GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Muhasabah Akademik

Assalamualaikum wbt,

Setelah hampir seminggu saya berada di tanah air, pelbagai yang ingin saya kongsikan bersama. Malaysia, tidak banyak yang berubah. Hanya saudara mara yang semakin membesar serta pakcik dan makcik yang semakin lanjut usia. Terdapat pembaharuan yang menarik di Kedah dan Selangor, dua negeri di bawah Pakatan Rakyat. Namun ragam masyarakat di mana-mana sahaja masih kekal ditakuk lama.

Keputusan keseluruhan akademik bagi pelajar-pelajar Royal College of Surgeons in Ireland telah diumumkan. Alhamdulillah saya bersyukur masih diberi peluang untuk terus kekal menyambung perjuangan di medan Ibn Sina. Terdapat ralat di dalam keputusan saya. Mungkin kesilapan teknikal di pihak kolej dan insyallah keputusan  yang baru tidak akan berubah kepada yang lebih buruk. Keputusan untuk beberapa kawan-kawan lain juga amat memberangsangkan dan saya sangat gembira mendengarnya.

congratulation to all my friends

Walaubagaimanapun, saya menumpang simpati kepada sahabat-sahabat saya yang ditimpa musibah. Musibah peperiksaan bukan sesuatu yang baru. Musibah ini sememangnya terus menghantui pelajar-pelajar perubatan seantero dunia. Malahan beberapa pihak telah mengakui kualiti piawaian peperiksaan RCSI sangat ketat dan tinggi. Saya sering memikirkan apakah masalah utama pelajar-pelajar kita gagal di dalam peperiksaan perubatan.

Apakah faktor masa? Masalah kesihatan? Konflik luaran Atau dalaman?

1. Faktor masa?

Bidang perubatan menuntut individu untuk tekun belajar. Di sini kita ada dua pihak. Satu pihak yang sibuk berpersatuan dan satu lagi pihak yang kurang berpersatuan. Terdapat hipotesis yang menyatakan pelajar yang kurang berpersatuan akan lebih ramai lulus berbanding yang sibuk berpersatuan. Daripada sudut analisa keputusan peperiksaan secara keseluruhannya, tidak banyak bezanya kedua-dua pihak. (Tiada kajian secara tepat di sini. Penulis hanya menganalisis pelajar Malaysia dan bukan Malaysia di sekitar penulis sahaja).

time is running

Oleh itu di manakah silapnya? Jika ada yang beralasan “saya sibuk berpersatuan sebelum ini”, saya pula berkata “mengapa ada orang yang sibuk berpersatuan juga boleh berjaya”.

Mungkinkah yang kurang berpersatuan lebih sibuk menghabiskan masa di hadapan laptop, TV bersama PS3, berjalan-jalan di sekitar bandar atau berparti sakan?

Atau mungkingkah yang sibuk berpersatuan tidak boleh fokus sewaktu belajar kerana sibuk memikirkan masalah kerja dan sebagainya?

Cuba kita fikirkan kembali, apakah kita konsisten belajar daripada awal semester atau kita pulun bagai nak ‘rak’ di akhir semester? Atau kita sememangnya jenis ‘lek-lekla dulu beb’.

Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tepuk kepala, tanya akal apakah persedian kita dahulu. Cukupkah ilmu yang kita ada nak bawa masuk dalam dewan peperiksaan.

2. Masalah kesihatan?

Seorang pelajar perubatan perlu sedar bahawa dunia perubatan sangat kejam kepada tubuh badan kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia di sini maksudnya jika kita sakit apakah plan kita seterusnya, berapa banyak kelas kita dah ‘tuang’ dan perlu diganti. Masih bolehkah kita ke kelas jika sakit. Teruk sangatkah penyakit kita itu. Saya tabik beberapa rakan saya yang masih ke hospital membuat ‘rotation’ walau dalam keadaan uzur.

Jika kita masih bermanjakan diri maka cabaran kita bertambah susah sewaktu bekerja. Ini kerana kita gagal melatih badan untuk berdepan situasi sukar. Fitrah manusia suka berada di dalam ‘comfort zone’ tetapi jika kita mampu melawannya maka itulah tonik terbaik untuk masa depan kita.

3. Masalah daripada konflik dalaman atau luaran

Perkara ini lebih bersifat peribadi. Senang cakap: Jika ada masalah maka segeralah menyelesaikannya. Apa yang boleh saya katakan 80% masalah peribadi bukan daripada faktor luar tetapi kita yang mengundang masalah datang kepada kita. Setiap individu Allah ciptakan berbeza-beza. Takuya Kimura (Perdana Menteri Jepun) sewaktu menghadapi konflik bersama Menteri Perdagangan U.S di dalam rancangan CHANGE menyatakan manusia dilahirkan berbeza-beza maka hargailah perbezaan itu dan bukan memahaminya kerana kita tidak mampu memahami manusia.

Why so stress?

Penyelesaian terbaik, pergilah mengadu kepada Allah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah dalam menyelesaikan masalah kita. He knows the best for us.

Akhir kata,

Sebenarnya kita mempunyai 1001 alasan untuk menyatakan kegagalan kita. Namun gagal hari ini tidak bererti gagal selama-lamanya. Kebakaran ‘invention lab’ Thomas Edison tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencipta sehingga dia berjaya menghasilkan mentol lampu komersial pertama di dunia.

Ayuh kita bermuhasabah. Kepada yang telah berjaya, usah leka dibuai mimpi kejayaan. Kita perlu bermuhasabah dan merencana formula untuk mengekalkan rentak kemenangan kita. Medan tempur masih banyak yang belum diteroka. Semoga perjuangan kita tidak terhenti setakat di sini.

“Genius is one percent inspiration, ninety-nine percent perspiration.”

Thomas Alva Edison (September 1932)

Sekian,

Aku yang bergelar Sahabatmu,

41200, Klang

Apa Komen Anda?

One Comment