GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Memahami Hala Tuju Persatuan Anda. Vol 1

Salam perjuangan,

Setiap pemimpin dan ahli-ahli di bawahnya wajib mengenalpasti hala tuju persatuan,pasukan, kumpulan, jemaah atau ruang lingkup yang kecil seperti group project. Kegagalan memahami hala tuju yang ingin dibawa di dalam persatuan akan menyebabkan persatuan huru-hara, program-program tidak terurus dan merudumnya prestasi anggota sesebuah persatuan.

Oleh itu kita perlu memahami dan menghayati lima perkara ini:

1. Memahami matlamat akhir.

2. Memahami matlamat semasa / objektif.

3. Memahami landasan persatuan.

4. Memahami realiti.

5. Memahami persediaan.

Saidina Omar al Khattab pernah menegaskan :

“Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan/perjuangan) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin“.

Pertama: Memahami Matlamat Akhir / Ultimate Goal

What is your Ultimate goal?
What is your Ultimate Goal?

Setiap individu di dalam persatuan perlu memahami apa yang ingin kita capai dalam persatuan masing-masing. Justeru itu , matlamat akhir kita adalah hanyalah kerana mencari redha Allah . Segala yang kita lakukan sewaktu berpersatuan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah azza wa jalla kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi.

Apabila kita benar-benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah swt , maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap program-program yang bakal dilaksanakan sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah swt.

Allah swt. sebagai matlamat akhir kita akan meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam bekerja demi mencapai nilai dan standard tawajjuh (hanya mengharap redha Allah) kepada Allah swt. Seperti yang disarankan oleh Stephen Convey dalam bukunya 7 habits of highly effective people:

“Begin with the end in Mind”

Saat itu , tidak akan ada perselisihan di antara ahli-ahli atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan mahasiswa yang serba mencabar ini. Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk persatuan, sekalipun hanya sebagai ajk cenderahati dan pengedar poster justeru matlamat akhirnya ialah Allah swt.

Kedua: Memahami objektif

Ways to achive the objectives
Ways to achive the objectives

Setiap individu di dalam persatuan perlu memahami matlamat semasa atau obejktif yang ingin dicapai bersama persatuan masing-masing sepanjang sesi tanzim nanti. Gagal memahami objektif memungkinkan kita berkerja tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.

Sebagai contoh:

Antara objektif PPIMI pada sesi kali ini adalah menjadikan PPIMI sebagai hub aktiviti mahasiswa Ireland bagi pembangunan kendiri dan modal insan.

Ahli tanzim dan ahli PPIMI yang memahami objektif ini akan memastikan dirinya berusaha gigih tanpa lengah dan merebut semua peluang yang disediakan melalui penyertaan ke dalam setiap aktiviti anjuran PPIMI.

Maka kita semua dituntut supaya memahami dan menghayati setiap objektif yang digariskan oleh PPIMI dan mengetahui maksud seorang mahasiswa itu.

Sia-sia sahajalah jika kita meletakkan moto ‘PPIMI Pentas Mahasiswa Ireland‘ sebagai standard yang ingin dicapai kali ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami objektif PPIMI bahkan tidak menunjukkan sahsiah sebagai seorang mahasiswa Muslim.

Sebagai pemimpin atau hanya ahli biasa sekalipun , berilah perhatian terhadap persoalan ini.

Fahami objektif dan hadam sedalam-dalamnya. Kita bukan berdakwah atau membuat program untuk mencari publisiti apatah lagi laba duniawi. Kita berdakwah untuk membawa mesej Islam kepada masyarakat di sini dan membantu membangunkan modal insan di kalangan sahabat-sahabat kita.

Firman Allah SWT:

“Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah , nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.” [Nahl : 125]

Semoga kita semua istiqamah berkhidmat dan amanah bekerja di dalam setiap lapangan dakwah yang ada di hadapan kita.

p/s: artikel ini dikupas dan telah diolah daripada artikel asal Ustaz Nasruddin untuk disesuaikan buat persatuan seperti PPIMI.

Presiden PPIMI,

Mullingar, Ireland

Apa Komen Anda?