Nasi Lemak Sedap dan Sihat

Doktor Chef: Nasi Lemak Sambal Udang dan Ayam Bakar.

77254729 10157232384796896 1789629914949877760 o.jpg? nc cat=103& nc oc=AQlrGBxscztJGgdVAO3FO426oHVvgd5KYiOCP0zJR08h Mq6vCFArN287W5t9U8wkoE& nc ht=scontent.fkul14 1 - Nasi Lemak Sedap dan Sihat
Resepi lengkap Nasi Lemak Sambal Udang dan Ayam Bakar

Hujan-hujan ni, rasa nak pekena nasi lemak Royale tapi takdak pula di Kota Bharu ni.

Masuk dapur dan masak sendiri nasi lemak versi doktor chef.

Fuh…. Memang mengiurkan dan mendamaikan hati makan nasi lemak ketika musim sejuk ini.

Ok jom ikuti resepi kami.

1. Sambal Udang Sedap

resepi sambal udang sedap
Sambal Udang Sedap

Bahan bahan:

  1. 1 mangkuk udang – basuh dan tos
  2. 3-4 biji bawang besar
  3. 3 ulas bawang putih – jangan banyak
  4. 1/2 mangkuk cili kisar
  5. Air asam jawa
  6. 1 sudu kecil pes asam jawa
  7. Garam
  8. 3 sudu besar gula
  9. Sedikit gula Melaka

Cara memasak Sambal Udang Sedap:

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh ceduk keluar.
  3. Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  4. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa dan udang. Biarkan masak dengan api perlahan. Jangan masak udang terlalu lama. 1-3 minit sudah cukup untuk mengekalkan jus dalam isinya.
  6. Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

2. Nasi Lemak Wangi Berlemak

Bahan bahannya:

  1. Beras – basuh dan tos
  2. 1 helai daun pandan – carik dan simpulkan
  3. Garam
  4. 1 – 2 inci halia – hiris halus
  5. 1 cawan santan pekat

Cara memasak Nasi Lemak Wangi:

  1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
  2. Masukkan garam dan juga daun pandan.
  3. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  4. Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya.
  5. Siap untuk dihidangkan.

3. Ayam Bakar BBQ

resepi ayam bakar madu
Ayam Bakar BBQ

BAHAN-BAHAN:

  1. 1kg kepak ayam – bersihkan 
  2. Kicap manis secukupnya
  3. 1-2 sudu makan sos tiram
  4. 2-3 sudu makan madu
  5. 2-3 sudu makan sos cili pedas
  6. Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
  7. 1 sudu makan serbuk lada hitam
  8. 10 ulas bawang putih – tumbuk lumat 
  9. 2 inci halia – tumbuk lumat 
  10. Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat 
  11. Perencah cukup rasa

CARA MEMASAK Ayam Bakar BBQ:

  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
  3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
nasi lemak sedap
Sedap pasti menjilat jari

Selamat Mencuba.

Bon Appetite 🍽️

#DAR
#doktorchef
#nasilemaksedapsihat