Author

Dr Afiq Rahim

A Public Health Trainee, Book Author, Social Media Health Educator and Technology Enthusiast. Thank you for visiting my blog. Feels free to drop your comment.

Skandal Degree palsu

Buenas tardes

Hoy estamos sujetos a problemas académicos falsos o calificaciones académicas falsas.

Este es un problema global y no solo de Malasia.

Selamat Petang,

Hari ini kita dilanda isu ijazah palsu atau kelayakan akademik palsu.

Ini adalah masalah global dan bukan di Malaysia sahaja

Ini kes yang bersabit dengan Menteri Kesihatan Sepanyol, Madam Carmen Monton.

Ijazah beliau dianugerahkan oleh satu universiti di Madrid University.

Pembongkaran ini dilakukan oleh El-Diario sebuah laman web online ala-ala PW di Malaysia.

Perangai ahli politik ini memang tipikal di mana-mana. Bila dah kantoi, berdolak dalih, mengelak dari soalan, beri bukti yang palsu dan pelbagai taktik lagi.

Selepas tekanan masyarakat dan vote of no confidence kepadanya, akhirnya Carmen mengaku salah dan meletakkan jawatan jua.

Sebenarnya ini bukan kes pertama di negara Sergio Ramos. Seorang ahli Politik bernama Pablo Casado juga pernah menipu kononnya mempunyai sijil daripada Havard tetapi rupa2nya hanya datang kelas 4 hari saja.

Hmm…sounds familiar cases in Malaysia.

Saya rasa, King Juan Carlos University adalah pusat pembiakan scammer di Sepanyol dan wajar ditutup dan dibanteras kegiatan scam ini.

Di Malaysia juga kita ada masalah yang sama dengan beberapa ahli politik kita.

isu pokoknya bukan nak jadi ahli politik tak perlu ijazah atau sebagainya, tetapi isunya adalah integriti dan kewibawaan individu yang menjadi pemimpin masyarakat.

Sekiranya individu tersebut sudah menipu untuk menjadi pemimpin rakyat, agak-agaknya adakah dia tidak akan menipu untuk merompak hak rakyat bila diangkat memegang jawatan penting kerajaan?

Kita tidak mahu pisang berbuah tiga kali.

Untuk info lanjut, boleh klik di sini: Scam Kesihatan Siri 5, GELARAN PALSU UNTUK KAUT KEUNTUNGAN yang telah saya ulas panjang.

Baik, itu sahaja komen saya. Kongsikan komen anda di bawah dan jangan lupa subscribe ye.

Next Post

KENAPA LIPUTAN VAKSIN MMR DI KELANTAN PALING RENDAH?

Tue Feb 26 , 2019
Share on Facebook Tweet it Pin it Email KENAPA LIPUTAN VAKSIN MEASLES,MUMPS & RUBELLA (MMR) NEGERI KELANTAN PALING RENDAH? Dato Dr Musa Nordin ketika program Analisis di TV Al Hijrah telah menyebutkan bahawa liputan vaksin MMR adalah sebanyak 88% pada tahun 2017, sehingga menyebabkan imuniti kelompok berkurangan seterusnya menyebabkan naiknya […]
KENAPA LIPUTAN VAKSIN MEASLES,MUMPS & RUBELLA (MMR) NEGERI KELANTAN PALING RENDAH?