GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Mengapa wanita perlu ada pendidikan dan wang serta kaitannya dengan masalah makanan (food insecurity)? 

Mengapa wanita perlu ada pendidikan dan wang serta kaitannya dengan masalah makanan (food insecurity)?

Digalakkan kaum adam yang mempunyai pasangan surirumah/bergaji rendah turut sama membacanya.
*****

Image result for women and food insecurity
Fakta: 80% makanan di dunia dihasilkan oleh wanita tetapi para wanita mempunyai banyak masalah berbanding lelaki untuk mendapatkan tanah, membuat pinjaman, mendapatkan teknologi pertanian dan khidmat nasihat daripada organisasi.

Apa kaitan antara bekalan makanan dan wanita?

Sebelum itu perlu difahami bahawa definisi masalah kekurangan/tiada bekalan makanan (Food Insecurity) adalah tiada akses kepada makanan atau tiada akses kepada makanan berkualiti.

1. Semua faham apabila kita mempunyai masalah stok makanan maka kita berisiko mengalami masalah nutrisi dan wanita lebih berisiko mengalami masalah tersebut berbanding lelaki (Tarasuk & Beaton 1999).

2. Secara umumnya apabila kita kekurangan bekalan makanan maka kita kurang makan dan pastinya berat badan kita menurun / rendah. Namun sebaliknya berlaku kepada kaum Hawa yang mempunyai masalah kekurangan bekalan makanan di rumah.

Kajian di Amerika oleh Countries Survey of Food Intake by Individual 1994-1996 mendapati wanita yang mempunyai masalah kekurangan bekalan makanan berisiko mendapat KEGEMUKAN.

3. Kesan masalah kekurangan bekalan makanan kepada wanita juga akan memberi kesan kepada mereka samada semasa mengandung atau kepada bayi di dalam kandungannya.

Wanita tersebut berisiko mendapat masalah kencing manis dan kegemukan manakala bayi mereka berisiko mendapat kecacatan kekal dan berat badan yang rendah.

4. Kesan masalah kekurangan bekalan makanan kepada wanita juga akan menyebabkan mereka terpaksa men’jual’ tubuh badan untuk menampung kos membeli makanan seterusnya meningkatkan kes HIV dan Penyakit Kelamin. Ini dibuktikan oleh kajian Weiser (2007) di Bostwana dan Swaziland.

5. Mereka juga terdedah kepada pelbagai ancaman masalah mental seperti depresi, ketakutan (anxiety) (Whitetaker et al, 2006), masalah keganasan domestik. (serangan seksual etc) dan diskriminasi sosial.

6. Kajian oleh Sharif dan Khor (2005) di Malaysia mendapati punca masalah bekalan makanan di kalangan wanita luar bandar adalah faktor pendidikan (tidak berpendidikan / pendidikan peringkat rendah sahaja), faktor pendapatan (tiada gaji/gaji rendah), mempunyai bilangan anak yang ramai.

Surirumah yang mempunyai 3 faktor tersebut turut berisiko mempunyai masalah kekurangan makanan di rumah dan berisiko tinggi mendapat kesan atau komplikasi masalah kekurangan makanan.

7. Oleh itu, amat penting para wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan sehingga peringkat tinggi dan mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan lebih daripada paras kemiskinan.

8. Ini kerana wanita yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang bagus akan menjamin kelestarian sumber makanan di dalam rumahtangganya serta memberikan makanan yang terbaik buat ahli keluarganya. (Louise and Kimberly, 2011).

9. Makanan yang mencukupi (food security) untuk sebuah keluarga memberi kesan positif kepada tubuh badan, mental, daya pemikiran, emosi, kesihatan dan masa depan yang cerah kepada keluarga serta negara secara amnya.

Image result for women and food insecurity

Adakah anda bersetuju dengan artikel ini? Kongsikan pandangan anda di bawah.

Dr Afiq Rahim

#MedTweetMy
#publichealthjourney
#healtheducation

Apa Komen Anda?