GribblesDapatkan keputusan saringan Kanser, Kencing Manis, Kolesterol dan banyak lagi sepantas 1-3 Hari sahaja. Hanya di Gribbles

SAKIT SANGAT DOC. MOKCIK BELAH SENDIRI JARI KAKI MOKCIK

[SAKIT SANGAT DOC. MOKCIK BELAH SENDIRI JARI KAKI MOKCIK]


======
Terperanjat saya mendengar. Pesakit Kencing Manis saya membedah kakinya sendiri.
.
Kegilaan apakah ini? Tenang bisik hatiku. Kedua-dua pasang kakinya masih kelihatan.
.
“Boleh saya lihat kaki yang mokcik bedah tu?”

  • Dapatkan buku Misiku Gaza Bukan Giza di pasaran sekarang!

“Metar, mokcik cak kasut dan stokin”
.
“Oh mokcik potong kuku cengkam k? Bakpo merah, bengkak ni?” Saya bertanya.
.
“Mokcik potong dengan pisau dapur. Sakit ngat doktor weh” balasnya sambil wajah berkerut.
.
“Lar, bakponya mokcik jadi pakar bedah sendiri. Bahaya mokcik. Ni tanda-tanda jangkitan kuman doh ni di kaki”. Saya kerunsingan.
.
Paras gulanya sudah tidak comei. Mujurlah tiada simptom bahaya Asid Ketone. Asid Ketone/ Diabetic Keto-acidosis boleh berlaku jika gula terlampau tinggi.
.
Setelah semuanya disahkan stabil, saya discaj makcik dengan ubat antibiotik. Lukanya pula dicuci bersih sebelum pulang.

Kuku Cengkam/Ingrowing Toe Nail adalah biasa terjadi kepada orang dewasa. Ramai orang ambil mudah tentang penjagaan kuku cengkam. Jika dibiarkan akan melarat teruk.
.
Bagi Pesakit Kencing Manis, mereka perlu menjaga kesihatan kaki. Salah satu komplikasinya adalah tiada deria rasa di jari-jemari dan pergelangan buku lali ke jari kaki.
.
Tiada deria rasa menyebabkan pesakit tidak perasan kakinya luka. Lalu luka berlarutan sehingga menjadi gangrene. Atau jangkitan kuman yang teruk. Akhirnya kaki terpaksa dipotong.
.
Sebaiknya masalah kuku cengkam bagi golongan tua dirawat oleh pasukan kesihatan. Boleh rawat di klinik kesihatan atau doktor swasta.
.
Jangan buka dewan bedah dalam bilik air kita. Lalu guna pula peralatan tidak bersih. Kemudian luka pula tidak dijaga dengan baik. Gula pula tidak kawal molek.
.
Akhirnya kita sendiri menjemput kuman untuk merosakkan kehidupan kita.
.
=======
Jangan lupa kongsikan artikel ini. Semoga ramai pihak yang menerima manfaat.

#DAR
#medtweetmy

[optin-cat id=”2106″]

Apa Komen Anda?