GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

Scam Kesihatan: Resepi Rahsia Makjun TerBONGKAR!!!

MAKJUN RESEPI RAHSIA

Dr Suhazeli pernah berbincang dengan Ketua Penolong Pengarah Farmasi bahagian Penguatkuasaan berkait dengan ramuan ubat tradisional.

Adakah produk makjun perlu didaftarkan atau tidak?

Jawapan beliau, apa sahaja ramuan yang mencampurkan bahan-bahan aktif bagi tujuan rawatan, ubatan, atau seumpamanya WAJIB didaftarkan. Hatta campuran telur dengan madu sekalipun.

Jika untuk makan atau kegunaan sendiri, tiada masalah. Tetapi jika untuk dijual, dikomersialkan, diedarkan walaupun diberi percuma dalam perawatan, produk tersebut tetap perlu disahihkan dahulu keselamatannya.


En Mohd Dziehan Mustapa, seorang ahli farmasi KKM juga pernah menulis isu yang sama. Berikut dititipkan tulisan beliau.


“Ada orang cakap tak perlu masuk kilang kalau nak buat produk…

“Majun ini masak cara tradisional, tidak perlu masuk kilang. Cara masak seperti kacau dodol.”

Betul ker kenyataan ini?

Jawapannya:
Salah kenyataan ini. Semua produk ubat termasuk ubat tradisional, ubat-ubatan am, supplemen dan kosmetik perlu dikilangkan dipremis yang mempunyai status GMP/APB.

Apa maksud GMP/APB?

GMP: Good Manufacturing Practice
APB : Amalan Pengilang Baik (BM)

Mengapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menguatkuasakan peraturan perlu di kilangkan di kilang yang ada status GMP ini?

1. Keperluan seperti dalam Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (Control of Drug & Cosmetic Regulation 1984)

2. Memastikan produk yang dikeluarkan itu berkualiti dan bersih.

Bukan itu sahaja, pihak JAKIM kalau nak bagi pensijilan “Halal Jakim” bagi produk ubat tradisional, suplimen dan kosmetik….salah satu keperluan yang disemak adalah perlu berdaftar dengan KKM. Dalam erti kata lain perlu dikilangkan di kilang berstatus GMP.

Sesuatu yang HALAL itu perlu juga dijamin “BERSIH & SUCI”

Berikut adalah contoh gambar-gambar keadaan kilang membuat produk ubat yang tidak berstatus GMP untuk netizen nilaikan sendiri.

Proses Membuat Makjun

Mesin Membuat Makjun

Kilang Membuat Makjun
Gambar Kredit Kepada Dr Suhazeli

Amat menjijikkan bukan?

Masak di rumah sahaja untuk buat majun rupanya.

Hmmmm…entahlah. Tiada kata mahu diungkapkan lagi. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan pengusaha produk di Malaysia.

Wahai masyarakat Malaysia, KKM buat semua peraturan ini bertujuan menjaga keselamatan & kesihatan rakyat dalam Negara ini. K

KM bukan sebuah Kementerian yang ditubuhkan untuk mencari sumber kewangan bagi kerajaan seperti LHDN, JPJ atau KASTAM.

Kami menyeru agar para netizen semua bersama-sama dengan pihak KKM untuk menolak produk-produk scam kesihatan yang diusahakan oleh pengusaha yang tak ikut peraturan dan tidak beretika ini.

Laporkan sebarang aduan berkaitan ubat-ubatan termasuk ubat tradisional, suplimen dan kosmetik yang melanggar peraturan, mencurigakan dan diiklankan dengan tuntutan yang melampau di saluran berikut: –> http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan pula, boleh hubungi Pusat Panggil Farmasi Kebangsaan di talian 1 800 88 6722 (Isnin-Jumaat 8am-5pm).
Lebih menyedihkan juga jika pengedar majun rahsia itu terdiri dari orang yang berpelajaran tinggi.

Adakah mereka tidak menilai tahap kebersihan, tahap keberkesaan dan keselamatan sesuatu produk?

Saya dapat maklumat doktor pun terlibat dalam pengedaran majun jenis rahsia resepinya ini.

“We cannot brain this!”

Kemana perginya ilmu asas pembuktian (Evidence Based Medicine) dalam kaedah berubat?

Adakah dek kerana masuk fulus mereka meninggalkan etika dan sumpah janji semasa belajar dahulu?

Be Smart,

Be Safe,

Be Careful.

#scamkesihatan

DAR
Sumber daripada Dr Suhazeli di Fb.com/drsuhazeli

Apa Komen Anda?