GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

|MENGAPA UBAT INSULIN ITU DIBAZIRKAN?|

Kami staff kesihatan amat keciwa, marah dan geram melihat ubat-ubatan yang ditanggung duit pembayar cukai, dibazirkan begitu sahaja.

Adakah tuan-tuan dan puan-puan tahu bahawa subsidi ubat-ubatan adalah amat tinggi demi memastikan kesihatan rakyat golongan pertengahan ke bawah terjaga dan terbela.

Tapi benarlah, faktor utama masalah ini adalah SIKAP dan ILMU.

Sikap tidak bersyukur ini masih menebal di kalangan masyarakat kita.

Pihak kesihatan sedaya upaya memastikan anda dan ahli keluarga sihat dan bebas penyakit.

Mungkin sebab pesakit itu tidak nampak bagaimana duit cukai yang dibayarnya samada melalui GST/Cukai Pendapatan dikembalikan dalam bentuk servis ini.

Janganlah sehingga suatu hari nanti, ubat-ubatan tiada disubsidi lagi.

Pada waktu itu, barangkali masyarakat kita baru sedar bahawa salah satu nikmat kesihatan di negara ini ditarikbalik.

Yang kedua, ILMU. Masyarakat kita kurang gemar membaca apatah lagi menambah ilmu.
.
Pesakit kencing manis terutama yang tahap MERAH, akan kami rujuk untuk pendidikan diabetes.

Kenapa perlu belajar tentang diabetes?

Pesakit yang memahami apa itu diabetes, kesan-kesannya dan rawatannya dalam kajian menunjukkan keberkesanan dalam rawatan pemulihan diabetes.

Fokus utama kami, sebaiknya pesakit tidak lagi memerlukan ubat dan hanya dapat mengawal kencing manis dengan diet pemakanan sahaja.

Namun, wujud pula scammer kesihatan yang cuba mengambil kesempatan ke atas dengan menabur janji palsu, menawarkan rawatan tipu dan sebagainya.

Akibat yang sering kami temui, pesakit kembali dengan keadaan yang semakin TENAT seperti kegagalan buah pinggang, kaki gangrene, mata buta dan yang paling kami bimbang adalah serangan jantung dan stroke.

Oleh itu, buat para pembaca, hargailah ubat-ubatan yang kami berikan.

Jika anda tidak mahu ubat, jujur sahajalah.

Jangan kerana NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Marilah kita menjadi ejen pencetus kesedaran di dalam masyarakat.

Sila SHARE agar bermanfaat kepada orang lain.

HIDUP PENUH MANFAAT
DAR
drafiqrahim.com

Apa Komen Anda?