Polio Telah Kembali ke Malaysia !

Setelah 17 tahun, negara Malaysia bebas daripada polio, kini penyakit berjangkit dan merbahaya tersebut telah kembali ke Malaysia.

polio kembali
Penyakit Polio Kembali menghantui kita

Satu Kes Polio di Sabah

Satu kenyataan media pada 8 Disember lalu, KKM mendedahkan bahawa satu kes polio dikesan di Tuaran, Sabah melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berusia tiga bulan.

Bayi tersebut pada mulanya mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Dia kemudiannya telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. 

Pesakit kemudian dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.

Hasil siasatan pihak KKM mendapati kawasan tempat tinggal pesakit adalah rendah kadar immunisasinya

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio,

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
kes polio di Malaysia
Polio kembali selepas 17 tahun

Kali terakhir kes polio dicatatkan di negara ini adalah pada tahun 1992 dan pada tahun Oktober 2000.

Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio selepas tahun 2000.

Kejayaan pembasmian penyakit polio ini adalah berpunca daripada program immuniasi kebangsaan yang memberikan vaksin percuma kepada kanak-kanak warganegara di Malaysia.

Infografik tentang polio dari pihak KKM
Infografik tentang polio dari pihak KKM

Apa itu vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) ?

Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV).

Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis.

Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif.

Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis.

Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection).

polio kembali
Keadaan Kanak-kanak yang menghidap Polio

Menurut WHO pula, vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) ini adalah berpunca daripada liputan immunisasi yang rendah sehingga menyebabkan berlakunya mutasi pada vaksin tersebut.

Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio.

Langkah Pencegahan Penyebaran Polio

Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis (AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan.

Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan.

Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.

Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko.

polio vaksin
Dapatkan perlindungan vaksin polio untuk mengelakkan penularan penyakit tersebut

Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%. Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan.

Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”.

Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.

KKM menasihati orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap.

Kanak-kanak yang tercicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi.

Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

Langkah Pencegahan Polio
Langkah Pencegahan Polio. Sumber: Johor Kini

#cegahpolio
#poliotelahkembalikeMalaysia

Sumber: Kenyataan Akhbar KP Kesihatan