GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Preview buku Satu Sudu Teh Selepas Makan – DR HALIZA ZURAH

[Preview buku Satu Sudu Teh Selepas Makan, SSTSM]
———————————————————————-

SENDU YANG TERBIAS
OLEH DR HALIZA ZURAH

1. Mana suami saya?

Seorang doktor wanita sedang menjalankan tugas ‘locum’ di sebuah hospital. Dia didatangi oleh seorang wanita Cina yang mengendong anaknya.

Doktor itu menyapa dengan mesra. “Boleh saya bantu?”

Wanita itu kelihatan murung. Barangkali anaknya yang dalam lingkungan 6-8 bulan itu sakit. Telahan doktor itu tepat. Bayinya demam panas dan mempunyai simptom selsema dan batuk. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, doktor itu menyiapkan preskripsi ubat utk bayi itu.

“Doktor, mana suami saya?” Doktor itu terkejut dengan soalan yang di luar bidang tugasnya dan pastinya tiada kaitan dengan dirinya. Wanita itu tunduk menangis sambil menyusukan anak kecilnya. Suasana di bilik rawatan itu menjadi hambar untuk seketika. Doktor itu mula menyelidik. Suami wanita itu telah menghilangkan diri selama dua bulan. Desas desus mengatakan yang dia kini bersama wanita lain.

“Tolonglah doktor, cari suami saya.” Kata wanita itu dengan terdesak sebelum berlalu pergi. Doktor itu melihat wanita itu pergi dengan penuh rasa simpati. Seorang wanita yang ditinggalkan sendirian bersama anak kecil tanpa hala tuju hinggakan doktor yang kerjanya mengubat pesakit diminta untuk mencari suaminya.

Kerjaya doktor bukan saja merawat tapi juga mendengar rintihan dan melayani ragam pesakit.

========================================
Satu Sudu Teh Selepas Makan, SSTSM adalah himpunan kisah-kisah legen para tabib dan bakal tabib yang dikisahkan secara santai ala-ala sembang kencang di kedai mamak.

Hanya RM 20 sahaja tanpa GST!

Berminat?

Sila pm nama penuh, alamat, email dan no telefon anda kepada saya untuk tempahan awal.

p/s: TIADA ULANG CETAK! DAPATKANNYA SEBELUM MENYESAL!

‪#DAR
‪#SSTSM

Apa Komen Anda?