GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Mengapa Ramai Peniaga Produk Kesihatan dan Kecantikan serta Pemakanan Sunnah menjalankan perniagaan tidak patuh Syariah? – Part 1

 

Alhamdulillah baru-baru ini saya berpeluang mengikut sebuah seminar kewangan yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Seminar itu dibanjiri ramai peserta yang datang daripada pelusuk negara termasuk dari negara jiran, Singapura.

Antara sebab saya mengikuti seminar tersebut adalah kerana salah seorang penceramahnya adalah Ustaz Zaharudin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai UZAR. Seorang ilmuan dalam bidang kewangan, pelaburan dan muamalat dalam Islam pada masa kini.

Semasa perkongsian ilmu pelaburan dan kewangan UZAR ada menyentuh tentang Etika Berbisnes di Dalam Islam yang mana ramai peniaga Muslim sebenarnya tidak sedar telah melakukan kesalahan besar.

Saya kongsikan antara point-point yang disampaikan oleh UZAR berserta percambahan informasi daripada maklumatnya dengan ilmu pengetahuan saya.

=====================

Kebanyakan peniaga khususnya pengeluar produk pemakanan sunnah, kesihatan dan kecantikan umumnya mengerti bahawa perniagaan itu adalah Halal dan menetapi syariah kerana sumber pembuatan produk daripada sumber yang Halal, dikilangkan dalam persekitaran yang bersih dan tidak memudaratkan serta mempunyai ahli panel penasihat syariah di dalam syarikatnya.

 

Bagaimanapun, terdapat peniaga daripada industri ini sebenarnya mengambil jalan mudah untuk menghalalkan matlamat mengaut keuntungan segera tanpa mengkaji dan menyelidik produk-produk mereka dengan teliti.

Eh mengapa industri pemakanan sunnah, kesihatan dan kecantikan yang ingin tuan tekankan di sini?

Sabar tuan/puan. Ini kerana kesemua industri yang disebutkan mempunyai implikasi langsung kepada kesihatan dan tubuh badan manusia. Sebagai doktor perubatan, kami telah melihat pelbagai kesan sampingan produk-produk yang dijanjikan khasiatnya tetapi apa yang berlaku pesakit merana bahkan membawa maut kepada sebilangan mereka.

Rata-rata peniaga terutama yang baru berkecimpung dalam bidang tersebut sebenarnya menjalankan perniagaan tidak patuh syariah kerana didapati melakukan kesalahan serius pada 2 perkara. Kesalahan-kesalahan ini ada di antaranya menyalahi undang-undang samada dalam atau antarabangsa.

Apakah dia DUA kesalahan serius peniaga yang sering didapati?

  1. Produk
  2. Pemasaran.

Ingin saya tegaskan bahawa di dalam artikel ini, saya tidak membahaskan tentang konsep patuh syariah sebuah syarikat pada kategori berikut:

  1. Kewangan
  2. Pelaburan
  3. Operasi
  4. Pengurusan Sumber Manusia

==========================================

Masalah Produk

“Matlamat tidak menghalalkan cara”

Bagaimana peniaga melakukan kesalahan tentang produk keluarannya?

