GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Memahami Hala Tuju Persatuan Anda. Vol 2

3. Memahami landasan persatuan

Landasan dan hala tuju persatuan sewajarnya difahami secara jelas sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi kepada kita.

Al Quran dan Sunnah merupakan batu asas buat persatuan kita . Kita bergerak dan membentuk perlembagaan dan polisi berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah .

Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat ( peraturan agama ) , maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.� [al Jaathiyah : 18]

Secara organisasinya , persatuan PPIMI berperlembagaan dan ahli tanzim telah dilantik melalui konsep demokrasi atau pilihan raya. Kita telah menggariskan pelbagai polisi dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan samada untuk jangka masa yang panjang atau pun pendek mengikut kesesuaian.

PPIMI kini sedang bergerak di atas landasan untuk menjadi sebuah gerakan mahasiswa luar negara yang ingin melahirkan pemikir-pemikir Islam yang kritis dan inovatif. Bunyinya agak idealistik tetapi yang penting PPIMI mempunyai azam yang tinggi ke arah mencapai ruh itu. Oleh itu, PPIMI sentiasa merencanakan program-program berbentuk self-development yang mampu menonjolkan potensi mahasiswa dan mencambah pemikiran mereka seperti PUISI, Debat, CCMB dan banyak lagi.

Kita perlu bijak dalam memilih landasan. Jika kita salah memilih landasan kelak kita akan tergelincir daripada perjuangan

Landasan persatuan kita mesti difahami sejelas-jelasnya. Landasan ini perlu berada pada tempat dan masa yang sepatutnya. Kegagalan memahami situasi ini adalah seperti berikut:

Sebuah keretapi yang membawa alat ganti kereta Toyota dari Jepun bergerak di atas landasan keretapi ke kilang pengeluran kereta BWM di Germany. Sehebat mana kualiti alat ganti kereta Toyota tetap tidak boleh digunakan oleh kereta BMW kerana berlainan bentuk dan penggunaanya.

Untuk kita memahami hala tuju persatuan kita maka kita perlu memahami keadaan dan suasana di sekeliling kita terlebih dahulu. Cara sebaiknya untuk menggerakkan persatuan anda ke landasan yang tepat adalah:

  • Terjun ke tengah-tengah medan mahasiswa,� menggauli mereka dan menyelami fikrah serta hati nurani mereka.
  • Sentiasa bermusyawarah atau mengadakan mesyuarat samada di peringkat lajnah mahupun di peringkat majlis tertinggi untuk berbincang tentang hal ini samada kita sedang bergerak di landasan yang betul atau tidak.
  • Sentiasa bermunajat kepada ilahi agar sentiasa diberi petunjuk dalam kita melaksanakan amal Islami ini.

Pernah seorang mahasiswa membangkitkan,

PPIMI perlu menjadi seperti PMRAM bergerak di atas landasan sendiri tanpa perlu bersama MSD atau persatuan lain di Dublin. Bunyinya agak menarik dan radikal. Namun, apakah sahabat ini pernah berada di Mesir dan melihat bagaimana PMRAM beraktiviti di sana? Pernah sahabat ini melihat konfrontasi yang dihadapi oleh PMRAM kini?

Begitu juga dengan seorang mahasiswi luar negara yang melontarkan idea:

PPIMI perlu bergerak seperti GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam, PMI. PPIMI perlu aktif dalam siasah kampus dan sentiasa berjuang menegakkan keadilan mahasiswa setempat. Saya tertanya, apakah masalah sebenar yang dihadapi mahasiswa luar negara kita sekarang? Apakah yang ingin kita perjuangkan di sini? Di Malaysia, jelas berlaku penindasan kepada mahasiswa tetapi perkara ini jarang berlaku di sini.

Saya lontarkan kedua-dua cadangan di atas bukan untuk menolak cadangan atau idea-idea itu tetapi kita perlu menstrukturkan idea-idea kita agar jelas di mana titik persamaan itu. Penstrukturan idea-idea kita akan memudahkan kita memahami apakah relevan idea-idea tersebut dilaksanakan.

Ini kerana, PPIMI tidak sama dengan PMRAM. PPIMI tidak sama dengan Persatuan Pelajar Malaysia Jordan. Malahan PPIMI juga tidak sama dengan GAMIS mahupun Persatuan Mahasiswa Islam, PMI di tanah air walaupun kita berdaftar di bawah nama persatuan pelajar dan berlandaskan semangat mahasiswa.

Semangat mahasiswa yang ingin diterapkan oleh PPIMI bukanlah kepada semangat berdemonstrasi, berkonfrontasi dengan pihak kerajaan mahupun universiti atau yang sewaktu dengannya tetapi lebih kepada membentuk pemikiran yang kritis dan inovatif serta memberi pemahaman tentang peranan kita sebagai seorang mahasiswa.

not giving up by xhaniff.
Gambar sekadar hiasan. Demonstrasi

PPIMI lebih mengutamakan pengukuhan ruh dan cara berfikir mahasiswa Islam daripada perlaksanaan yang berbentuk fizikal atau sebarang bentuk konfrontasi. Kita tidak mahu mahasiswa yang berdegar-degar berkata-kata tetapi kosong isi ucapanya. Kita tidak mahu mahasiswa yang hanya berkobar-kobar semangat untuk berdemo tetapi langsung tidak memahami isi perjuangan itu.

Justeru itu, kita kembali kepada point betapa penting memahami keadaan dan suasana di sekeliling untuk menggerakkan persatuan di atas landasan yang sepatutnya. Apakah idea dan pendekatan yang ingin kita bawa bersesuaian dengan suasana semasa (Point ini akan didiskus lebih lanjut dalam bab Memahami Realiti). Kemudian kita rujuk pula apakah cara untuk memandu persatuan kita ke arah landasan yang tepat selaras dengan matlamat kita.

P/s: Pilihanraya PPIMI semakin hangat. Semoga mereka yang terbaik memimpin persatuan ini.

Presiden PPIMI

Monaghan, Ireland

Apa Komen Anda?

2 Comments