Pesakit Tersentap Mendengar Ayat Doktor ini.

Pada suatu pagi yang sibuk di sebuah klinik kerajaan yang terletak di dalam sebuah kotaraya.

dsc00210 - Pesakit Tersentap Mendengar Ayat Doktor ini.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Sudah 15 minit berlalu tetapi nombor tidak bergerak.

Seorang makcik tidak keruan lagi. Bara api memuncak ingin mengeluarkan lahar tengkingan daripada kerongkongnya.

Lalu, dia bangun dan meluru masuk ke bilik pegawai perubatan nan seorang di klinik itu.

Makcik: Doktor berapa lama lagi makcik nak tunggu. Orang lain baru datang you panggil masuk. I yang terpacak pukul 8.30 pagi lagi, you tak panggil-panggil. Apa dia bayar lebih kat you k?

Doktor muda itu berhadapan provokasi luar biasa daripada pesakit tua ini. Namun dengan tenang dia menjawabnya.

Doktor: Puan, kami minta maaf. Mesin nombor kami rosak jadi kami terpaksa panggil secara manual. Saya sememangnya mengikut urutan nombor.

Makcik: Then, why you panggil pompuan muda tu masuk dulu. I warga emas sepatutnya you bagi I dulu.

Doktor: Puan, pesakit tadi datang lebih awal daripada puan. Cuba lihat nombor dia dan pukul berapa dia datang di sini. Dia baru datang ke sini sebab tadi dia berjumpa misi kami untuk pemeriksaan ibu mengandung. Sebab itu puan nampak dia baru datang

Lalu dirampas kertas kecil bernombor itu untuk diteliti makcik yang sedang amarah.

Makcik: Ok fine, dia datang awal dulu daripada I. Next I nak tanya you lagi. Kenapa tadi 15 minit you tak panggil patient masuk. You main Facebook ye? I report masuk paper nanti baru you tahu.

Doktor: Oh saya minta maaf atas kelewatan 15 minit tadi. Saya ke tandas sebentar. Kemudian saya pinjam masa sedikit untuk solat sunat dhuha. Saya berdoa agar pesakit yang saya rawat dihapuskan dosa-dosanya dengan ujian Allah ke atasnya serta diberi kesembuhan segera dan dibuka pintu rezeki kepada mereka. Juga saya doakan agar mereka dikurniakan kesabaran sewaktu menunggu turn masing-masing.

Makcik itu terdiam seketika, matanya terkebil-kebil mendengar jawapan doktor muda lulusan negara penjajah Malaysia. Tiada kata-kata yang mampu terucap ketika itu. Gerak gerinya kaku seketika. Hatinya ibarat tertusuk sembilu keinsafan mendengar kata-kata penuh hemah tersebut.

Makcik itu tersentap!

Lalu disambung lagi oleh doktor itu.

Doktor: Saya minta maaf puan. Tinggal satu nombor lagi. Nanti saya panggil nombor puan pula ye.

Makcik: Eh..eh takpa doktor, takpa. Saya sanggup tunggu untuk jumpa doktor. Lama pun takpa doktor. Makcik tunggu di luar dulu ye nak. Nak jumpa doktor yang seorang ini juga.

Tersenyum lebar doktor itu melihat tingkah laku penuh kesopanan makcik itu persis anak dara yang tersipu-sipu malu ditegur teruna.

Kesimpulannya, para doktor sekalian, titipkan doa buat para pesakit anda setiap hari. Insyallah, hidup anda tidak akan huru hara di klinik sepanjang masa malah anda akan disenangi dan disayangi komuniti anda.

Selamat Beramal 😉

 

DAR

=====

Sedang mencari BUKU baru yang BEST pada HARGA MURAH?

Beli di Bookcafe! Mudah, murah, cepat. Lebih 2000 pilihan buku tersedia.

Klik di sini –>http://bit.ly/2DARBOOKSTORE

 

 

Apa Komen Anda?

12 thoughts on “Pesakit Tersentap Mendengar Ayat Doktor ini.

  • 15th March 2015 at 9:44 PM
    Permalink

    Benar, dalam apa jua tindakan kita, tidak terlepas dari hukum-fardhu, wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
    Islam menggariskan sedemikian untuk kesejahteraan, kerana pada nilai hikum itu, ada ‘keutamaan’ yang melebihi yang lain, atau sebaliknya. Perkara sunat tidak melebihi yang wajib, dan yang makruh pula tidak wajar dihukum salah seperti perkara haram. Islam itu indah, dan menjaga kesejahteraan manusia. Syabas kerani berani, penjejak baayang.

