GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Perutusan AidilAdha 1430 H daripada PPIMI

Pejabat Presiden PPIMI

9 Zulhijah 1430 H

bersamaan Khamis, 26 November 2009

PPIMI Pentas Mahasiswa Ireland

Perutusan Hari Raya AidilAdha oleh Presiden PPIMI

Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama-sama kita rafakkan ke hadrat Allah Subhanahu wataala, di atas nikmat Iman dan Islam yang masih kita kecapi pada hari ini. Puji dan syukur juga kita panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk meneruskan ketaatan kita sebagai hamba-Nya yang daif. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa,Nabi SAW telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah telah menggantikan untukkamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu Eid al-Adha dan Eid al-Fitr� (HR AbuDaud & an-Nasaei)

Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah hari kebesaran umat Islam dan kita diseru bertahmid dan bertakbir ketika meraikannya.��Keagungan Aidiladha yang sarat dengan sejarah dan iktibar harus dicernakan oleh setiap manusia yang mengaku muslim.

Pada bulan Zulhijah, sebahagian umat Islam akan berbondong-bondong menyempurnakan rukun Islam kelima di tanah suci. Pada ketika itu, sekiranya kita berada di sana maka kita pasti akan merasa insaf dan takjub dengan kehebatan suasana mahsyar yang dijanjikan Allah SWT.

Kita boleh bayangkan bagaimana manusia akan dikumpulkan dalam pelbagai ragam dan keadaan. Ada yang sedang menerima siksaan pada ketika itu dan ada juga yang merasai kenikmatan ibadahnya sewaktu di dunia ketika hari akhirat.

Warga PPIMI yang dikasihi Allah sekalian,

Mari kita teladani kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail AS��dalam mentaati dan berkorban demi memperoleh redha Allah. Mari kita lihat manifestasi kecintaan kedua-duanya kepada Rabb mereka.

Apabila Nabi Ibrahim menghadapi dilema, antara perintah Allah untuk menyembelih anak yang dicintai dan tanggungjawabnya sebagai hamba-Nya, sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Allah SWT melalui firmanNya:

Nabi Ibrahim berkata, wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: maka fikirkanlah apa pendapatmu?� [As-Soffat :102]

Lalu Nabi Ismail menjelaskan kekalutan yang dihadapi ayahandanya dengan menegaskan,

Jalankanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar� [As-Soffat:102]

Subhanallah, satu jawapan�first class honour daripada seorang anak yang soleh yang jelas menunjukkan tiada apa yang ingin dikejar dalam kehidupan di dunia ini selain redha Allah SWT.��Tanpa memikirkan riwayat hidupnya akan tamat, baginda menerima arahan daripada CEOnya dengan redha manakala si ayah pula dengan penuh taat melaksanakannya tanpa mempersoalkan perintah itu.

Warga PPIMI yang dikasihi Allah sekalian,

Barangkali kita banyak berdalih dalam melaksanakan perintah Allah. Acap kali kita mencari alasan untuk menangguh atau tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Mungkin juga, kita pernah mempersoalkan kenapa kita dilarang melakukan sesuatu dosa dan kenapa kita perlu melaksanakan perintah Allah.�Beristighfarlah sahabat-sahabat jika persoalan tadi pernah terlintas di hati atau pernah dimanifestasikan dalam tindakan kita.

Cuba kita renung kembali sirah tadi. Sejauh mana kita telah melaksanakan tujuan kita berada di bumi Allah ini. Sejauh mana usaha, gerak kerja dan pengorbanan kita untuk deen kita. Sebanyak mana titis peluh yang telah dicurahkan untuk menaikkan martabat agama dan Negara kita.

Kita tidak tahu selama mana jantung kita mampu mengepam darah ke seluruh badan kita, se-efektif mana paru-paru mampu menukar oksigen dengan karbon dioksida, setajam mana otak mampu mengawal tubuh badan kita, sekuat mana ginjal mampu menapis darah kita dan kita tidak tahu bilakah fungsi organ badan yang lain ini akan dihentikan oleh Allah SWT.

Justeru itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah. Kisah sirah tadi telah mengajar erti pengorbanan yang sebenar. Setiap daripada kita pernah berkorban untuk sesuatu. Sebagai mahasiswa, kita berkorban masa dan tenaga untuk setitik ilmu yang berguna. Sebagai seorang sahabat, kita berkorban harta dan jiwa demi harga sebuah ukhuwah yang mantap. Sebagai seorang hamba-Nya, kita berkorban segala-galanya semata-mata untuk mengejar Mardhatillah iaitu keredhaan Allah SWT.

Ayuh!�Berikanlah sumbangan, cadangan dan teguran��yang membina untuk kemaslahatan bersama. Firman Allah SWT:

�Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan�[Al-Maidah:2]

Warga PPIMI yang dikasihi Allah sekalian,

Akhir kalam daripada saya,�saya menyeru sahabat-sahabat untuk kembali mengamal dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian. Letakkanlah pertimbangan halal dan haram sebagai suatu perkara yang penting untuk kita ambil kira dalam setiap perbuatan kita. Ingatkan diri kita betapa matlamat redha dan kehidupan akhirat yang kekal abadi adalah hadaf dan tujuan yang sama-sama kita tuju.

Saya mewakili saf kepimpinan PPIMI mengucapkan�Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua.�Kami juga ingin�mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, para mahasiswa dan rakyat Malaysia di UK dan Ireland yang memberikan sepenuh kerjasama dan sumbangan di dalam apa jua bentuk serta bertungkus-lumus memastikan gerak kerja PPIMI sesi ini berjalan dengan lancar dan baik. Semoga Allah membalas usaha dan jasa kalian dengan sebesar-besar ganjaran.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu �am waantum bikhair.

Yang benar,

Afiq Izzudin A. Rahim

President of PPIMI 09-10

Medical Student of RCSI

http://www.ppimi.org

Apa Komen Anda?