  1. Produk yang dikeluarkan tidak mendapat sijil kelulusan HALAL. Kesalahan ini lebih serius jika produk tersebut adalah produk OEM (dihasilkan oleh kilang lain tetapi dijenamakan atas jenama peniaga sendiri) yang mana tidak diketahui sumber pembuatan produk tersebut samada daripada bahan terlarang/haram/memudaratkan. Lebih parah, peniaga tidak menjalankan pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan kerana mempercayai bulat-bulat kata-kata pengilang terutama pengilang bukan Islam.
  2. Bagi pengeluar produk kesihatan dan kecantikan pula, selain sijil Halal yang wajib diperolehi, produk mereka dipasarkan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.  
    – Setiap produk tidak kira supplemen, herba, ubat tradisional perlu didaftarkan dengan KKM sebelum dipasarkan. Hanya produk makanan/minuman sahaja tidak perlu berdaftar dengan KKM.
    – Mengapa perlu berdaftar? Ini memastikan produk yang dipasarkan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dan merbahaya seperti Heroin, Steroid, DNA Haiwan yang Haram dimakan dan lain-lain serta berkualiti demi menjamin kesihatan pengguna.
    – Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Permohonan pendaftaran produk perlu dikemukakan secara online melalui sistem online Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), QUEST 3.netizen-full
  3. Menipu penggunaan logo Halal dan KKM yang tidak SAH pada packaging. Ini banyak terjadi kepada peniaga yang menggunakan produk OEM di mana mereka tidak menjalankan kaji selidik tentang status halal dan sah KKM kerana mempercayai sepenuhnya pengilang. Ini juga taktik mudah sekirang peniaga mahu menipu pengguna dan menjualnya melalui Online. Ini kerana, Pengguna tidak dapat memeriksa produk tersebut kerana ‘hologram’ tulen daripada KKM hanya boleh dilihat pada packaging yang sebenar sahaja.-ve list-full_0
  4. Menipu sukatan bahan-bahan berbanding iklan yang ditawarkan.
    – Ada segelintir peniaga mahu mengaut untung berlipat kali ganda dengan menipu sukatan bahan-bahan yang ditawarkan mereka. Ini paling ketara dalam industri pemakanan sunnah melalui produk Madu Asli dan Minyak Zaitun. Madu Asli yang ditawarkan kepada pengguna hanya 1% asli manakala selebihnya adalah gula pekat.
    – Sebuah kajian oleh saintis di HUSM mendapat kebanyakan produk madu di dalam pasaran hampir 80-90% adalah TIDAK ASLI manakala untuk mengesahkan ketulenan madu tersebut tanpa ujian makmal adalah sukar. Begitu juga dengan produk minyak Zaitun untuk kesihatan iaitu Extra Virgin Olive Oil yang mana kebanyakkan yang berada di pasaran adalah campuran minyak zaitun yang rendah kualiti dan bukan untuk tujuan kesihatan.
    – UZAR sendiri berkongsi dengan kami bagaimana sebuah syarikat pengelur produk makanan sunnah yang agak terkenal di corong radio mahu melantiknya menjadi ahli panel syariah bagi syarikat tersebut. Lalu UZAR bertanya kepada pemiliknya, berapa peratus setiap bahan-bahan seperti Gingkobiloba, Madu, Habbatus Sauda dan lain-lain di dalam jus kesihatan mereka. Jawapan pemiliknya, “Kami sendiri tidak tahu peratusannya kerana kami berikan sahaja senarai bahan-bahan kepada pengilang dan pengilang yang menghasilkan produk tersebut”.
    – Ini antara salah satu kesalahan kerana menjadi tanggungjawab peniaga memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti, bermutu dan selamat digunakan.awas-full.
  5. Tiada kajian terperinci tentang penggunaan produk tersebut.
    – Kajian di sini bermaksud mendapatkan khidmat pakar dalam bahagian tersebut contohnya ahli kimia/ biologi, ahli farmasi, doktor bertauliah, saintis dan seangkatan dengannya untuk menjalankan uji kaji produk kesihatan/kecantikan sebelum dipasarkan. Uji kaji produk akan dilihat pada bio-kimia, pharmacokinetik, indikasi, kesan sampingan kepada ibu mengandung dan pengguna umum, persekitaran yang sesuai untuk penyimpanan dan pelbagai lagi.
    – Hah sangat terperinci bukan? Sebab itu jika anda membeli ubat di farmasi, di dalam kotak ubat tersebut akan terselit sehelai kertas yang menceritakan semua perkara yang saya nyatakan di atas.
    – Masalah peniaga adalah kajian yang mereka lakukan adalah hanya di hadapan KOMPUTER/Mobile phone atau berbual-bual dengan orang-orang veteran sahaja (Hikayat Orang-Orang Tua). Mereka hanya Google senarai bahan-bahan menghasilkan ubat kencing manis lalu membuat formulanya dan terus dipasarkan. Kesannya, pesakit kencing manis daripada terkawal kepada terpaksa potong kaki kerana mempercayai produk tipu tersebut.Saya pernah bertanya seorang peniaga produk yang didakwa dapat merawat kencing manis.

    “Berapa target HbA1C setiap pembeli produk anda?” Jawapnya: “10 (HbA1c target peniaga tersebut adalah 10).D’oh! Jeng Kepala Kawe!”

    ===================

    Inilah 5 perkara yang menyebabkan ramai peniaga menjalankan perniagaan tidak patuh syariah. Sebenarnya ada banyak lagi tetapi ini adalah 5 kesalahan besar yang sering dijumpai oleh penguatkuasa.

Justeru sebagai individu Muslim, menjadi kewajiban sekurang-kurangnya mempelajari halal haram dalam hukum bermuamalat supaya transaksi yang dilakukan sehari-hari menjamin keredhaan ilahi. Peringatan daripada khalifah Islam kedua yakni Saidina Umar al-Khattab. Beliau berkata bahawa:

“Jangan kamu berjual beli di pasar kami, kecuali telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya.” (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi).

Part 2: Kesalahan Pada Pemasaran

Bersambung…….

===================

Jika cukup 100 SHARE untuk artikel sentap ini, saya akan bongkarkan pula Mengapa Pengiklanan produk Kesihatan/Kecantikan/Pemakanan Sunnah kebanyakkannya adalah tidak patuh Syariah.

Sila Share dan Tag rakan-rakan anda.

#DAR

Apa Komen Anda?