Review Program Analisis TV Al-Hijrah Topik: Manipulasi Supplemen

Review PROGRAM ANALISIS BERSAMA FINAZ di TV Al-Hijrah dengan Topik: Manipulasi Supplemen

Ini adalah kupasan program Analisis pada 2 Mac 2019 oleh pihak admin PW Community. Jom kita baca.

manipulasi - Review Program Analisis TV Al-Hijrah Topik: Manipulasi Supplemen

1. Produk supplement bukan ubat!

Produk supplement bukan ubat, hanya bahan tambahan makanan. Maka ada cara lain untuk dapatkan zat yang mengcukupi iaitu pemakanan yang seimbang.

2. Individu yang sihat, tidak perlu apa-apa supplement.

Bagi individu yang sihat, tidak perlu apa-apa supplement. Ini kerana mengambil supplement hanya menghasilkan expensive urine.

Supplement hanya perlu diambil jika ada indikasi.

3. Berhati-hati dengan pengambilan vitamin larut lemak atau fat soluble vitamins (A, D, E, K)

Berhati-hati dengan dengan fat soluble vitamins (A, D, E, K) kerana pengambilan berlebihan menyebabkan pengumpulan di hati dan adipose tissue.

Pengambilan berlebihan dalam jangka panjang boleh menyebabkan liver toxicity.

4. Ramai scammer kesihatan menjual produk kesihatan dengan tujuan yang salah.

Penjual supplement khususnya scammer kesihatan dari kumpulan MLM bukannya nak bantu kita sihat, tetapi hanya untuk jadikan pesakit sebagai lubuk duit mereka.

Jual supplemen harga yahudi. Pesakit bertambah sakit, scammer bertambah kenyang.

5. Ustaz Abdullah Bukhari Menegur Penunggang Agama

Ustaz Abdullah tidak menafikan keberkesanan air yang telah diruqyah, tetapi menjual air yang dibaca ayat-ayat Al Quran secara commercial adakah tindakan yang menunggang agama.

Ini memberi persepsi yang buruk terhadap agama Islam.

6. Makanan yang sihat dan berlandaskan kajian saintifik itulah MAKANAN SUNNAH

Pemakanan Sunnah tidak bertumpu kepada habbatussauda, madu dan kurma sahaja.

Apa saja makanan yang sihat dan menepati kaedah kajian saintifik yang tidak bercanggah dalam islam, itu lah makanan Sunnah.

7. Suntikan Vitamin C hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan bertauliah sahaja.

Suntikan vitamin C adalah menyalahi Akta Perubatan kerana prosedur tersebut melibatkan suntikan dan mestilah dilakukan oleh ahli perubatan bertauliah sahaja.

8. Produk Turunkan Berat Badan Banyak Barang Terlarang

Weight loss product kebanyakannya mengandungi synephrine yang boleh memberi komplikasi kepada cadiovascular system.

Synephrine telah diharamkan di beberapa negara.

9. Dapatkan sumber vitamin daripada pemakanan yang sihat

Sebaiknya dapatkan sumber vitamin C dari buah-buah segar seperti orange, jambu batu dan apple kerana kita juga akan perolehi dietary fibres untuk mengatasai masalah constipation.

Vitamin C ialah water soluble, jika diambil berlebihan ianya akan dikumuhkan di kidney.

Untuk mencapai optimal concentration of vitamin C in blood plasma hanya perlu mengambil 100 mg per day melalui diet (atau supplement).

10. Doktor dilarang menjual supplemen !

Doktor-doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan MMC dilarang sama sekali mempromosi atau menjual supplement.

Guna gelaran doktor untuk promote supplement boleh lonjakkan jualan, tetaipi ianya adalah tindakan yang tidak beretika dan melanggar akta.

Doktor yang menjual supplement boleh dilaporkan kepada MMC.

Kesimpulan program Analisis di TV Al-Hijrah dengan Topik: Manipulasi Supplemen

Terima kasih Puan Finaz atas usaha menyediakan program Analisis untuk memberi pencerahan kepada awam.

Terima kasih juga kepada Dr. Rafidah, Tn Dziehan dan Ustaz Abdullah atas perkongsian pandangan dan pengetahuan.

Semoga program ini memberi banyak manfaat demi kepentingan awam.

Bagi yang terlepas menonton, boleh menonton video penuh di link di bawah:

Sumber: FB PW Community

Apa Komen Anda?