GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

SCAM KESIHATAN SIRI 9: ADAKAH BEKAM KE ATAS BAYI DIBENARKAN?

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa
.
“Kesembuhan itu berada pada tiga perkara, iaitu minum madu, berbekam dan terapi besi panas(kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan besi panas/kay.”
.
Imam Ibnul Qayyim al-Jauziah rahimahullah mengatakan:“Hijamah merupakan pemisahan yang berhubungan & berdasarkan kehendak yang diikuti oleh proses pengeluaran darah melalui urat secara total, khususnya urat yang tidak sering dilakukan venesection/al-fashdu (melukai urat vena tertentu dengan menggunakan pisau bedah dengan cara & ukuran tertentu untuk mengeluarkan darah untuk pengobatan). Untuk fasdhu setiap urat memiliki manfaat tersendiri.{Zaadul Ma’aad (IV/55)}
.
Kita digalakkan berbekam dengan tujuan untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang dipercayai boleh memberi kemudaratan serta untuk mengurangkan risiko yang menyebab penurunan tahap kesihatan kita[1]
.
Mekanisme keberkesanan bekam menurut Taibah Theory adalah dengan melancarkan peredaran sistem darah dan sistem limpa menerusi ‘pressure gradient’ dan ‘traction force’ ke atas saluran darah dan limpa di kawasan yang dibekam. [2]
.
Walaupun hijamah telah wujud beribu tahun lamanya, akan tetapi ianya masih kekurangan konklusi secara sistematik dan kajian saintifik ke atas keberkesanannya kepada kesihatan.
13265879_1256448367699438_1529186235596408877_n 13265915_1256448474366094_5066140038374409614_n 13267786_1256448424366099_1633366628864545488_n
=====
Kajian Tentang Hijamah/Bekam
=====
.
Satu kajian yang dijalankan oleh Cao dan rakan-rakan (disiarkan pada tahun 1959 dan 2008 melibatkan 73 ‘randomized controlled trials’ (RCTs), 22 ‘clinicalvcontrolled trials’, 373 ‘case series’, dan 82 ‘case reports’) tentang berbekam dan kesannya kepada pelbagai jenis penyakit. Kualiti dan Kuantiti kajian ‘RCT’nya menunjukkan potensi yang baik bekam dalam mengurangkan kesakitan, merawat penyakit kayap ular (herpes zoster) dan beberapa penyakit lain lagi. Namun begitu, pengkajinya menyarankan lebih banyak kajian dengan metadologi saintifik diperlukan untuk menyokong kajian mereka seterusnya mengesahkan keberkesanan hijamah.[3]
.
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Iran menemui keberkesanan bekam dalam membantu merawat sakit tulang belakang (Lower Back Pain) dan mereka merumuskan bahawa berbekam mempunyai assosiasi kebaikan klinikal jangka pendek kepada pesakit berbanding rawatan sedia ada bagi masalah tersebut.[4]
.
Yang lebih menarik apabila satu kajian daripada Mesir mendapati berbekam membantu rawatan moden dalam merawat pesakit sendi atau Rheumatoid Arthirtis. Mereka merumuskan kaedah hijamah bersama rawatan moden mempunyai banyak kelebihan antaranya meningkatkan sistem immunologi melalui pengurangan ‘laboratory markers’ penyakit tersebut dan merangsang kondisi sel-sel immune terutama ‘innate immune response NK cell’ dan ‘adaptive cellular immune response SIL-2R’.[5]
.
Begitu juga kajian bekam oleh Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dan pasukannya daripada HUSM ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi. Kajian beliau mendapati, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam klinikal boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif bagi membantu MENCEGAH berlakunya penyakit serangan Jantung.[6]
.
Dan banyak lagi kajian samada dalam dan luar negara tentang keberkesanan berbekam ke atas kesihatan manusia. Namun setiap kajian tersebut memerlukan penelitian terhadap metadologi sebelum boleh disahkan hasil kajian tersebut samada boleh diterima atau lemah.
.
=====
Polemik Bekam Ke Atas Bayi
=====
.
Namun berita semalam menyuntik persoalan yang dalam kotak fikiran saya iaitu
.
Adakah benar Rasullullah SAW menggunakan teknik bekam ke atas bayi? Ini merujuk ayat yang diungkapkan oleh juru bekam tersebut:
.
“Saya guna teknik bekam sayatan untuk bayi sendiri sejak berusia 25 hari kerana mengikuti sunnah Rasullullah,” katanya
.
Saya bersangka baik barangkali wartawan tersebut yang salah memahami maksud pengamal iaitu bekam adalah sunnah dan dia melakukan bekam ke atas anaknya sendiri tanpa merujuk bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam ke atas bayi.
.
Namun, kemusykilan itu telah dirungkai melalui penjelasan oleh Dr MAZA. Boleh rujuk gambar penjelasan beliau.
.
Persoalan kedua adalah bolehkah bayi dibekam?
.
Sehingga kini, bacaan dan kajian di dalam database elektronik PubMed, Cochrane Review, Medline, Google Scholar dan beberapa lagi jurnal antarabangsa terutama di dalam jurnal perubatan alternatif gagal menunjukkan secara jelas aplikasi bekam ke atas bayi apatah lagi untuk memberitahu keberkesanannya kepada kesihatan bayi itu sendiri.
