GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Penyakit ini tidak dapat diubati oleh doktor perubatan, bomoh atau pengamal perubatan tradisional. Waduh, penyakit apa ini pak?

** Ini adalah artikel lama yang dikongsi semasa saya di tahun akhir pengajian perubatan di RCSI. Saya telah edit kembali untuk menjadi lebih bermanfaat kepada para pembaca.

Setelah separuh nyawa memerah otak untuk menghadam setiap cabang ilmu tentang penyakit-penyakit di dalam subjek Jantung (Cardiology) dan Hati (Hepatic) manusia maka saya mengambil sedikit masa untuk berehat mengembalikan fokus dan energi.

Tatkala itu saya terfikir, para doktor telah mencipta pelbagai kaedah rawatan dan ubat-ubatan untuk menyembuhkan hati dan jantung zahiriah manusia tetapi bagaimana pula penyakit ‘Hati Batiniah’ pula? Apa pula penawarnya ?

Para doktor atau bomoh atau pengamal perubatan tradisional tidak mempunyai rawatan terbaik untuk mengubat penyakit yang lebih merbahaya ini tetapi hanya para cendiakawan Islam dan alim ulama sahaja yang mempunyai antidotnya.

Eh, penyakit apa pula ni?

“Hati Batiniah” yang saya maksudkan adalah seperti sabda Rasulullah SAW:

[quote]An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)[/quote]

Dalam hal ini, saya juga keliru dengan penggunaan bahasa sebenar tentang maksud “Heart Purification” yang mana jika ditafsir secara bahasa adalah PEMBERSIHAN JANTUNG sedangkan HATI dalam bidang perubatan dipanggil LIVER. Janggal bukan.

Di dalam bahasa Arab pula, Hati di dalam Hadis baginda disebut Qalbu tetapi Hati dalam bahasa perubatan dipanggil Kabed. Bahasa Arab lebih teratur dan teliti tentang penggunaan kosa kata yang memudahkan pengguna bahasanya untuk memahami maksud perkataan.

Apapun, penjelasan paling tepat tentang kedudukan hati atau Qalbu menurut Alim Ulama’ di dalam badang manusia adalah di tengah atau di pusat badan manusia yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Kerana itu ada pihak yang membahasakan “Soul Purification” kerana hati itu tidak dapat kelihatan secara zahirnya.

Baiklah, cukup tentang penggunaan bahasa HATI/JANTUNG di dalam Islam yang memeningkan.

Mari kita belajar bagaimana perubatan zaman berzaman sejak kedatangan Islam untuk penyakit HATI/QALBU.

Secara amnya, perubatan moden akan menerangankan setiap penyakit melalui beberapa aspek seperti:

  1. Apa/Jenis-jenis penyakit tersebut,
  2. Faktor-faktor yang membawa kepada penyakit tersebut.
  3. Simptom/Tanda-tanda penyakit tersebut.
  4. Kaedah untuk menyiasat penyakit tersebut.
  5. Rawatan untuk penyakit tersebut.
  6. Jangka hayat pesakit tersebut.

Video-video di bawah telah dipertontonkan kepada para peserta semasa Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland @ PUISI 2010 dan menepati piawaian perubatan moden tentang PERUBATAN QALBU. Kudos kepada team PUISI 2010.

[typography font=”Candal” size=”22″ size_format=”px”]1. Mari kenali jenis hati. Hati bagaimanakah milik kamu ?[/typography]

 

[dropcap]Apakah jenis Qalbu anda? Anda wajib tahu tentang ia. Klik video di bawah ini [/dropcap]

[typography font=”Candal” size=”22″ size_format=”px”]2. Apakah hati kamu telah diracuni? Ketahui racun hati (SOUL POISONING eh?).[/typography]

[dropcap] Mungkinkah hati anda sedang diracun? Nah, tonton video di bawah ini untuk mengenal pasti bagaimana anda telah meracuni hati anda sendiri [/dropcap]

[typography font=”Candal” size=”20″ size_format=”px”]3. Apa pula penawarnya ? (SOUL REMEDIES)[/typography]

 

[quote]Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda:  “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)[/quote]

 

[dropcap]Hah, mesti anda sedang risaukan tentang penyakit hati anda. Mari tonton cara menyembuhkannya pula[/dropcap]

 

 

Alhamdulillah, anda kini di dalam proses SOUL REHABILITATION dalam bahasa jowo dikenali TAZKIYATUN NAFS 🙂

Mudah-mudahan kita semua beroleh barakah dan petunjuk kepada kebaikan oleh Allah SWT.

Jom pelihara KOLAM JIWA kita. 

Selamat Beramal.

Ibn Abd Rahim

Dublin 8

Apa Komen Anda?

2 Comments