Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

Anda Pengguna Mi Fit? Ini Panduan Berguna Untuk Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.
*****

Baru-baru ini pihak KKM ada melancarkan sebuah aplikasi terbaru untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat.

Aplikasi ini juga di bawah program KOSPEN dan dinamakan KOSPEN ACTIV atau Book Doc Activ.

kospen.banner - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

Konsepnya mudah sahaja.

Kita berusaha mencapai sasaran yang diletakkan. Jika berjaya kita akan menerima ganjaran yang setimpal.

Antara ganjaran yang ditawarkan adalah seperti diskaun 30% Brooks Running, 10% diskaun bagi bil keseluruhan Motherhood, percuma minuman OldTown Nan Yang-O dan banyak lagi.

Ganjaran Book Doc Activ - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.
Antara syarikat yang menyumbang ganjaran untuk aplikasi ini

——-
Apa yang kita perlukan untuk guna BookDoc Activ?
——

Kita perlu mempunyai nombor telefon, email yang sah dan peralatan telekomunikasi yang bersesuaian seperti:

1. Fit Bit
2. Jawbone
3. Garmin

Manakala aplikasi kesihatan yang boleh dipadankan dengan Book Doc Activ adalah:

1. Health (Apple)
2. Samsung Health (Android)
3. Google Fit (Android)

Bookdoc Activ - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

——
Panduan bagi pengguna Mi Fit
——

Bagi pengguna Mi Fit seperti saya, aplikasi dan gajet rekaan syarikat XIAOMI ini sudah memadai untuk merakam data senaman saya.

Saya hanya perlu mengeluarkan bajet di bawah RM100 untuk memperolehi gajet yang berbaloi dari sudut ketahanan gajet, kecekapan rakaman pergerakan dan ketahanan bateri.

Mi Fit - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

Sekiranya mempunyai bajet besar sudah pasti Garmin atau FitBit menjadi pilihan kerana kualiti produk mereka.

Baik, bagi pengguna Mi Fit, berikut adalah cara menggunakan BookDoc Activ:

1. Buka aplikasi Mi Fit. Klik bahagian ‘account’ dan pilih aplikasi Google Fit.

28166378 10155672932281896 1019863689278822946 n - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

2. Kemudian, pilih akaun google kita dan mulakan proses penyatuan akaun Mi Fit dan Google Fit.

28059420 10155672932326896 5630911829892197815 n - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

3. Selesai proses penyatuan, buka pula aplikasi BookDoc Activ. Klik bahagian ‘ACTIV’.

28059107 10155672932381896 8098584826441680061 n - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

4. Pilih aplikasi Google Fit. Tunggu sehingga selesai penyatuan akaun Google Fit dan akaun BookDoc Activ.

27973636 10155672932436896 7894914235827516052 n - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

5. Mulakan langkah kanan anda ke arah kehidupan yang lebih sihat sekarang!

28055961 10155672932486896 8827413364192036520 n - Panduan Menggunakan Book Doc Activ dan aplikasi Mi Fit.

——-
Pengalaman Saya
——

Saya telah menggunakan BookDoc Activ dan menyatukan data Google Fit daripada Mi Fit. Setakat ini persamaan data hampir tepat.

Bagaimana pun, BookDoc Activ perlu menggunakan internet untuk proses penyatuan.

Apa yang saya lakukan untuk menjimatkan bateri telefon dan data internet adalah menutup data internet semasa senaman dan menyatukan data selepas selesai senaman.

Bateri telefon tahan lama dan data internet juga jimat ditambah tiada keciciran data semasa aktiviti senaman.

Oleh itu, tunggu apa lagi?

Jom mulakan gaya hidup sihat dan raih pelbagai ganjaran yang ditawarkan di dalam aplikasi BookDoc Activ.

psst: Jangan lupa kongsikan artikel ini ye.

Dr Afiq Rahim
drafiqrahimdotcom
Badan cergas, minda cerdas

#DAR
#gayahidupsihat
#KOSPENActiv
#BookDocActiv

Dr Afiq Rahim

A public health trainee, health content creator, sophisticated investor and father of a beautiful family. I love sharing ideas and my thoughts in this personal blog. Feel free to share your ideas and thought too in this blog.

Leave a Reply