.
Menurut akhbar tersebut, dia membekam bayinya seawal bayinya demam pada usia 25 hari setelah menjalankan pembacaan dan ujikaji serta berguru sehingga ke Indonesia.
.
Terdapat kajian yang menyatakan keberkesanan berbekam dalam mengurangkan demam panas [7]. Namun begitu kajian tersebut adalah lemah kerana kekurangan metadologi saintifik menurut Derek et al di dalam jurnal perubatan komplimentari. Tambahan lagi, kajian tersebut dijalankan ke atas populasi dewasa sahaja. Oleh itu, konklusi kajian tersebut tidak boleh digunakan ke atas kanak-kanak.[8]
.
Institute for Traditional Medicine pula menggariskan bahawa salah satu kontraindikasi atau perkara yang perlu dielakkan sebelum melakukan prosedur berbekam adalah demam panas.[9]
.
=====
Bekam Sebagai Ganti Kepada Vaksin?
=====
.
Saya tidak pasti adakah kenyataan di dalam akhar tersebut yang mengatakan bahawa juruBekam tersebut tidak memberi vaksin kepada anaknya kerana dia percaya dengan berbekam kepada bayinya sudah memadai untuk memberi perlindungan immunologi tanpa ubatan moden.
.
Walaupun wujudnya kajian yang mengatakan terdapat perubahan positif immunologi atau sistem pertahanan badan selepas prosedur hijamah, kajian tersebut tidak dijalankan ke atas kanak-kanak atau bayi dan tidak pula penyelidik memberikan konklusi bahawa berbekam berupaya menggantikan vaksin atau sebagai pilihan alternatif dalam memberi perlindungan kepada bayi daripada penyakit berjangkit [1][5].
.
=====
Konklusi
=====
.
Hijamah / Berbekam amat digalakkan kepada manusia untuk meningkatkan tahap kesihatan kita.
.
Kekurangan metadologi saintifik dalam setiap kajian yang dilakukan tentang Hijamah/Bekam bukanlah penghalang kita untuk mengamalkannya demi kelestarian kesihatan kita.
.
Namun begitu, bekam tidak sesuai dilakukan ke atas bayi kerana kekurangan kajian klinikal yang membuktikan keberkesanan bekam kepada bayi beserta risiko-risiko lain yang ada pada prosedur bekam. [10] Juga, tidak semua individu boleh melakukan bekam. Terdapat kontraindikasi atau saringan kesihatan sebelum seseorang itu boleh melakukan bekam.
.
Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional & Komplimentari Bagi Bekam yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM meletakkan rawatan bekam hanya kepada mereka yang berumur antara 10 hingga 65 tahun. Bagi pelanggan yang berumur lebih daripada 65 tahun, berbekam boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik.[10]
.
Akhir sekali, dapatkan perkhidmatan bekam melalui jurubekam bertauliah dan disahkan amalannya oleh KKM.
.
Bekamlah dengan Selamat dan Yakin.
.
CC: Medtweetmy, Sinar Harian
.
=====
Rujukan
=====
1. Reza, Mohammad, et al. Evaluation of the Effects of Traditional Cupping on the Biochemical, Hematological and Immunological Factors of Human Venous Blood. 2012. Web. 25 May 2016.
2. El Sayed SM, Mahmoud HS, Nabo MMH (2013) Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Altern Integ Med 2: 122. doi:10.4172/2327-5162.1000122.
3. Cao, H., Han, M., Li, X., Dong, S., Shang, Y., Wang, Q., et al. (2010). Clinical research evidence of cupping therapy in China: a systematic literature review. BMC complementary and alternative medicine, 10(1), 70.
4. Farhadi, K., Schwebel, D. C., Saeb, M., Choubsaz, M., Mohammadi, R., & Ahmadi, A. (2009). The effectiveness of wet-cupping for nonspecific low back pain in Iran: a randomized controlled trial. Complementary therapies in medicine, 17(1), 9-15.
5. Ahmed, S. M., Madbouly, N. H., Maklad, S. S., & Abu-Shady, E. A. (2005). Immunomodulatory effects of blood letting cupping therapy in patients with rheumatoid arthritis. The Egyptian journal of immunology/Egyptian Association of Immunologists, 12(2), 39.
6. Hairon SM, Ismail AA, Nik Hussain NR, Yaacob NM, Ismail MS, Zain RM, Bakar M, A Randomized Control Trial Study on The Effect of Wet Cupping on Serum Profile, (2014).
7. L. Yingdong Cupping therapy for 103 cases of high fever due to infection of the upper respiratory tract, J Tradit Chin Med, 22 (2002), pp. 124–125.
8. Wang, D., et al. “Complementary, Holistic, and Integrative Medicine: Fever.” Pediatrics in Review 30.2 (2009): 75–78. Web. 25 May 2016.
9. Dharmananda, Subhuti, and Christopher Dorr. Cupping. Institute for Traditional Medicine, n.d. Web. 25 May 2016.
10. Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional & Komplementari:Bekam, Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013.
.
=====
.
Sila KONGSIKAN artikel ini untuk manfaat bersama.
.
‪#‎DAR‬
‪#‎bekamkeatasbayi‬
‪#‎scamkesihatan‬?
‪#‎MedTweetMy‬

Apa Komen Anda?