GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Pasangan doktor ini berkongsi kisah mereka mencuba innovasi terbaru yang memeranjatkan misi-misi di dewan bersalin.

Assalamualaikum wbt,

Mutahir ini negara digemparkan dengan sebuah lagi penciptaan unik dan terbaru untuk umat Islam selepas Exorcism Kit yang dihasilkan oleh Universiti Malaysia Pahang, UMP awal Mei lalu. Penciptaan kit anti histeria itu telah mendapat liputan meluas dan pelbagai komentar daripada pengguna samada di laman sosial atau buah mulut di kedai kopi seluruh negara. Kehebatan kit ini barangkali yang pertama di dunia telah menyebabkan beberapa pemimpin mencadangkan agar alat ini dianugerahkan ‘Nobel prize’ kerana manfaatnya kepada masyarakat.

Universiti Malaysia Pahang sells anti-hysteria kit for RM8,750 to fight ‘evil spirits’

Kini, sebuah koperasi para doktor/profesional muslim atau dikenali sebagai Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad pula mencipta sebuah seluar bersalin yang mesra mahkota wanita/aurat yang PERTAMA di dunia. Kretiviti dan Ciptaan ini telah menggemparkan bukan sahaja masyarakat Majmuk di Malaysia termasuk suku kaum pribuminya malahan masyarakat dunia secara globalnya.

Ini gara-gara liputan majalah atau surat khabar tabloid di UK, Germany dan Malaysia yang sangat teruja dengan penciptaan hebat ini sejak dua hari ini dan tidak mustahil akan terus di’viral’kan oleh akhbar-akhbar lain seluruh dunia.

Liputan Akhbar tempatan:

FMTArtikel daripada Free Malaysia Today: Klik di sini

Malaymail mmpride

Artikel daripada MalayMail Online yang mula-mula mempopularkan seluar bersalin ini: Klik di sini

Namun kisah penciptaan ini tidak terhenti di ruangan maya Malaysia. Liputan Daily Mail Online ini telah dikongsikan sebanyak 2.8k oleh pengguna internetnya dan ruangan komennya pula menerima 673 komen daripada pelbagai sudut latar belakang pembaca.

pic mailonline

Begitu juga di dada akhbar tabloid negara Jerman yang turut terkesan dan terkesima dengan penciptaan muslim ini:

Para blogger juga mula tertanya-tanya apakah kejadahnya diciptakan seluar bersalin ini dan mereka akhirya menemui jawapan tersebut. Antara blog yang berkongsikan kisah ini adalah says.com yang memviralkan artikel kejayaan seluar ini. Klik di sini untuk membaca artikel mereka.

says reviewLebih menarik, para pengguna mereka yang sebelum ini segan, malu, tertanya-tanya bagaimana mahu memberitahu atau berbincang tentang penggunaan seluar bersalin patuh syariah dan mesra aurat ini seperti mendapat keyakinan yang luar biasa. Mereka sendiri teruja dan bersyukur seluar ini akhirnya mula mendapat perhatian masyarakat dunia.  Mereka malahan berkongsi pengalaman masing-masing dan antara pengalaman yang menarik saya lihat adalah daripada sepasang doktor yang pernah mencubanya sendiri iaitu Dr Fairuz Azmi dan Dr Asma Hatta.

Dr Fairuz berkongsi serba sedikit di laman Facebooknya pengalaman isterinya menggunakan produk muslim ini dan ternyata berpuas hati dengan keselesaan semasa bersalin dan paling penting, hanya bahagian yang perlu iaitu Vagina sahaja didedahkan untuk prosedur kelahiran anak  manakala aurat yang lain dipelihara.

Berikut adalah intipati perkongsian beliau di laman sosial mukabukunya:

==================================

“Eh. Seluar apa ni?”, sapa seorang bidan.

“Oh. Seluar ni khas untuk orang bersalin. Saya pernah tengok seorang patient pakai hari tu”

“Ye? First time saya tengok”

Saya terdengar perbualan antara jururawat perbidanan di bilik bersalin, Hospital Ampang. Tersenyum saya sendirian.

Isteri saya antara pengguna seluar bersalin MamaPride semasa melahirkan anak ketiga kami, Iyaad Afnan, 2 bulan lalu.

