GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Nostalgia lama kembali basah…

Alhamdulillah.

===========

Daripada luar bilik pegawai perubatan, jururawat saya memberitahu kepada pesakit kami

“Cakap terima kasih pada doktor tu nanti” sambil disambut gelak ketawa mereka.

Saya masih terpinga-pinga sambil sibuk menyiapkan tugasan lain.

Pabila pesakit itu melangkah masuk sambil mengendong bayinya, nostalgia sebulan lalu kembali basah dan berbekas di jiwaku semula. Saya tidak ingat namanya tetapi wajahnya amatku kenali.

Ibu yang bertarung nyawa akibat tumpah darah selepas melahirkan anaknya ketika banjir besar di Kelantan tempoh hari telah hadir ke klinik kami untuk pemeriksaan anaknya yang berumur sebulan. Kesihatannya sendiri selepas kehilangan sejumlah besar kuantiti darah juga beransur pulih dan cergas seperti biasa.

Tidak banyak yang kami borakkan. Masing-masing tersenyum. Perasaan pada ketika itu bercampur baur. Gembira, hiba dan pelbagai lagi rencah rasa.

Hanya pujian dan syukur kepada-Mu dirafakkan oleh kami pada ketika itu.

Beliau merakamkan penghargaan kepada saya yang turut ditemani suaminya.

Kami bergambar untuk kenangan sepanjang masa yang terpahat kemas di dalam diari kehidupan saya.

Syukran ya Allah….

DAR – Mendengar Denyut Nadi Kehidupan melalui Stethoskop.

*Gambar ini dikongsi dengan kebenarannya dan persetujuan itu disaksikan oleh suaminya sendiri.

*Gambar ini tidak boleh dicetak atau diciplak atau sebarang tindakan yang sama erti dengannya tanpa kebenaran saya terlebih dahulu.

– Hakcipta Terpelihara Dr Afiq Rahim 2015

Apa Komen Anda?