GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Nilaian terbaik adalah daripada AKAL dan DALIL

PERANAN DALIL DAN AKAL DALAM MEMBUAT PILIHAN

Oleh: Pan

Disunting oleh : Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PPIMI

“Di negeri manakah terletaknya Bagan Pinang?”

Cikgu Kamarul memulakan sesi pembelajaran darjah 5 Delima dengan soalan cepu emas.

Fahmi yang baru sahaja membaca surat khabar pagi tadi tersenyum kerana dia tahu jawapannya. 100%. Dia yakin benar dengan jawapannya. Negeri Sembilan.

Cikgu Kamarul menunjukkan pada murid-muridnya supaya menyebut jawapan satu-persatu.

“Pulau Pinang!” Bakri menjerit.

“Pulau Pinang” Hanif, top student kelas tersebut, menjawab dengan yakin.

“betui la tu, Pulau Pinang” Fakhrul yang berasal dari Pulau Pinang mengiyakan jawapan kawan-kawannya.

“Pulau Pinang”

“Pulau Pinang”

“Pulau Pinang” dan begitulah jawapan dari murid-murid seterusnya

Fahmi berpeluh. Semua murid-murid di dalam kelas tersebut dengan yakin dan penuh taklidnya mengulang jawapan Pulau Pinang sebaik sahaja diajukan soalan oleh Cikgu Kamarul. Akhirnya sampailah giliranFahmi.“Ha, Fahmi. apa jawapannya?” Cikgu Kamarul sengaja menyergah.

“Err..er. Pulau Pinang

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Cognitive Dissonance.

Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti Fahmi. Dalam psikologi sosial, keadaan ini disebut cognitive dissonance, iaitu satu perasaan tidak selesa kerana perbezaan antara apa yang seseorang pegang dan percaya dengan sesuatu idea baru yang bertentangan. Ada dua cara yang biasa dilakukan manusia untuk menghapuskan perasaan dissonance ini.

Pertama, mengubahsuai pendirian atau pegangan sendiri supaya selari dengan idea baru tersebut.

Kedua, menetapkan pendirian dan menjauhkan diri daripada idea tersebut.

Tetapi biasanya, manusia menurut fitrah iaitu berasa lebih selamat bersama dengan majoriti, maka pilihan mereka pastinya menurut pola, pemikiran, agama dan budaya masyarakat sekeliling.

Sebagai contoh, walau seyakin mana Fahmi akan jawapannya yang pada hakikatnya berlandaskan sumber yang boleh dipercayai (?surat khabar), akhirnya dia tunduk juga pada kepercayaan umum.

Social Dissonance.

Cognitive dissonance telah dikembang dan dikaji pada level yang lebih besar iaitu level masyarakat. Cognitive dissonance pada level ini disebut Social Dissonance.

Teorinya meluas merangkumi masalah integrasi budaya, pola pilihan pengundi dalam pilihanraya dan sebagainya. Anda mungkin tidak percaya bagaimana pengaruh idea, propaganda dan media di sekeliling kita memberi kesan kepada kita sebaik sahaja kita terjun atau terlibat dengan lingkungan tersebut.

Tak kira betapa bodoh dan tak logiknya idea tersebut, pengaruhnya tetap tidak dapat dinafikan. Maka tidak hairanlah Ayah Pin mempunyai ribuan pengikut dari pelbagai kaum dan pengikut Rasul Kahar bermati-matian mempertahankannya. Padahal ajaran mereka, sudah terang lagi bersuluh, sesat dan menyesatkan!

Social Dissonance di kalangan Pelajar.

Anda pasti sudah biasa dengan fenomena “Geng-Geng” semenjak di bangku sekolah lagi.

Pernahkah anda berpura-pura otai supaya anda diterima masuk ke geng yang popular di kolej?

Pernahkah anda disisihkan hanya kerana anda seorang ulat buku?

Kerana pengaruh majoriti orang-orang di sekeliling kita, kita kadang-kadang membuat keputusan yang tidak tepat. Cognitive Dissonace selalunya membawa kita menjauhi rasionaliti. Keputusan untuk menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat tertentu dibuat atas sebab ingin berasa selamat. Selamat dari perbalahan, berkecil-hati, ditinggalkan geng-geng, atau mengelakkan dari dicop tidak mengenang budi. Emosi yang mengatasi logik.

Pelajar luar negara.

Dua kumpulan besar yang akan mendatangkan pengaruh kepada mereka ialah masyarakat setempat (contoh: Irish) dan juga komuniti Malaysia(Melayu).

Komuniti pelajar Malaysia yang ramai telah bertapak sekian lama di luar negara ini, membentuk satu “cultural belief” yang dominan dan secara tidak langsung boleh membentuk satu undang-undang yang mengikat.

Ini adalah pendapat penulis. Jika pembaca punya pendapat lain, bolehlah maklum balas. Pelajar-pelajar yang baru sampai akan mengalami satu bentuk Social Dissonance, kerana mahu mencari zon selesa dan selamat di suatu tempat yang asing.

Mereka boleh memilih antara dua kumpulan ini.

Ada yang rasa selamat(selesa) jika berperangai seperti Irish. Ada yang lebih selamat(selesa) dengan berkelompok dengan Melayu-Melayu sahaja. Kalaulah kedua-dua ini terlalu absorb dengan zon masing-masing, maka hari ini kita boleh lihat pelajar luar negara (contoh Ireland) yang lebih Irish daripada Irish atau lebih Melayu dari Melayu Malaysia.

Kadang-kadang agak membimbangkan takut-takut graduan dengan trait yang sama sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat belajar. Tiada pembaharuan atau pencapaian yang istimewa dan unik. Agak tidak berbaloi dengan status pelajar tajaan yang terpilih (?).

Peranan Akal

Menurut Al-Qur`an, akal dan iman adalah satu kubu, benteng pertahanan dari logik dan kepercayaan yang salah, dan Allah telah menjelaskan perbezaan nyata di antara keduanya : ”Sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dan yang salah”.

Orang-orang yang paling beruntung menurut Al Qur`an adalah ”mereka yang berakal”, ”orang-orang yang mendalam ilmunya”, ”mereka yang berpikir”, dan ”mereka yang mengakui bukti-bukti yang terang”. Dua nilai yang perlu diimbangi di sini ialah “self concept” dan “cultural belief”.

Pertama, keyakinan pada diri sendiri perlu ada tetapi perlu ada juga perasaan bahawa diri kita mungkin salah.

Kedua, Perlu juga penyesuaian dengan nilai kumpulan masyarakat tetapi jangan terlalu taksub sehingga buta dalam melihat yang hak dan batil.

Pada perkara yang putus dalam agama, hendaklah bertegas, manakala pada perkara yang khilaf (ada perselisihan pendapat), maka gunalah panduan dalil dan akal yang waras.

Bersikap adillah dengan maklumat dengan menganalisa dengan mata akal, bukan emosi dan nafsu. Demikianlah Islam telah mengajar kita cara membuat pilihan. Jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

Ingat, ada bezanya apabila bergelar murid-murid(seperti Fahmi) dan bergelar mahasiswa (seperti anda).

**Artikel dipetik daripada Tazkirah Jumaat di dalam Yahoo Group PPIMI yang disediakan oleh pihak LTD.

Presiden PPIMI,

Dublin 8

Apa Komen Anda?

One Comment