GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Punca Kematian Pelajar Tahfiz Di Johor Akhirnya Terbongkar dan Tidak Disangka!

Akhirnya,

Kebenaran telah membuktikan. Pelajar Tahfiz yang telah meninggal dunia akibat disebat oleh wardennya dengan menggunakan paip getah telah diketahui punca kematiannya.

Sebelum ini, kisah Allahyarham Adik Muhammad Thaqif telah menjadi gempar kerana terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya. Pembedahan menyelamatkan nyawa itu terpaksa dilakukan susulan tindakan warden asrama pusat tahfiznya yang telah menyebat kedua-dua tapak kakinya.

Kondisi Adik Thaqif semakin merosot sejak peristiwa disebat itu sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir di  Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes Kematian allahyarham yang dianggotai pakar-pakar forensik dalam negara.

Keputusan bedah siasat telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan sebentar tadi di dalam satu sidang akhbar.  Memetik laporan yang dikeluarkan oleh pihak KKM di blog beliau:

Hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan didapati pelajar tahfiz tersebut meninggal dunia disebabkan oleh penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (Purpura Fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Punca Kematian Pelajar Tahfiz adalah Kencing Tikus

Keputusan ini sekali gus menghentikan segala spekulasi, persepsi dan fitnah yang timbu berhubung kisah kematian allahyarham Muhammad Thaqif.

Apa yang kita perlu teladani dan ambil pengajaran daripada kisah ini adalah apabila menerima satu berita buruk maka bersangka baik dahulu, bersabar dan berdiam diri.

Jangan kita lebih sudu daripada kuah. Bertabayunlah !

Jangan percaya berita yang ditularkan oleh individu atau blog picisan yang hanya mahu mengejar populariti, trafik dan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan halal haram mahupun perasaan sesiapa sahaja.

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al Hujurat: 6).

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Sila kongsikannya.

Dr Afiq Rahim

Bertabayunlah…bukan tibai-yun dahulu kemudian menyesal terfitnah manusia lain.

Bahaya Kencing Tikus

Sumber: KPK KKM

 

Apa Komen Anda?