebih banyak sel endometrium di rahim. Jadi kaitannya air bergas dengan KEGEMUKAN, TIDAK ADA KAITAN minum air bergas SEWAKTU HAID penyebab kanser rahim. Minum bila-bila masa pun boleh meningkatkan risiko kanser rahim bukan sewaktu haid sahaja.

2. Jangan Minum Air Kelapa

Untuk isu air kelapa, satu kajian dari Kuwait, “Young Cocounut Juice Significantly Reduces Histoptological Changes In The Brain That Is Induced By Hormonal Imbalance: A Possible Implication to postmenaupausal woman”, kajian mengatakan benar air kelapa punya KAREKTERISTIK SEPERTI ESTROGEN tetapi ketidakseimbangan hormon mengakibatkan penyakit di otak. Kesimpulan, [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]air kelapa tidak menyebabkan kanser rahim, apalagi jika minum sewaktu haid[/typography] . Perlu lebih banyak kajian lagi untuk ini.

3. Jangan minum air sejuk sewaktu haid

Minum air sejuk sewaktu haid penyebab kanser? Lagi saya tak jumpa, saya tak tahu apa asasnya perkara ini. Apa beza air sejuk dengan air panas? H2O juga kan?

4. Jangan cuci rambut sewaktu haid

Cuci rambut sewaktu haid penyebab sakit kepala? Lagi saya tak jumpa mana-mana artikel menyokong pernyataan ini. Kalau nak cuci, cuci sajalah, tak cuci rambut jadi muram dan berbau.

5. Jangan makan timun, kerana getah timun haid tersisa di rahim.

Jangan makan timun, kerana getah timun haid tersisa di rahim, pernyataan paling mengarut, timun dimakan dan hadam di perut, nutrisinya diserap dalam darah, sisanya dibuang sebagai najis. Logiknya macam mana “getah timun” boleh sampai ke rahim?

Bila jatuh, ada logiknya rahim luka, kalau traumanya itu kuat, tapi apa kaitannya dengan kanser?

Ini lah yang membimbangkan saya, apabila artikel seperti ini disebarluaskan oleh masyarakat, mereka percaya kepada info kesihatan yang tak betul. Susah kami para doktor untuk membetulkan kembali persepsi masyarakat, dan lebih kasihan, masyarakat berpegang kepada info yang tak benar.

“Guys, saya tak tahu lah info ini 100% true or not, but you all can take it as an info”

Dah tu, kalau dah tahu info ni belum tentu betul, yang pergi sebar tu apa pasal?

Masyarakat perlu tahu samada info yang dikongsikan adalah FAKTA atau AUTA.

#DAR

 

Apa Komen Anda?