GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

RAHSIA MEMBUAT UBAT BATUK MADU ASLI KINI TERBONGKAR!

Baru-baru ini saya ada berkongsi tentang kebaikan madu ini dalam bidang perubatan. Ada pihak bertanya, mengapa mempromosikan perubatan herba ini.

Boleh klik link di sini untuk artikel tersebut.

Pada hemat saya, ilmu perubatan yang saya pelajari di sekolah perubatan Ireland mengamalkan konsep ‘multidisciplinary approach’ untuk setiap penyakit.

Jika pesakit saya tidak mahu mengambil ubat batuk farmaseutikal maka saya sendiri akan memberi rekomendasi cara lain yang selamat kepada pesakit saya.

Yang penting, mereka mendapat rawatan yang BETUL dan SELAMAT daripada pengamal perubatan bertauliah. Saya bimbang pesakit ini mencari rawatan altenatif daripada mereka yang tidak ada ilmu perubatan langsung. Ini yang BAHAYA.

=====

Baiklah, mari saya berkongsi cara membuat ubat sirap batuk berasaskan MADU melalui panduan yang BETUL.

The Organic Consumers Association telah menerbitkan cara mudah untuk membuat sirap batuk lemon madu yang berguna.

Ubat Batuk Sirup Honey Lemon 

Lemon membantu menggalakkan kesihatan dengan mengalkalikan badan anda, dan madu akan membunuh kebanyakan bakteria serta mengurangkan keperitan tekak anda.

Ini adalah pilihan yang sesuai jika anda mengalami masalah batuk yang teruk pada waktu tengah malam / berada di kawasan luar bandar yang tiada kemudahan GP/ Farmasi.

Bahan-bahannya adalah:

  1. Madu Asli/Mentah (Pastikan ianya benar-benar asli dan bukan MADU CAMPURAN)
  2. Sebiji / Dua Biji Lemon yang telah dibasuh bersih.

Cara-cara membuatnya:

  1. Letakkan segelas madu mentah dalam kuali di atas dapur dengan api SANGAT kecil (Jangan mendidih madu kerana ini akan mengubah dan menghapuskan ciri-ciri perubatan yang ada pada madu).
  2. Ambil sebiji lemon dan rebus di dalam kuali berasingan berisi air selama 2-3 minit untuk melembutkan lemon dan membunuh bakteria yang mungkin terdapat pada kulit lemon.
  3. Kemudian biarkan lemon menjadi sejuk. Setelah sejuk, potong lemon dalam bentuk kepingan dan campurkannya bersama madu yang dipanaskan tadi.
  4. Biarkan campuran lemon dan madu masak dengan api kecil selama kira-kira satu jam.
  5. Kemudian asingkan lemon dari campuran madu dan pastikan semua biji lemon telah dikeluarkan.
  6. Biarkan campuran itu sejuk dan masukkan campuran tersebut ke dalam balang yang bersih. Simpannya di dalam peti sejuk.
  7. Sirap ini dapat disimpan selama 2 bulan di dalam peti sejuk.

Cara-cara penggunaannya:

  • Untuk melegakan batuk, ambil 1/2 sudu teh untuk kanak-kanak dengan berat badan 11kg/25lb ke bawah. dan 1 sudu teh untuk kanak-kanak dengan berat 23kg/50 lb. kira-kira 3-4 kali sehari.
  • Orang dewasa boleh mengambil dos 1-sudu besar kira-kira 3-4 kali sehari.

Perhatian!

  • Jangan berikan sirap ini kepada bayi 6 bulan ke bawah atau bayi yang belum pandai menelan bagi mengelakkan peristiwa yang tidak diingini.
  • Ini adalah ikhtiar sahaja. Jika keadaan batuk / sakit tekak masih berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber Rujukan:

  1. National Honey Board, Learn About Honey
  2. National Honey Board, How Honey is Made
  3. Eur J Med Res. 2001 Jul 30;6(7):306-8.
  4. Organic Consumers Association December 12, 2007

======

Sila kongsikan artikel ini kepada ramai pihak. Saya yakin, ramai pihak akan menerima manfaat ini melalui perkongsian anda.

#DAR

[optin-cat id=”2106″]

Apa Komen Anda?