Saya telah mendapatkannya daripada Gombak Medical Centre, di Sri Gombak, salah satu daripada pengedar seluar berkenaan, hanya beberapa hari sebelum tarikh besar itu.

Ia seluar yang menutupi keseluruhan kaki dan pada bahagian sulit, ia boleh dibuka agar proses kelahiran boleh berlaku seperti biasa. Pada bahagian tepi peha, ada lubang kecil agar bidan/doktor dapat memberikan suntikan syntometrin, suntikan yang biasa diberikan selepas bersalin untuk memudahkan pengeluaran uri.

Memandangkan ia produk yang agak baru kepada orang awam, bukanlah sesuatu yang pelik mendengar dan membaca komen-komen negatif tentangnya. Perlu diketahui bahawa produk ini adalah hasil ciptaan doktor perubatan, maka ia telah memberikan perhatian kepada prosedur yang boleh berlaku semasa kelahiran.

Sehari dua ini, gempar di beberapa portal online termasuk di United Kingdom dan Jerman berkenaan produk ini. Memandangkan saya kenal benar dengan beberapa orang yang terlibat secara langsung dengan produk ini, pasti saya cukup gembira dengan perkembangan ini.

Selamat berjaya buat teman-teman yang sudah bersusah payah untuk memperkenalkan produk ini kepada ummah. Sungguh, ia jihad yang besar.

Boleh ke pautan ini untuk mendapatkan produk ini secara atas talian.

http://www.mamapride.com.my/shop/

Tahniah Mohd Azreen Mustapa, Dr Masyitah Locman, Dr Nurul Khairiyah Khairuddin, Syakir Mohamad dan semestinya Dr Afnan atas kerja buat kalian.

=================================

Bagi yang masih belum mengetahui produk Mamapride ini, berikut adalah penerangan yang diambil daripada laman web mereka:

Amalan menyambut kelahiran atau prosedur pemeriksaan vagina dan menyambut kelahiran di Pusat-pusat Kesihatan dan Hospital Kerajaan biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan keseluruhan peha dan betis (keseluruhan kaki) yang tidak diperiksa.
Sememangnya, selagi tiada kaedah atau cara terbaik bagi menjaga aurat pesakit bagi memeriksa kawasan “aurat” ini, maka, Islam menganggapnya sebagai suatu “Darurat” yang di benarkan. Namun, usaha bagi menghasilkan kaedah pemeriksaan yang lebih murni dan sesuai dengan suruhan Islam bagi menjaga aurat perlu dilakukan. Inilah Fardhu Kifayah kepada kita sebagai umat Islam, apatah lagi bagi mereka yang berada di bidang kesihatan.
Namun, sebarang penyelesaian yang dikemukakan, perlulah juga mempertimbangkan kemudahan para doktor, jururawat dan bidan untuk menjalankan prosedur.

Bertitik tolak daripada itu, kami memulakan proses diskusi dengan pihak perubatan dan agamawan untuk mencari satu solusi yang sesuai. Hasil daripada perbincangan itu, lahirlah satu idea untuk menghasilkan pakaian (seluar) khas, yang membolehkan si ibu melahirkan anak dengan selamat, dan selesa serta memelihara aurat (keseluruhan kaki). Pakaian tersebut juga tidak menghalang untuk sebarang prosedur biasa dijalankan.

Dan seluar itu dikenali dengan nama Mamapride.

Seluar bersalin Mamapride melindungi bahagian peha,lutut dan betis ibu daripada terdedah semasa proses melahirkan anak. Sekaligus memberikan rasa selesa kepada ibu untuk bersalin kerana aurat dan maruah mereka dilindungi.

Produk ini turut disokon oleh Pakar Ekonomi Islam iaitu Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Keberkesanan seluar ini kini dikaji oleh Ustazah Siti Khatijah binti Ismail dan suami, Ustaz Muzaihar bin Mustafa Kamal di peringkat PHD.

Berminat mendapatkan produk ini atau menjadi agen dropship mereka?

Boleh layari laman web mereka ini www.mamapride.com.my

Semoga usaha dakwah untuk memartabatkan maruah dan kebanggaan wanita dipermudahkan dan marilah kita sama-sama menyokong usaha murni ini.

#DAR

Apa Komen Anda?