GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

[PENJELASAN BAHAYA VICK VAPORUB KEPADA BAYI]

[PENJELASAN BAHAYA VICK VAPORUB KEPADA BAYI]

Baru-baru ini saya berkongsi sebuah informasi kesihatan daripada Tweet Geng Farmasi Otai tentang Bahaya Vick Vaporub. Ternyata informasi ini menjadi viral di laman sosial media sehingga ramai pihak bertanya akan status kesahihan info tersebut.
vicks
Saya sendiri telah merujuk kembali pakar-pakar perubatan dan kanak-kanak berserta melakukan carian di jurnal-jurnal perubatan antarabangsa tentang informasi tersebut.
.
Memang benar, ianya adalah informasi yang sahih malah pihak pengeluar produk sendiri telah meletakkan garis panduan dan penerangan tentang larangan tersebut di dalam packaging mereka.
.311213080_28c84154d9
Berikut adalah penjelasan lanjut oleh konsultan perubatan keluarga Dr Suhazeli tentang bahaya vick kepada bayi berumur 2 tahun ke bawah.
.
=====
*BAHAYA VICKS VAPORUB KEPADA BAYI*
=====
‪#‎MedTweetMY‬
.
Assalamualaikum
.
Kepada : Dr. Suhazeli Dan doktor-doktor yang lain.
Kategori : Kesihatan
Isu : Vicks Vaporub dan Vicks Baby balsam

*Soalan*:
Dr., Sekarang sedang viral di FB tentang penggunaan Vicks ke atas bayi. Katanya, Vicks Vaporub tidak sesuai untuk kanak2 bawah 2 tahun kerana penggunaannya boleh menyebabkan sawan. Dibolehkan guna vicks baby balsam kerana ia tidak mengandungi Camphor dan sesuai untuk bayi 3 bulan sehingga kanak-kanak 5 tahun. Adakah kenyataan tersebut benar? Mohon pencerahan.
.
=====
*Jawapan*
=====
Kebanyakan pakar kanak-kanak mengesyorkan tidak menggunakan minyak berangin yang mengandungi camphor sebagai bahan aktif. Pihak berautoriti seperti Persatuan Pediatrik Amerika (1978) dan Badan Pengurusan Makanan USA (1983) telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan minyak angin yang dicampur dengan Camphor melebihi 11%.
.
Arahan ini berdasarkan kepada beberapa kes yang dilaporkan memudaratkan bayi [1]. voparub .
Minyak tersebut adalah ramuan herba yang sejak turun temurun digunakan bagi melegakan pernafasan bayi. Terdapat kes yang dilaporkan bayi akan mengalami keracunan minyak yang mengandungi camphor. Keracunan ini adalah akibat terhidu dan tertelan sehingga mengakibatkan sawan [2] dan muntah serta hiperaktif [3].
.
Walaupun kebanyakkan atas pada skala kecil dan dikongsikan dalam bentuk kajian kes serta bukan RCT, semua pihak diminta berhati-hati dalam menggunakannya adalah lebih baik.
.91d98-labelvicks
Amaran ini juga dikeluarkan oleh pihak farmasi bahawa minyak tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berumur bawah dari 2 tahun. Manakala minyak berbentuk balsam boleh digunakan untuk bayi lebih dari 2 bulan [4].
.
Rujukan:
[1] Camphorated oil: Endangered canadian Children.http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1337979/?page=1
[2] Kes sawan. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19403490
[3] keracunan muntah dan hiperaktif.http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20693855
[4] Saranan dari pihak farmasi.https://twitter.com/UbatOhUbat/status/744547896377253888

.

[optin-cat id=”2106″]

.
Sumber: FB Page Dr Suhazeli Abdullah
Suntingan: #DAR

Apa Komen Anda?