  • 14th March 2015 at 9:26 AM
    Permalink

    Pada pendapat “penjejak bayang”, berapa lama doktor perlu bekerja sebelum dibenarkan mengambil waktu rehat?

    jadual klinik bergantung kepada sesi pagi atau petang. satu sesi adalah selama 4-5 jam. Doktor yang bekerja di klinik tidak diberi jadual untuk rehat. bagi doktor yg bekerja di ward, tidak ada jadual yg menetapkan waktu makan, minum, solat, pergi tandas atau berehat sebentar dalam masa 8 jam bekerja.

    adakah masa 15 minit yg diambil oleh dr afiq setelah kemungkinan bekerja selama 3 jam tanpa henti dikira mencuri masa? adakah doktor seperti robot dimana perlu bekerja tanpa henti selama 4-5 jam kerana tiada waktu jadual yang ditetap?

    satu perkongsian dari individu yang pernah bekerja selama 8 jam tanpa makan, minum atau pergi ke tandas kerana menunaikan tanggungjawab sebagai doktor

  • 12th March 2015 at 6:56 PM
    Permalink

    Jika kita mencari kesempatan utk beribadat kepada Allah, Allah akan berikan kepada kita kesempatan dalam menjalankan pekerjaan kita. Wallahualam

  • 12th March 2015 at 6:34 AM
    Permalink

    Rasanya x salah kita luangkan masa sedikit utk Allah. Kita ingat pada Allah, Allah ingat pada kita. Masa dan kesempatan tu kan milikNya juga. Tak salah kita beribadah sebentar di waktu kerja. Mendoakan kesembuhan pesakit pon kerja Doktor juga 😉

  • 11th March 2015 at 11:27 PM
    Permalink

    Satu perkongsian yang menarik, Dr Afiq Rahim. Mudah-mudahan semua doktor Muslim mempunyai visi yang sama iaitu bukan hanya merawat pesakit dari segi jasmani tetapi juga menjadi doktor kepada rohani pesakit yang sedang dirawat. Pada pendapat saya, seorang doktor yang bagus bukan sekadar memberikan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh seseorang pesakit bahkan dia juga memberikan nasihat mengenai jalan untuk menjauhi masalah tersebut agar pesakit tidak menghadapi masalah yang sama berulang-ulang kali.

    Selain itu, saya juga amat berharap agar setiap doktor Muslim sentiasa mengingatkan pesakitnya bahawa yang sebenar-benarnya dapat menyembuhkan penyakit ialah Allah. Jadi, apa fungsi doktor atau ubat? Doktor atau ubat itu adalah merupakan jalan atau sebab-musabab bagi Allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh seseorang pesakit. Jadi, mungkin nanti terdapat pesakit yang mempersoalkan bahawa jika begitu lebih baik berdoa sahaja kepada Allah tanpa perlu berjumpa doktor atau sebagai kerana Allah itu yang berkuasa menyembuhkan penyakit. Jadi, macam mana kita mahu menerangkan kepada mereka?

    Jawapanya boleh diringkaskan bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu mesti dimulakan doa dan disertai dengan usaha atau ikhtiar agar apa yang kita mahu capai itu kesampaian. Allah boleh sahaja menyembuhkan seseorang itu tetapi Allah mahu hambanya berusaha terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana selepas manusia itu berusaha, kemudian perlu pula bertawakkal. Jadi seseorang itu akan melalui tiga proses iaitu berdoa, berusaha dan akhirnya bertawakkal.

    Apakah yang kita inginkan dengan tawakkal itu? Tawakkal yang sebenarnya akan menjadikan seseorang itu bebas dari pergantungan terhadap usaha yang dilakukannya kepada tempat pergantungan yang sebenarnya iaitu Allah. Jadi, kita tidak mahu seseorang pesakit itu setelah berdoa dan berusaha, maka dia bergantung dengan usahanya semata-mata agar dia disembuhkan. Hal ini adalah kerana ia akan menjadikan pesakit itu memarahi tuhannya jika setelah dia berusaha tetapi dia tidak disembuhkan.

    Semua perlu tahu bahawa mereka memang disuruh berusaha. Namun, dia perlu yakin bahawa diatas segala usaha tersebut terdapat kuasa yang lebih besar iaitu Allah. Semoga bermanfaat. 🙂

  • 11th March 2015 at 11:26 PM
    Permalink

    Solat dhuha tu solat sunat yang sangat besar fadhilatnya dan sangat digalakkan kita menunaikannya…Akan tetapi kalau nak tunaikan ambillah masa rehat..Janganla curi masa bertugas kerana solat itu sunat tapi tiada keberkahan gaji yang dibayar kepada kita tetapi kita meninggalkan tugas…Boleh rujuk dengan ulama untuk pencerahan …Sekadar peringatan…Pilih yang terutama dari yang utama…Sekadar perkongsian saja…

  • 11th March 2015 at 10:46 PM
    Permalink

    Kisah benar ke rekaan ni?

  • 11th March 2015 at 5:07 PM
    Permalink

    Penantian satu penyeksaan. Semoga semua orang diberi kesabaran. Tapi kalau ada wifi yang laju dan majalah untuk dibaca, rasa sekejap pulak tiba-tiba doktor dah panggil =)

  • 11th March 2015 at 5:06 PM
    Permalink

    Kalau semua doktor macam DAR memang pesakit takkan rasa dia sakit pun 🙂

  • 11th March 2015 at 3:28 PM
    Permalink

    MasyaAllah… Perghhhh Sentap.. Smg jd pengajaran utk semua.. Semoga Allah mudahkan semua doc n bakal doc.. And jdkn pesakit2 yg Lebih tenang.. Wallahu’alam ..jzkk ..

  • 11th March 2015 at 2:32 PM
    Permalink

    Tq for sharing. Keep writing, please!

  • 11th March 2015 at 1:59 PM
    Permalink

    amalan dhuha sangat dituntut bagi yang berkesempatan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.