Mengapa Doktor Bersungguh Mengharamkan Vape?

ROKOK DAN VAPE: DOKTOR BELAJAR DARI KESILAPAN LALU

Selalu orang berkata sejarah tidak boleh diabaikan dan tanpa sejarah tiadalah hari ini dan masa depan.

Sejarah dapat mengajar manusia agar sentiasa berada pada landasan yang benar dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah berlaku pada masa silam.

Sejarah ROKOK

Sejarah rokok bermula 520 tahun dahulu, manakala vape dan e-rokok diperkenalkan/dikomersialkan 17 tahun yang lalu.

Perhatikan perbezaan masa kedua-duanya.

sejarah rokok
Sejarah rokok

Rokok asalnya dianggap ubat untuk merawat penyakit, melegakan tekak, sakit kepala, cirit dan lain-lain.

Malahan sebelum 1950 an, terdapat doktor yang terlibat dengan perniagaan rokok dan menjadi model iklan rokok.

doktor mempromosikan rokok
Iklan era 50an dimana Rokok turut dipromosikan oleh Doktor Gigi
Doktor mempromosikan rokok
Lagi iklan rokok era 50an di mana doktor mempromosikan rokok

Doktor mula sedar akan kemudaratan Rokok

Kajian tentang kemudaratan rokok bermula selepas 390 tahun kemudian (pada tahun 1890) dan 430 tahun kemudian (tahun 1930) baru rokok dikaitkan dengan kanser.

Ahli-ahli sains meningkatkan bilangan kajian tetapi mendapat maklumbalas yang berbeza, pada ketika itu ada yang belum yakin kaitan terus antara rokok dan penyakit salur darah, paru-paru dan kanser.

Hanya sekitar tahun 1950-60 an (selepas 450 tahun rokok diperkenalkan) barulah kesan mudarat rokok ke atas kesihatan diterima sepenuhnya oleh ahli-ahli sains dan diwar-warkan dalam media untuk dimaklumkan kepada masyarakat.

Lebih kurang 50 tahun yang lalu barulah Royal College of Physician, UK mengeluarkan kenyataan keras tentang bahaya rokok dan memberi syarat agar syarikat rokok melabel kemudaratan ini pada produk rokok mereka.

Kesan rokok kepada manusia
Kemudian doktor mula sedar keburukan rokok kepada manusia

Mudarat ROKOK

Kini merokok telah membunuh 3 juta orang manusia setiap tahun dan dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030.

Itu belum lagi mengambilkira kesan kecacatan, ketidakupayaan, masalah sosial dan kewangan yang diakibatkan olehnya.

Dengan perkembangan teknologi mengesan penyakit pada hari ini, semakin banyak kemudaratan lain rokok ditemui hingga kepada kesan ke atas perokok pasif, otak, sistem pembiakan dan juga kesan ke atas anak di dalam kandungan.

Kita yakin lebih banyak kesan mudarat rokok ke atas kesihatan akan ditemui apabila teknologi perubatan lebih canggih.

Akibat merokok juga manusia mula mencari ketagihan yang baru dan akhirnya mereka menghisap ganja, kokain dan heroin, tabiat yang wujud kemudiannya.

Kelahiran VAPE

Sejarah vape dan e-rokok baru memasuki 17 tahun walaupun ada yang berkata ianya bermula pada tahun 1965 tetapi tidak dikomersialkan sehingga tahun 2003.

sejarah vape
Sejarah VAPE

Namun sejarahnya terlalu pendek untuk dibandingkan dengan rokok, maka bagaimana pendokong vape boleh begitu yakin mengatakan vape jauh lebih selamat daripada rokok sedangkan kajian-kajian ke atasnya masih boleh dianggap terlalu awal.

72976549 10214643377905966 5022190243730685952 n.jpg? nc cat=111& nc oc=AQlr6pmbVZ0rY0baj05MyNaKx8nr8JZpokjesOlxd8 C SdPi3kMDOK GhhPSv2I7uY& nc ht=scontent.fkul18 1 - Mengapa Doktor Bersungguh Mengharamkan Vape?
Perkembangan VAPE

Bahaya VAPE kepada kesihatan dan sosial

Kita sudah menyaksikan satu persatu kesan buruk Vape yang ditemui dari masa ke semasa dan ada diantaranya lebih berat dan lebih cepat daripada kesan merokok.

Di samping itu, keburukan vape bukan sahaja perlu dinilai daripada aspek fizikal, tetapi juga kesan ke atas kesihatan mental, kesan sosial dan ekonomi masyarakat.

Jika sesuatu yang berkesan tidak dilakukan sekarang, vape akan meninggalkan sejarah yang sama ataupun jauh lebih buruk dari yang dibawa oleh rokok.

Malah majlis fatwa juga telah menfatwakan bahawa penggunan vape adalah HARAM.

Bersama-samalah kita membantu menyokong usaha mengekang tabiat merokok dan vape demi untuk kebaikan generasi sekarang dan akan datang.

Artikel dipetik daripada FB Dato Dr Rushdan Noor atas keizinan beliau.

Apa Komen Anda?