GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Pesanan Dr Fadzilah Kamsah kepada Presiden ILuvIslam

Berikut adalah sedikit nasihat dan pesanan daripada pakar motivasi tersohor, Datuk Dr Fadzilah Kamsah kepada sahabat saya yang juga Presiden ILuvIslam.Com, akhi Imran Koyube.

………………………………………….

Assalamualaikum Sdr Imran.

Selamat menyambut hari lahir ke 23. Tahniah kerana ingin berhijrah, mengubah diri dan menjadi insan yang lebih cemerlang dan insan yg soleh berbakti kepada ummah. Lakukan yang terbaik, jadi yang terbaik utk dapat memberikan yg terbaik.

Sekadar nasihat dari saya: Jika kita berubah secara bersepadu luar dan dalam, Allah akan ubah nasib, sikap, emosi, aura dan prestasi kita. Orang dan makhluk di sekitar juga akan melihat anda dengan cara yg berbeza.

So lakukan amalan berikut secara istiqamah untuk merangsang perubahan diri yang bersepadu, buka segala pintu rezeki dan selesaikan masalah anda satu persatu.

Ingat, tak ada jalan pintas untuk selesaikan semua masalah yang sebenarnya bermula sejak bertahun-tahun yang lalu.

Ingat, orang hebat ada rutin harian yang cemerlang, istiqamah dan dilakukan dengan terbaik dan ikhlas.

  1. Segerakan solat 5 waktu dan tingkatkan kualiti solat.
  2. Lepas solat isya’ setiap malam lakukanlah solat TAUBAt, HAJAT & ISTIKHARAH agar lebih bersemangat dan mudah buat keputusan dan tindakan yang diberkati Allah.
  3. Istighfar 70x setiap lepas solat agar Allah cuci hati kamu dan makbulkan doa kamu agar Dia selesaikan masalah dan buka pintu-pintu rezki.
  4. Maafkan semua org sebelum tidur agar hati bersih, wajah cun, stres berkurangan, doa makbul dan hidayah Allah turun mencurah-curah.
  5. Pagar diri sebelum tidur dgn fatehah dan surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh tubuh kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  6. Baca doa PEMBUKA 12 PINTU (untuk buka semua pintu-pintu kehebatan dan bantuan Allah), DOA MEMBUANG SIFAT NEGATIF (untuk buang sifat negatif, hindar hutang dan hindar kekejaman lelaki & wanita)
  7. BISMILLAH 5x  setiap lepas solat agar Allah melindungi kita setiap masa.

Baca juga DOA MERANGSANG DIRI & KELUARGA AGAR JAGA SOLAT.

Pengalaman yang lepas menunjukkan, bila orang membaca DOA PEMBUKA 12 PINTU dan doa-doa iringan itu, dalam masa 2 minggu hingga 6 bulan mereka dapat selesaikan semua masalah, one by one.

So, amalkan doa dengan istiqamah dan lihat bagaimana Allah mengubah keadaan diri kamu,
mengawal sifat-sifat yang negatif dan selesaikan masalah one by one dan buka berbagai pintu rezki. Amalan tambahan termasuk solat dhuha,  doakan ibubapa, beri binatang makan, tahajjud, dan lain-lain.

Bila sedih, teringat peristiwa lama atau tertekan baca 3 doa yang Nabi saw ajar:

  1. Baca lah — Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.
  2. Ya Allah aku redha dgn segala ujian Kau ini dan beri aku pahala atas redha ini.
  3. Ya Allah selesaikan semua masalah aku dan jadikan aku insan yg soleh, penyabar dan tenang, di sayangi semua org, mudah buat keputusan, lebih  bersemangat setiap masa, berjaya dlm segala usaha, selesai  hutang dan berjaya di dunia dan di  akhirat. Hati akan tenang dan doa  akan makbul.
  4. Ingat bahawa restu ibu bapa amat kritikal untuk dapat redha Allah.

Perlu sentiasa ingat, kita boleh mohon semua yg kita mahu, TAPI ALLAH AKAN BERI APA YANG KITA PERLU DAN APA YANG BAIK UNTUK KITA.

So banyakkan sabar dan terus beramal untuk rapatkan diri dengan Allah swt.

Banyakkan senyum dan sentiasa bersangka  baik, insyaAllah kamu akan menjadi insan yg positif, murah rezki,  sabar, bersemangat, yakin diri dan cemerlang dalam  setiap
aspek kehidupan dan disayangi keluarga, kawan-kawan dan orang ramai dan menjadi pemimpin yg berwibawa.

……………………………………..

Mudah-mudahan kita semua sedikit sebanyak dapat mempraktikkan apa yang telah dikongsi dan sampaikan. Tahniah Im ! Banyak jasa ILuvIslam dalam mengembangkan Islam dikalangan anak muda kita. Semoga ILuvIslam terus menjadi Fenomena sihat dikalangan generasi muda negara kita.

Founders of IluvIslam.Com

Ibn Abd Rahim

Dublin 8

Apa Komen Anda?

10 Comments